Friday, August 30, 2013

GEMPAR !! Mayat Bayi Ditemui Dalam Loji Kumbahan UiTM Dungun

Mieza S | 8/30/2013 01:45:00 PM | 1Comments |


Mayat bayi perempuan yang cukup sifatnya ditemui di dalam loji kumbahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun hari ini.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata mayat berkenaan ditemui terapung oleh kontraktor pembersihan UiTM yang menjalankan kerja penyelenggaraan kumbahan kira-kira 11.30 pagi.
Beliau berkata pada awalnya pekerja berkenaan menyangkakan objek yang terapung itu anak patung namun setelah diamati mendapati ia mayat seorang bayi.
“Mereka terus memaklumkan penemuan mayat itu kepada pihak universiti sebelum melaporkan kepada polis dan kita percaya mayat berkenaan telah lama berada di dalam loji,” katanya.
Menurutnya semasa ditemui keadaan mayat bayi itu kebiru-biruan dan dipercayai meninggal dalam tempoh 48 jam. Kepalanya telah pecah manakala bahu kanan patah dan mereput.
Katanya mayat bayi itu dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat.


// sumber : wowberita.org


Rehearsal Kemerdekaan

Mieza S | 8/30/2013 01:24:00 PM | 0Comments |


Hai semua. Wot wot rindu sangat nak menaip dol. Serius tak tipu. Ni macam batak sikit sebab dapat menaip tau. Huhuuu. Minggu ni memang aku agak sibuk dengan latihan kawad. Kawad sempena kemerdekaan dengan kawad untuk pertandingan PERKAD , pertandingan kawad antara kampeni. Semalam pukul 5 pagi aku dah kena bangun. Bersiap nak pergi Dataran Segamat nak buat latihan untuk 31Ogos pada pukul 7pagi.


Ada yang datang tak esok kat Dataran Segamat? Hahha. Aku ada kat situ okay? Aku pakai baju komander *baju pinjam full set. Kitorang mungkin kontinjen pertama yang akan gerak, memegang bendera Malaysia dengan bendera Johor.


Eksited tok esok. Huhuuhuu. Semalam latihan dari pukul 7 pagi sampai kol bape tah. Dalam pukul 12 camtu kod. Laa tak lama tak? Malam tadi dapat rehat. Tapi tetap juga ada kawad untuk latihan PERKAD., Serupa tak rehat. Ye dak? Tapi memang best lah join komander ni.


Walaupun aku tahu, ramai student yang suka memandang hina, memandang sinis, memandang tak puas hati dan seumpamanya pada golongan komander ni. Aku tetap respek diorang. Diorang lah yang bagi command sewaktu koko dijalankan. Aku sangat tak faham kenapa diorang sangat membenci. Padahal mereka hanya menjalankan tugas sebagai komander. Kalau setakat komander mengamuk nak marah-marah tak tentu pasal ke nak denda tu lantak diorang lah kan. Sebab time uh memang time diorang bertugas. Mereka ada hak.


Bila koko habis, diorang jadi diri diorang balik. Jadi apa salah nya? Setahu aku, apa apa je pun yang ada kat dalam dunia ni, bila waktu bertugas semua akan jadi hipokrik menjalankan tugas masing masing sebab nak nampak perfect dalam tugasan tu. Habis waktu bertugas diorang akan jadi normal macam orang lain jugak kan? So .. Saya sangat membantah pada mereka mereka yang membenci komander.


Sebab aku pun dah kena menganjing semalam. Macam teeettt je kan perangai. Padahal aku tak buat pape  pun. Makan je kod. Dah main bisik bisik. Kang aku doa dia mati tercekik kang. Haaaa. Tau la. Tak pasal pasal je  mati dengan penuh syukur. Ye dak?


Harini aku bangun lambat. Ponteng kelas. Sebab semalam sibuk kilatkan kasut sampai nak nampak gigi punya pasal. Tu pun dah lentok lentok. Hahaa. Akak komander tolong sekali kilatkan kasut aku sebelah. Aku buat sebelah je tapi cite dia macam gempak sangat kan? Biasalah tu. Siapa tak kenal aku kan? Nasib baik member aku call. Aku tak angkat. Diorang datang bilik aku kejut kan aku ajak pergi kelas. Sebab kelas kedua ade test. Ahadulillah. Kawan kawan aku semua nya baik baik. Tak pentingkan diri sendiri. Huhuu.












Ni akak komander yang kondak kawad kretif kitorang :) 
// Terima kasih kak. Semalam latihan dia bagi kitorang gula-gula. Hahhaa. :D



//Komander Izzati, Aku, Komander B, Nisa








Lupa nak cakap, dekat Uitm Segamat ni aku dapat jumpa blogger ni --> Shazrizal Shahmy . Dia pun masuk komander. :D



Tuesday, August 27, 2013

KISAH NYATA KISAH BENAR | Tentang PEMUDA Yang PEMARAH

Mieza S | 8/27/2013 06:35:00 PM | 1Comments |


Tentang PEMUDA Yang PEMARAH | Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itusatu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”
SAHABAT adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. ;)



// sumber : queachmad.bs

Sunday, August 25, 2013

SOPHIE PARIS LIPSTICK Give Away!

Mieza S | 8/25/2013 07:29:00 PM | 2Comments |

nak join? click --> s i n i



Mini GiveAway by AinnKetodd

Mieza S | 8/25/2013 07:15:00 PM | 3Comments |
nak join? click -> s i n i



SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME

Mieza S | 8/25/2013 07:10:00 PM | 2Comments |
KLIK BANNER UNTUK JOIN :)
Bersempena dengan hari kemerdekaan yang bakal berkunjung tiba, ingin pemilik blog Invisible Note melaksanakan segmen yang julung-julung kali dibuat. Semua orang layak menyertainya. Bermula dari 24 Ogos 2013 sehingga 31 Ogos 2013 (11.59 p.m.)

Syaratnya :
1. Ada baiknya bagi Muslim, dimulakan dengan Bismillahhirrahmanirrahim :)
2. Follow blog Invisible Note ni, like fb page Invisible Note yang baru ditubuhkan.
     
3. Buat entry yang bertajuk SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA 56 by INVISIBLE ME.
4. Copy code dalam entry dekat SINI, pastekan dekat ruangan HTML dekat New Post anda dan Publish.
5. Pastekan link entry anda dekat ruangan komen kat SINI.
6. Taraaaa siap~

Jangan lupa untuk jemput ramai-ramai orang untuk turut serta dalam segmen. Andai bilangan yang turut serta lebih dari 56, ada hadiah misteri untuk dua orang peserta :)

Sambil bersegmen, berblogwalking jangan lupa untuk doakan saudara kita di Mesir. Moga selamat semuanya.
24 Ogos 2013 - 31 Ogos 2013
Terima kasih semua :)

pencarian bloglist sempena kemerdekaan by Mrs Mahadi

Mieza S | 8/25/2013 05:27:00 PM | 7Comments |



GA Paisley Blouse & Tribal Square by Labyrinth

Mieza S | 8/25/2013 05:26:00 PM | 1Comments |
nak join ? click --> s i n i



Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!

Mieza S | 8/25/2013 11:17:00 AM | 1Comments |


Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKUAKU PENGHIBURBLOG MADAH CINTA & PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR & BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan penaja di > sini sini sini sini sini sini Termasuk iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^




Apit Vs Comel ?? So...

Mieza S | 8/25/2013 01:07:00 AM | 3Comments |


Rata - rata kat sini siapa lah yang tak mengenali Apit. Lagu lagu dia yang aku selalu dengar : tak ku sangka tak ku duga. Kalau nak femes sikit lagu luahan hati. Ye kan? Korang kenal dia kan? So, hari ni aku nak kenalkan korang dengan sorang lagi ni. Aku rasa lagu yang dia nyanyi ni sama level ngan Apit. Yang jenis mendayu-dayu. Nangis beb. Hhahaha. Sentap lebih doplo minit depan youtube tuh. Gedik je aku kan?







Dia gelarkan nama dia dengan nama Comel. Memang comel pun lah kan. Tak siapa nafikan. Sebab aku tengok komen komen dia semua positif je pasal comel ni. Hukhuk. Act aku start jatuh cinta dengan lagu dia bila first time aku dengan lagu Adakah kerana dia. Aku tak faham ada member wechat ni dok harok sangat post lirik dia. Aku ingat pasal apa. Putus cinta ke kan. Aku sound ah dia. Asal asik nak repost je. Bosan plak aku kan. Jap sebelum tu, aku nak cakap, aku mungkin baru tau pasal dia ni. Sebab baru godek godek Youtube =p


Lepas tu nak dijadikan cerita aku pun search lah kat google lirik tu. Keluar lah link youtube. Tak yah cerita lah. Sekali dengar terus gam dalam hati. Lepas ni lagu Apit dah tak nak dah. Lepas ni layan lagu ni je doe. Tak bosan kod. Hhahha. Tu yang sampai aku tukar background lagu kat blog aku pun pakai lagu dia. Aku dah jadi fans dia plak. Ha kan. Marah orang lagi. Sekali dah kena penangan dia. Padan muka . 



Aku suggest kat roommate aku. Ha kau. Terus dia cakap "Aja nak dengar lagi weyh". Nampak tak? Bukan aku sorang je cakap sedap suara dia. Dia ni asal dari Singapura. Umur aku tak tahu lah. Tak dapat nak carik . Aku tak tahu lah kan tapi bagi aku semua lagu yang dia bawak mengingat kan aku kat Newboyz, Achik Spin, Spoon time muda-muda. Ye kan? Lagu bantai semua nak jiwang kan? Aku ni dah lah obses dengan lagu lagu jiwang. Hhaha. Aku pernah habiskan duit aku beli CD lagu. Rock Leleh. Memang tangkap cintan gitu. Time uh cover dia warna biru, ada gambar gitar tengah mencair. Memang comel je kan.


Time uh batak kat bilik ada radio. Ayah aku baru betulkan. HAhaha, Memang layan. So, Comel ni memang comel lah kan. Dia mengingatkan aku kat nostalgia lama-lama. Huhuu. MAcam la dah tua sangat aku ni. Citew nak hot je kan? HAhaha. Heran ke??


Selain lagu yang aku dah letak kat blog, ni lagi satu lagu dia yang aku suka. Korang tak suka lantak korang. Aku cuma berkongsi.




// Cair tak? Hahha. Aku dah buang Apit jauh-jauh. :D


Friday, August 23, 2013

Segmen Saya Nak Hadiah

Mieza S | 8/23/2013 08:15:00 PM | 1Comments |
nak join? click --> s i n i





Thursday, August 22, 2013

Dia yang kini

Mieza S | 8/22/2013 05:32:00 PM | 0Comments |

Setelah dia jauh dari pangkuan keluarga,
Setelah dia merasakan diri cukup dewasa,
Setelah dia melangkah sendiri,
Setelah dia bergelar mahasiwa,
Setelah dia meningkat dewasa,
Setelah dia semakin mengenal cinta,
Semakin dia menjauh,
Semakin dia berani,
Semakin dia ingin menyertai,
Semakin ingin mencuba itu dan ini,
Semakin rasa keseronokan,
Semakin mengetepikan sahabat,
Semakin menjauh,
Semakin menghilang,
Semakin membawa haluan sendiri,
Semakin rasa cinta membawa bahagia,


Semakin aku mengerti,
Betapa dunia harus dimengertikan,
Menjadi mahasiswa yang berkeyakinan,
Jauh dari rasa ingin seperti yang lain,
Cukup menjadi diri sendiri,
Cukup aku menjadi yang dulu,
Tak perlu berubah,
Kerana aku tahu,
Manusia semakin hilang akal,
Hanya kerana kuasa cinta,
Yang hanya sampah aku beranggapan,
Kata dia,
Aku belum mengerti apa itu cinta,
Aku belum tahu itu ini,
Aku kolot,
Aku tak tahu cinta,
Aku belum pernah dilamar,
Aku itu aku ini,
Ya,
Aku tahu,
Aku tak punya apa,
Lantaran aku tak siapa melamar,
Aku harus peduli?
Sekurangnya aku masih terpelihara,
Dari segenap dosa,
Yang bakal kau lakukan,
Kau memang cukup merasa diri dewasa,
Kerana ingin mencuba itu ini,
Dia, kekasihmu,
Kekasih yang kau anggap bulan,
Pada hakikatnya dia hanyalah arang hitam,
Yang mengajarmu,
Untuk mencuba itu dan ini,
Mengertilah !

Kisah yang tak pernah terpadam

Mieza S | 8/22/2013 12:41:00 AM | 1Comments |


Seringkali kita terlena sebelum sempat berjuang. Apakah maknanya semua ini andai tak pernah wujud rasa ingin terus melangkah menjadi juara. Meski kita sering rebah,yakin lah Allah itu ada. Pasti membantu meniup kekuatan andai saja keyakinan pada Allah terus subur dalam jiwa. Selamat malam.

# Dajjal itu pasti akan muncul setelah semua manusia dimuka bumi ini melupakan nya. Sentiasalah berdoa agar kita dijauhkan dari fitnah Dajjal. Amin.

Wednesday, August 21, 2013

Maksud Simbol 4 Jari : R4BIA

Mieza S | 8/21/2013 02:00:00 PM | 3Comments |


Masih ramai lagi yang tak mengambil tahu atau wujudnya sifat ingin tahu dalam jiwa. Masih ramai juga yang tertanya tanya mengapa ramai di antara mereka menggunakan avatar seperti ini di dalam laman sesawang. 
APA kebendanya R4BIA tu?? 

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah. 

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki



1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.

2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.


3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.

4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.

5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?

6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.

7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.

8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?

9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.

10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.

11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.

12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.

13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.

14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.

15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
sumber: Mesir Kini







Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013

Mieza S | 8/21/2013 01:35:00 PM | 11Comments |
nak join? click --> s i n i



Segmen Semudah 1,2,3 by cik nida

Mieza S | 8/21/2013 01:31:00 PM | 5Comments |

nak join?click --> s i n i


Segmen Gempak Mieza Jhaa K

Mieza S | 8/21/2013 01:27:00 PM | 1Comments |

nak join? click --> s i n i



Semakin tenat

Mieza S | 8/21/2013 02:24:00 AM | 2Comments |

Assalamualaikum. Aku masih lagi menghadap laptop. Tak semena-mena mata tertancap pada bait bait kata. Yang kadang mengguris hati Kadang melahirkan rasa syukur, Kadang melahirkan rasa ingin kan perubahan. Aku mungkin sekadar mengenali beliau dalam laman sesawang. Tapi ada lah juga kadang kadang menegur dalam status.


Tak banyak yang aku tahu pasal dia. Yang aku tahu, mungkin dia sedang melawan kesakitan secara bertali arus. Katanya dia tenat. Masyaallah. Selama ni dia lah yang mengingatkan rakan facebook agar meninggalkan tempat duduk dengan bersolat. Dia lah yang memberi kata kata indah. Yang mengingatkan itu ini. Yang membawa kepada mengingati Allah.

Kepada : Asrul


"YA ALLAH, BERIKAN KEMUDAHAN PADANYA. SEANDAINYA SUDAH TERTULIS KEMATIAN MILIKNYA, MAKA KAU CABUT LAH NYAWANYA DENGAN CARA YANG PALING LEMBUT. AGAR DIA TIDAK TERLALU MERASA KESAKITAN MENGHADAPI MAUT. YA ALLAH, SEANDAINYA DIA MASIH PUNYA WAKTU, MAKA KAU PERCEPATKAN KESEMBUHAN DAN PANJANGKAN USIANYA AGAR DAPAT TERUS BERDAKWAH DAN MENCARI BEKALAN MENGHADAPI AKHIRAT. AMIN !"

Giveaway Topup Syawal by Munirah Rahman

Mieza S | 8/21/2013 01:29:00 AM | 2Comments |
nak join? click --> s i n i

Random Giveaway by FD

Mieza S | 8/21/2013 12:51:00 AM | 0Comments |


nak join? click --> s i n i

# coklat dan teddy bear 
# mp3
# crumple shawl



Tuesday, August 20, 2013

Sambutan Raya Kelab Phocus :)

Mieza S | 8/20/2013 01:02:00 AM | 3Comments |

Pukul 8 tadi aku boleh rilek rilek main pezbuk diiringi senda tawa dengan roommate tersayang. Lepastu kengkabut lah siap. Memang selekeh sakai je aku. Pakai baju kurung lepas tu kat dalam pakai lagi seluar track. Malu malu. Tapi kaver je tade sapa nampak pun. Hahhaa. Sebab aku ada kawad pukul 10 malam. 


Aku pun tatau nak cerita apa sebenarnya.  Sebab aku tak tahu nak mula dari mana. Actually masa aku sampai aku ingat aku paling lambat. Hahhaa, tapi ada lagi yang lambat. :) 


Aktiviti ni sedikit sebanyak buat orang macam aku yang pemalu ni ade sedikit keberanian untuk bergaul. Maklum lah saya tak lawa macam awak. Tak hot. Saya biasa biasa saja. hahahah. :D . Oke bosan. !


Okayy, doa dibaca. Sesi makan sampai lebam. Kebetulan sebelum turun tu aku nak pekena maggi tomyam. Makanya aku kenyang :( Tak dapat nak tambah. Aku dah lama tak makan kuah lodeyh tu !! Gerammmmmmm. Tau x??? Menyesal gila !!!! 

Pakai baju biru yang comel tu lah presiden kitorang :)
Comel tak comel tak? Hahhaha. *pujian ikhlas :D



Dari kiri Wan, Kak zana, ..... , Syed, Kak Syaza, Syahmi :) 






Nampak tak? Waktu entri ni ditulis aku mengenangkan nasi impit dengan kuah lodeh :'( Lapa benorrrrr



Wan, Syahila :)

Dahku nak bergambar dengan beliau. Tapi malu nak menyatakan hasrat hati. Puihh. Hahhaa. Niat terkubur :) Padan muka anda :) .Okay sekian. Nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat semua exco phocus, apprentice phocus dan ahli phocus uitm segamat :) . Terima kasih sebab membina ukhuwah yang indah dalam persahabatan. <3 Semoga kalian akan terus sucsess. 


Monday, August 19, 2013

Syiah Dalam PAS?!

Mieza S | 8/19/2013 08:00:00 PM | 1Comments |


- SEKADAR PERKONGSIAN ! SEBARANG KETIDAK SAHIHAN BUKAN TANGGUNGJAWAB PENULIS. !! 



Kita tahu bahawa Syiah telah lama bertapak di Malaysia namun sukar untuk dikenalpasti kerana mereka tidak menonjolkan diri. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, penganut Syiah telah menunjukkan warna mereka secara terbuka. Tidak pasti bagaimana ia boleh terjadi begini tetapi yang pastinya begitu ramai orang-orang Melayu yang keliru dan menganggap Syiah itu sebagai cabang mazhab dalam Islam.

Antara pemimpin Syiah di Malaysia yang dikenalpasti ialah Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS. Walaupun tidak mengakuinya tetapi beliau tidak pernah menafikannya. Malah beliau juga sering dikesan menghadiri program di Iran iaitu negara yang mengamalkan Syiah. Beberapa kali kita melihat program-program PAS turut memaparkan unsur Syiah di mana secara terbuka menjulang Khomeini. Cara PAS mendewakan Nik Aziz juga menyerupai pendewaan rakyat Iran terhadap Khomeini.


Hari ini, Syiah semakin berleluasa malah mula membuka surau-surau mereka sendiri. Di pusat-pusat pengajian tinggi juga kumpulan Syiah tidak lagi segan silu menampakkan diri.

Kita tidak tahu bagaimana ada yang boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah yang jelas sesat dan menyimpang dari AlQuran dan Sunnah. Tetapi, yang kita tahu orang-orang Syiah pasti menyokong PAS. Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua Syiah dan PAS memainkan peranan yang sama iaitu memecahbelahkan umat Islam.

Syiah diketahui membantu Amerika memusnahkan Iraq, manakala PAS pula turut membantu Amerika tanpa sedar, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia. Ini dilakukan dengan cara bekerjasama dengan agen Amerika iaitu BERSIH dan juga SUARAM sama ada secara langsung ataupun melalui Pakatan Rakyat.

Dengan bersekongkol dengan PKR dan DAP, PAS turut membantu menyebar kesesatan. PKR menyokong pluralisme dan menerima LGBT sebagai hak asasi manusia. Manakala DAP pula cuba menyesatkan dan memurtadkan umat Islam melalui perjuangannya untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama rasmi serta penyebaran Injil dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian.

Justeru, tidak hairanlah apabila puak Syiah memilih PAS dan bukan UMNO sebagai platform untuk mengembangkan gerakan mereka. Melihat dari hubungan PAS dengan Syiah, maka tidak hairanlah kenapa pemimpin PAS sering terlibat dalam skandal seks atau zina. Dengan nafsu orang PAS yang sukar dikekang, pastilah ajaran Syiah yang menghalalkan muta’ah amat menarik hati mereka.

Kita memahami kenapa DAP sanggup bekerjasama dengan PAS iaitu untuk ditunggang bagi mendapatkan undi Melayu. Tetapi, jika kita hairan kenapa PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP, maka jawapannya ialah Syiah. Puak-puak Syiah inilah yang menjadi penghubung ‘rohani’ antara PAS dan DAP bagi merealisasikan kemusnahan golongan Ahlul Sunnah di Malaysia.

Tidak salah dikatakan bahawa Syiah adalah jauh lebih bahaya dari semua ancaman lain seperti LGBT, pluralisme atau Malaysian Malaysia kerana Syiah bertopengkan Islam dan bergerak sebagai salah satu dari mazhab dalam Islam. Sedangkan ancaman-ancaman yang lain itu adalah nyata dan mudah untuk ditentang.

Kita sedia maklum bahawa umat Islam di Malaysia, rata-ratanya masih ‘cetek’ ilmu agama dan cukup mudah terpedaya dengan penampilan atau cakap-cakap pelat Arab. Oleh itu, ramai di antara kita masih keliru antara ‘sesat’ dengan ‘jahil’. Memandangkan puak Syiah sering membawa penampilan Islamik, maka ramai yang terus menganggap mereka sebagai Islam. Di masa yang sama mereka juga gemar sekali mengutuk dan menghukum mereka-mereka yang tidak berpenampilan Islamik sebagai berdosa dah ahli neraka.

Ini mereka lakukan tanpa sedar bahawa orang yang dihukum mereka itu masih Islam, tetapi mereka yang mengikut ajaran dan kumpulan Syiah itu pula mungkin sudah terbatal Islamnya.

Justeru, kebimbangan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap fahaman Syiah adalah berasas, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin PAS. Berdasarkan kenyataan ini, PAS dan UMNO wajib bersama-sama memain peranan menolak ajaran Syiah secara tegas dan bersepadu. Hanya dengan terhapusnya Syiah maka umat Islam di Malaysia boleh bersatu.



Kaabah Kini Sudah Dikepung Yahudi-Syiah?!

Mieza S | 8/19/2013 07:38:00 PM | 2Comments |




Palestine, Syria dan Mesir inilah Negara-negara yang hari ini membunuh sebilangan besar umat Islam disana oleh puak yahudi lahanatullah. itu belum dikira pembunuhan di Afganistan, Iraq dan Libya. 

Pernah aku baca Negara (Unknow) akan berperang dan perang ini berlanjutan bertahun-tahun lamanya. Ia ditulis dalam sebuah artikel majalah kartun (pada tahun 2000). Yang aku pelik..dalam majalah kartun ada artikel begini ini? Rasanya target pembaca mereka adalah golongan sebaya aku masa ini. Dan tidak mengejutkan majalah tersebut milik sebuah organisasi cina di Malaysia. Kepada peminat kipasusahmati majalah kartun mesti pernah baca artikel ini dalam majalah tersebut.(majority penulis dan pelukis dalam majalah ini adalah orang cina KOMPOM!!!) 

Didalam artikel tersebut menulis “Diantara 12 tahun akan datang akan belakunya perang besar diantara Negara-negara besar dunia” mesej ini dikatakan diterima dari Makhluk asing yang kononnya diceritakan dalam dakyah yahudi (Ramalan kaum Mayan) hingga terbitnya filem "Kiamat 2012" dan nyata hari ini memang belaku perperangan itu, Perang antara Negara Negara yang berpenduduk islam seperti Afganistan,Iraq dan Libya.(Ini semua rancangan yahudi) 

Semasa USA diserang (kononnya) Afganistan menjadi kambing hitam dan ceritareka Osama Bin Laden mula dibentuk untuk scenario penghapusan pemerintahan berteraskan islam di negara-negara berpenduduk islam. Diikut pula serang terhadap Negara-negara islam lain. 

Pernah dulu aku PERCAYA akan hal ini (percaya UFO) tapi usia mematangkan fikiran UFO ini adalah salah satu rekarahsia sebab untuk digunakan oleh yahudi dalam perantaan mereka mempengaruhi manusia diatas muka bumi ini. Kononnya UFO lebih hadapan daripada Al-Quran. 

Nyata terang lagi bersuluh Yahudi cuba menyakinkan para orang muda(temasuk aku) akan kejadian UFO dan rata-rata masih ada belum sedar akan penipuan terbesar ini. Ustaz Kazim Elias pernah mengupas tajuk “UFO” dan dalam ceramah beliau, Beliau menengaskan “UFO” itu wujud tetapi ia adalah kalangan manusia bukan mahkluk asing seperti yang dicanang oleh media-media akhbat dan elektronik. 

“sedangkan semut, lebah dan kuman disebut dalam Al-Quran, kenapa tiada langsung menyebut tentang UFO?” – Ustaz Kazim Elias

Rakan admin menulis :

Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan;



TURKI : Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ke tangan Puak Sekular Ekstreme, walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan, Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

PALESTIN : yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

IRAQ : satu-satunya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

AFGHANISTAN : negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).

LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

SYRIA : adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr. Morsi dari Ikhwanul Muslimin, kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.



IHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK. Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......



SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM di zaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya. dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA. Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:



"DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN. "

SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......???!!!
- Ummu Salamah Muhamad Rom 





Sumber : daengselili

Pendapatan Bulanan

Mieza S | 8/19/2013 06:12:00 PM | 1Comments |

Hai semua :) Wah rindu dekat korang kod. Alhamdulillah, sebelum aku memulakan apa apa aku cuma nak cakap segala apa yang aku hutang tu aku dah langsaikan. Hadiah hadiah GA aku dah pos. Topap topap yang tergendala aku dah masukkan. Maaf kelewatan. Beberapa hari ni aku tak dapat nak online sebab ada masalah connection. Lappy buad pasal. 


Semalam baru okay. Tu pun malam lepas aku memekak tak tentu hala. Hahaha. Beberapa hari lepas sebelum lappy aku bermasalah,  aku tak tahu kenapa masa aku online, tangan aku asyik gatal-gatal je. Sekali aku cek inbox , senyum sampai telinga. Hahhaa. Lepas tu aku pun membawa harapan yang sangat lah tinggi untuk pergi ATM berdekatan. Hasilnya. :) Aku ter malas nak snap gambar resit. Aku nak printscreen maybank2u plak, aku tak pernah buat pape. Malas nakdaftar itu ini. Tapi ini lah hasil nya. 




Mungkin hasilnya tak lah banyak mana tapi sekurangnya itu adalah titik permulaan aku untuk meneruskan apa yang aku dah buat. Aku pun macam tak sangka je macam mana benda ni masih bernyawa. Aku ingat dah mati. Sebab aku tak de lah pulak rajin nak promote link bagai kan. Sedari nya aku memang pemalas. Tapi mungkin rezeki Tuhan nak bagi. Kebetulan pulak aku memang asyik  mengeluh je sebab duit tak cukup :)


Anyway, aku nak promote kat korang sabun ni. Siapa pernah pakai? Ni nama sabun dia Sabun Marine Essence. Sabun ni banyak kegunaan tau. Kalau korang nak tau, nama komersial dia sabun untuk putih ketiak. Hahhaa, Mula mula aku dengar pun macam lawak. Tapi bila aku try ok lah jugak. Tapi tak de lah sampai hari ini kau pakai esok terus putih. Itu nama nya menipu ye anak-anak. 


Dengan kekerapan kau guna, insyaallah, ketiak ketiak yang mana tak putih tu dapat diputihkan. Selain tu, banyak lagi kegunaan sabun ni.Contohnya macam nak hilangkan jerawat, ruam, n apa - apa je masalah kulit yang tak terlalu serius. Macam aku katakan tadi, bukan hanya pakai sekali dah boleh nampak kesan ye. Mungkin memakan masa 2 3 minggu jugak :) . 


Aku pernah duduk hospital seminggu masa opperation haritu. Aku terbaring lama kan.Buang air semua atas tu. Lepas tu balik hospital mula lah gatal dekat belakang,. :( Jangan gelak. Serius ni. Lepas tu aku pakai krim itu la ini la. Paling tak lut krim dari hospital. Pergh. Sakit je hati. Aku pakai la minyak kaler merah tu plak . Minyak cap kaki tiga. Memang best. Melompat lompat kod. Hhaha. Memang tahan gatal. Tapi kejap je. Lepas tu aku mengambil pendekatan untuk try dettol. Dettol tu la penyelamat aku untuk sementara. Walaupun lepas je sapu kene tonggeng depan kipas, tak pe. Asalkan kulit-kulit tu mati. Tapi kalau aku stop sapu dettol, gatal tu datang balik. 


Tapi alhamdulilah, gatal tu semakin berkurang bila aku guna sabun ni. Adalah jugak aku merungut sabun ni menipu. Sebab aku pakai tak de kesan mende pong. Aku nak cepat. Tapi aku tunggu tunggu dan tunggu, masalah tu pun hilang. Kesan kesan kulit mati pun dah berkurangan. Sabun ni sebenarnya mengandungi garam buluh. thats y kalau kita bakar sabun ni memang cepat mencair berbanding sabun jenama seperti lux. Sebab sabun tu mengandungi bahan kimia. 





So, ada sesiapa yang berminat?? Harga sekotak dijual dengan harga RM110 kalau tak silap aku. Tapi disebabkan baru diperkenalkan oleh orang tu, sekotak harganya cuma RM100 + postage :) . Tak mampu?? Boleh beli sebijik dengan harga RM40. :) Korang berminat??? Boleh contact aku dekat
 nombor ni --> 017 3574719 .  Sebarang pertanyaan boleh contact aku kat FB . 






Kasut kat atas ni pulak. Aku nak jual. Aku cuma pakai sekali je. Aku baru je beli. Serius. Aku tak boleh pakai kasut ni doe. Aku ta tau lah kenapa. So ada sesiapa tak yang berminat? Colour : Blue , Price : RM 45 without postage , Size : 35 , ** Penghantaran menggunakan poslaju Malaysia,  Berminat ? ? Boleh PM atau berurusan dengan nombor 0173574719



© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.