Lirik Lagu Peti Pandoramu Wings
Seribu satu keresahan
Hangat membakar rasaku
Walau mendambakanmu
Mengapa ramai antagonis
Dalam cerita kehidupanmu
Dimana letak mereka
Setelah kita sering bersama
Apa ku juga kan terima
Natijah tingkah lakumu dulu
Untuk engkau persalahkan
Bila ku tak lagi bersama
Jika kita saling percaya
Jika kita saling fahami
Tiada yang semudah cinta
Dari segala isi dunia
Aku tak pernah bertanya
Aku tak pernah curiga
Apakah kisah sebenarnya
Sebalik kehidupanmu dulu
Jangan sekali buka
Kekunci peti pandoramu
Simpan saja kehitaman
Itu jadi rahsia
Jika kita saling percaya
Jika kita saling fahami
Tiada yang semudah cinta
Dari segala isi dunia
Dari segala isi dunia
0 Comments
terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.