Kesan Menjadi Princess Atas Motor






Assalamualaikum. Seperti yang engkorang nampak aku baru je beli skirt labuh ala ala macam gambar kat atas ni. Sumber dari google. Aku pun tak sempat basuh lagi. Baru pakai dua kali. First masa ngedate. Second pergi kelas. Balik dari kelas tu aku ride pergi Shah Alam sebab cuti seminggu. Acah acah macam balik kampung. Naik motor ego, boleh lah letak barang dekat depan tu kan. Penuh gak barang aku. Dengan kain kembang ni. Selalu biasa bila aku berhenti dekat lampu isyarat aku akan turunkan kaki kiri. Tapi entah macam mana masa  tu gedik sangat nak turunkan kaki kiri. Jadi aku tak biasa nak imbang keadaan kaki. Engkorang tengok lah apa hasilnya. 




Koyak !!! Baru pakai kod --, Masa atas jalan tu memang ramai gak yang hon. Ingat nak mengurat, aku pun buat lah poyo gile. Hahahaha. Aku memang dah perasan kain macam tersangkut. Aku ingat sangkut dekat pemijak kaki belakang. Tak sangka pulak. Tersangkut dekat tempat lain.



Ni ha. Engkorang tengok lah. Kain aku tersangkut kat tempat bulat ni. Apekebenda lah namanya. Aku pun tak tahu. Aku siap gunting kain tu pun masih lagi tak boleh nak tarik. Sebab tersangkut kat dalam. Takut je patah. Sayang weyh kain aku. Engkorang bayangkan jela dari Kajang ke Shah Alam. Kalau aku jatuh motor? Kau rasa? 



Post a Comment

0 Comments