BIARKAN AKU BEGINI

bersyukur ke hadrat ILLAH kerana masih memberi peluang untuk aku terus menghidup udara ALLAH yang segar ini *maksud aku angin kat lua rumah taw :) selalu aku terfikir dan terbayang, sampai bila aku nak macam ni?
aku kadang-2 rasa malu dengan diri sendiri. segan pung ada. walaupun sebenarnya aku taw, memang aku ni pemalu yang sangat lah tegar. PERNAH kenal aku? kaw akan taw betapa pemalunya aku.


aku PENIPU? sapa lah pulak suruh kaw percaya. hidup aku. tak pernah terfikir untuk dicintai dan mencintai. sebab aku rasa aku tak de KELAYAKKAN lah pulak untuk mencintai dan dicintai. kerana apa? aku tak sempurna. aku tak mintak untuk orang meng-HEART broken kan aku. dan aku tak paksa untuk orang PILIH aku jadi seorang yang PENTING dalam hidup seseorang. 


CINTA? belum masanya. aku belum rasa aku ni sempurna. cinta ALLAH swt dan cinta RASULULLAH saw pung aku belum mampu nak kejar. maaf -..-' lagipun siapa jelah yang VANGANG nak pilih aku kan?
aku dah cukup bahagia kalau aku MAMPU nak tengok kebahagiaan orang lain. tu pung dah cukup bagi aku. bagi aku kebahagiaan orang, kebahagiaan aku jugak :) tak kelakar lah tak kelakar lah tak de CINTA dia. bila orang lain bercerita tentang cinta mereka. aku cuma mampu nak senyum. ta mampu nak berkongsi sebarang cerita cinta :p . aku terpikir-2. camne nak kapel weyh? PEGANG tangan ke? biar rasa cinta itu mengalir? 
WTF -..-' / time makan usha je muka sambil puji melambung macam tingginya bintang kat atas saneh tu -..-'/
WTF lagi sekali boleh? lepastu kalau jalan sama-2 kene maen jeling-2. bajet bila dah title kapel kene romantik-2 biar orang nampak. OMG haaaa! sweet dho mereka. BAHAGIA? hahaha. kelakar weyh. 

tak payah. dulu bila kapel dengan ORANG TUH, first time lah kan buat mende-2 uh, yang aku cakap tadi. BAHAGIA kononnya. tapi tadew lah sampai batak. -..-'/ hari-2 nak buat. macam best je kan pegang-2 tangan. makan dok sebelah-2 macam nak tercium, padahal dalam hati dok sumpah seranah mulut dia berbau. nak tegur malu wooo. nanti kata tak respest bagai. so diam jelah jalan terbaik. orang lain nampak. "tengok. atototo. cweet ". sweet kepala kambeng kaw. 


hari-2 berjemput balik, walaupun rumah dekat dengan sekolah. sanggup beb. macam ape tah. kapel kan? apa-2 je pong boleh. taik nampak macam askrem. rumput nampak macam bunga. tanah nampak macam grr. dah tamau merepek. hahha. aku rasa bende ni semua nampak bodoh. bila aku taw macam ni cara orang kapel, aku nekad. better la sendiri. walaupun aku memang tak lawa tak sempurna nak buat orang suka aku TETAP nak buat statement bodoh ni :)

aku pung mintak putus. dah putus macam-2 lah plak nak salahkan diri dia. kenapa perlu? teruk sangat ke diri dia? tak semua nya salah. tak de kene mengena. cuma aku je yang rasa diri aku ni teruk. lepastu senang je carik pengganti. bukan lah kisah pung. tapi bila dengan kita macam-2 memuji kan. konon macam SAYANG sangat tak nak lepas. tapi bila dah dapat pelepasan untuk tidak lagi bersama, owh okey ! tibe-2 cakap "kite suka dia tak sangka dia terima kita". OMG senangnya mereka menjual CINTA. pergilah. hahhaha tak halang pung.

cuma kesal dengan apa yang terjadi. senang menagih cinta macam cinta tu masih mekar. padahal dah lama layu kan? aku dah HIGHLIGHT, orang yang suka aku tuh sebenarnya sangat lah terdesak. tak caye? aku percaya sebab banyak-2 orang dalam dunia yang bilangannya hampir berbilion-2 sampai tak terkira. tiba-2 orang tak sempurna macam aku jadi pilihan? lawak ape lah yang sedang mereka sandiwarakan -..-'/ 

oleh itu,akibat semua ni aku dah tak de da nak kapel-2. tak suka. cukuplah sekadar kalau aku nak minat-2 ke sayang-2 ke suka-2 ke kat sape-2. takde sape nak halang. aku pung dah tak akan buat mende-2 ni semua kan? semua orang yang aku suka tak kire da berpunya ke belum aku bagitaw awal-2 yang aku pernah tersuka kat dia. aku tak nak taw pung yang dia menyampah ataw meluat dengan niat aku. tu dia punya pasal. manalah taw kan. kuasa ALLAH siapa dapat agak :) . paham kan maksud aku? 


semua kisah aku, cerita aku, tentang aku.aku CORETkan dekat sini. kaw meluat kaw geli kaw boleh muntah pelangi tanpa ssegan silu. ini aku punya diari. diari aku yang tak pernah lokek berkongsi sedikit ruang untuk aku meluahkan rasa yang selalu terpendam. sebab aku tak tahu nak luahkan dekat siapa-2. sape pulak yang rajin nak dengar kan? aku tahu tu. maka nya CINTA aku dekat blog ni amatlah sangat. sebab tu aku sanggup lepak dengan dia sampai stuxk-2 hotak aku. kan baby ? hehhheeh. pssttt *i love u so much

aku rasa cukup lah sampai sini je luahan dan coretan aku. esok dah sekolah. HW tak siap. project ta buat. kertas kerja tak prepare pape pung. kene marah esok semuanya atas tanggungjawab aku. hehehe. dude :) 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH yang mana masih bersekolah. yang mana nak PMR SPM belajar rajin-2. 

tak lupa aku ucapkan pada rakan BLOGGER yang selalu menyokong aku. aku sentiasa sayang korang :)
kepada COMELaku. aku sentiasa ingat kaw. even aku sedang buat kaw hilangkan kewujudan aku. aku sayang kaw sangat! -..-'/ kbye. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Kau tak redha dengan anugerah Allah bagi ke ? AMieza , jangan lah macam tu . Kau kena tahu , seseorang yang mencintai kau nanti adalah seseorang yang tidak memandang rupa sebagai syarat utama untuk memilih kau . InsyaALlah kau akan bertemu dengan jodoh kau , cuma lambat atau cepat . ALlah tu banyak rahsia . Jodoh kau dah tertulis di Luh Mahfuz :)

    Bersabar okayy ! :)

    ReplyDelete
  2. @Aliff Haikal entah. aku tak pasti. sebab aku taw aku mang ta lauak :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.