Kau Mesti Kuat

 
 
 
 
 
Assalamualaikum. Dah lama sangat rasanya tak update entri personal. Asyik penuh dengan GA je kan :). Semoga murah rezeki semua yang membuat GA ni. Pagi ni aku dalam kuliah. Ada kelas IT. Baru je lepas buat kuiz. Pagi tadi, ada orang call. Dia otw g hospital. Hidung dia berdarah. Aku? Tak tahu nak cakap. Sebab selama aku kenal dia pun belum pernah lagi jadi macam tu.
 
 
Cuma sekali je, masa dia  batuk, batuk berdarah. Nak menangis aku rasa. Sebab aku takut ada something yang tak elok jadi pada dia. Aku bukan tahu pun bab bab ni. Hmm. Walaupun kau tak baca apa yang aku tulis, aku harap semua yang baca tulisan aku ni dapat doakan kesihatan dia agar cepat sembuh.
 
 
Nanti aku dah tak de kawan. Siapa yang nak dengar aku bercerita.
 
 
Aku cuma harap kau kuat. Untuk menghadapi masalah, yang datang dalam hidup kau. Aku harap kau terus jadi diri untuk berdiri sendiri. Aku cuma harap, aku masih boleh jadi kawan kau lagi. Aku cuma harap kau boleh tunggu aku. Jadi kawan sampai bila bila.
 
 
Al - fatihah.

Post a Comment

0 Comments