Kakak Boleh Beli Satu Nasi Tak





Assalamualaikum. Sekarang aku di Sentral Market (beberapa jam lalu). Saja jalan kejap. Tadi aku kat Hospital KL, menghantar dokumen penting. Aku bosan. Jalan jalan lah dekat dalam Sentral Market. Take picture. Maklumlah suka ambil gambar. 

Masa aku duduk duduk syok layan group whatsapp. Aku usha sorang Uncle Cina ni. Dia kehulur kehilir dengan berseluar pendek dan tshirt. KAT tangan kanan ada surat khabar cina. Aku tengokkan je.

Tak lama lepas tu dia datang kat aku lepas dia nampak aku asyik tengok dia dengan muka tak bersalah. Dia tanya aku.

" Kakak. Boleh beli satu nasi tak? "

Aku diam kejap. Lepastu aku jawab.

"Sorry. Saya pun tak de duit".

Sebab dalam dompet aku pun cuma ada rm5. Aku bukan xnak tolong tapi kalau aku tolong duit aku pun tak cukup. Tu satu hal. Satu hal lagi, aku kat KL. Aku tak de sesiapa kat sini. Aku datang sorang. Buatnya masa aku nak bukak dompet tu, tangan dia pantas mendapatkan dompet aku yang cuma penuh dengan lambakan kad bank. Dalamnya zero. Dengan ic aku.

Lepas aku jawab macam tu. Dia pergi tinggalkan aku. Aku dengar dia mengomel sendirian. Dalam bahasa cina. Sukar aku nak pastikan apa butirannya. Aku cuma mampu tengok dia berlalu pergi.

Ni pengalaman aku kali kedua disapa orang yang minta duit secara berhemah.

Pengalaman pertama aku masa lepak dekat Air Pancut kat depan KLCC. Masa tu tengah syok tengok warna warna kat air pancut tu. Sekali ade sorang lelaki berkasut macam pejabat. Duduk sebelah aku dalam jarak beberapa cm. Bila aku terpandang kasut dia.

Tiba tiba dia datang.

"Kak ada 3 ringgit tak? Dompet saya hilang lah. nak buat naik bas".

Jawapan aku sama macam kat atas. Agak agak kalau jadi kat engkorang, apa engkorang buat?


Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau ene, ena pun buntu... kesian tp entah la.. kita pun xdpt nk bntu diri sendiri apatah lagi nak hulurkan bantuan

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.