SELAMAT HARI IBU




SELAMAT HARI IBU

diucapkan kepada semua insan yang bergelar ibu :) . semoga hari ini dan seterusnya menjadi platform untuk sang ibu sekalian menjadi seorang ibu yang hebat mampu mendidik anak-2 nya menjadi manusia yang berguna kepada negara seterusnya kepada diri sendri. hebatnya seorang ibu tak mampu di ucap hanya dengan kata-2. jasa banyak ta mampu terbalas. jerih payah saat kita dilahirkan tiada mampu terlahir. seorang ibu yang hebat mampu menjadikan anak-2 cemerlang. siapa yang  mahu dilihat IBUNYA hebat? jom-2. kaw p blajaq-2 rajin-2. dapatkan keptusan yang sangat membanggakan diri kaw sendiri yang orang lain tak mampu nak buat,

jangan biarkan air mata seorang ibu mengalir kerana keedihan tapi biarkan ia mengalir kerana kegembiraan. air mata seorang ibu terlalu berharga. jadi jangan biar ia mengalir dengan rasa terhina. 

tu gambarmak dengan ayah aku. mak dengan ayah aku tak HOT macam mak ayah korang. but aku tersangat berbangga memiliki mereka berdua kerana dorang adalah ayah dan mak yang sangat kental jiwanya menjaga aku sedari kecil.

sebab aku tak macam orang lain. jadi nak menjaga aku sangat memerlukan pengorbanan. kalau mereka malas nak berkorban untuk aku dah lama aku menjadi bangkai bernyawa. 

"mak ayah, terima kasih sebab dah jaga kitew. kitew janji kitew nak belajar tinggi-2 nak bawak mak ayah pergi haji. sebab tu yang mak dengan ayah nak kan? tapi tak da duit ta mampu. kitew janji kitew akan tunaikan permintaan mak dengan  ayah. KITEW SAYANG MAK AYAH KITEW!!"

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]


Post a Comment

0 Comments