Team Building di Resort Agrofarm, Melaka

Team Building di Resort Agrofarm, Melaka


Team Building di Resort Agrofarm, Melaka


Pada tanggal 2 Januari 2016 telah diadakan Bengkel Fotografi bersama Encik Hadi di Resort Agrofarm, Melaka. Seronok sangat rasa suasana kampung. Siap ada kambing lagi. Hehehehe. Selalu bila ikut keluarga, benda paling tak best bila dapat tahu tempat yang nak pergi tu (selain hotel mahal) tak ada kolam renang. Cuma ada kolam ikan je ._. Tak ada daya tarikan langsung. Tapi kali ni berbeza sangat. Agrofarm telah menyediakan kolam untuk beriadah. Lagipun dekat dengan bilik. Bangun je tidur terus terjun kolam. Walaupun banyak daun - daun gugur jangan risau ya. Staf dekat sini setiap pagi mesti bersihkan kolam. Rajin sangat. 


Keadaan kolam

Bukan tu je, pengunjung juga dapat berkaroke bersama keluarga tersayang atau kawan - kawan. Cantik kan rumah kasut ni? Akustik gitu. Kretif betul diorang ni. Selalu nak pergi karoke kena bayar, tapi kali ni dapat bercuti siap pakej karoke sampai pagi. Yahoooooo best gila. Siapa je yang tak suka berkaroke kan? Yang tengah baca ni pun mesti kaki karoke. Alelelehh tak mengaku pulak ~ Pihak Agrofarm ada menyediakan 60,000 buah ribu lagu. Pergh. Banyak gila. Nyanyilah sampai terkeluar anak tekak tu.

Rumah Karoke


Resort Agrofarm ni bukan sahaja tempat santai - santai bersama keluarga tau. Dekat sini macam - macam boleh buat terutamanya aktiviti TEAM BUILDING. Pihak mereka ada menyediakan pakej untuk Team Building. Contoh aktiviti adalah berkayak, jungle tracking, dan banyak lagi. Tak mampu nak senaraikan. 


Tasik 

Kawasan tasik ini tempat khas untuk berkayak. Memancing pun boleh juga. Tapi aku tak pasti kolam yang ini, atau kolam lain. Hehehe. Sebab waktu tu pun hanya berfokus pada aktiviti indoor. Bukan outdoor :) 

Bilik Mesyuarat

Bilik Seminar

Dewan Palma



Waktu Bengkel Fotografi berlangsung, hanya berkesempatan menggunakan Dewan Palma. Memang selesa sangat. Tengahari pun tak rasa panas. Sebab ada kipas dan air - cond. Selesa sangat. Luas dan bersih. 











Gambar di atas adalah sebahagian dari tempat penginapan yang ada di Resort Agrofarm. Dalam banyak - banyak tu, paling best kalau dapat duduk atas bukit. Menginap dekat Villa. Villa ni sesuai untuk percutian keluarga yang besar. Di dalamnya dilengkapi dengan 7 buah bilik tidur. Memang syok lah. Buat macam rumah sendiri. Tapi kena naik bukit. Mesti sejuk. ~~~~ Bawah tu ada padang besar. Nak buat maraton pun boleh kalau rasa nak maraton. Tapi kena pusing situ jela. 




Pihak Resort Agrofarm ni, telah menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyakat. Dari kegunaan korporat, keluarga besar hinggalah kepada jumlah yang berskala besar untuk aktiviti TEAM BUILDING. Tak payah susah - susah nak kena kongsi katil takut tak cukup. 

Haritu, aku dapat merasa tidur dekat Garden View 8 Bedded. Selesa sangat sampai pagi tu ada yang tak nak bangun mandi. Nak sambung tidur lagi katanya. Siapa lah tu kan ~ Siap pakej ada astro, bilik mandi 3, tandas 2 buah. Memang tak kan bosan pun. Plug pun cukup. Ha lupa, kipas pun ada. Adudududu. Cukup perfect lah weyh. 


Surau

Surau

Surau

Ladang Ternakan, Kambing

Hai, Bujang ^_^

Hai awak. Nanti datang sini ye jenguk saya :D

Bukan takat tu je. Pada mata aku lah kan. Resort Agrofarm ni memang sesuai sangat kalau nak buat gambar kahwin. Tak pun untuk shoot gambar keluarga. View kiri kanan memang serius cantik. Memang puas hati lah dengan keadaan persekitaran. 

Kalau kebetulan musim buah, boleh lah korang pergi petik buah. Makan buah ramai - ramai macam kat kampung mengimbau kenangan kan? Hehehhe. Ouh paling penting, tempat BBQ !

Kalau berminat : 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
RESORT AGROFARMSTAY@SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka
HOTLINE : 016-2098623/012-2118246


Post a Comment

1 Comments

  1. wow gitu! tgk gambar pun rasa mcm seronoknyaaa kalau boleh pergi situ. ^^

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.