Rahsia Tahi Lalat



Rahsia Tahi
 

Rahsia Tahi Lalat | Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi sedikit pembacaan aku tentang rahsia tahi lalat. Aku ada banyak tahi lalat. Jadi aku nak kongsi sedikit personaliti diri aku. Supaya orang lebih mengenali diri aku yang biasa biasa ni.

 
  • Bibir atas kanan: Banyak rezeki, pandai
  • Bibir atas kiri: Ramai kawan, baik hati
  • Bibir bawah kanan: Disegani orang, ramai yang suka
  • Bibir bawah kiri: Pandai bicara, tak mudah kalah
  • Leher kanan: Cerdas, jujur, berani menderita
  • Leher kiri: Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
  • Leher di tengah: Tercapai cita-cita
  • Biji mata kanan: Suka serong dan pembohong
  • Biji mata kiri: Pembohong tetapi baik hati
  • Hujung mata kanan: Baik hati, sopan santun, cerdas
  • Hujung mata kiri: Baik budi, murah rezeki
  • Punggung kanan: Agak mengalami kesulitan
  • Punggung kiri: Malas dan suka duduk
  • Betis kanan: Suka berhibur, boros
  • Betis kiri: Rajin, tidak suka menganggur
  • Lutut kanan: Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  • Lutut kiri: Kurang kuat berusaha
  • Kepala sebelah kanan: Terkabul cita-cita
  • Kepala sebelah kiri: Sering menemui kesusahan
  • Kepala sebelah belakang: Jujur, sabar dan tekun
  • Kening kanan: Cerdas dan cekap
  • Kening kiri: Cerdas dan sopan santun
  • Tengah kening: Keras hati dan berani segala hal
  • Hujung mulut kanan: Kecil rezeki, tak mudah kalah
  • Hujung mulut kiri: Suka berpoya-poya
  • Ketiak kanan: Dapat menyimpan rahsia
  • Ketiak kiri: Jujur, banyak yang cinta
  • Pergelangan kaki kanan: Suka keluar rumah
  • Pergelangan kaki kiri: Kehendak kuat
  • Batang hidung: Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • Pada hidung: Banyak rezeki
  • Dagu bawah kanan: Jujur dan baik hati
  • Dagu bawah kiri: Bijaksana, dan berbudi luhur
  • Kemaluan kanan atau kiri: Baik, suka senggama
  • Di kepala kemaluan (lelaki): Bakal beristeri dua
  • Tumit kanan: Jujur dan banyak kawan
  • Tumit kiri: Baik budi
  • Alis kanan: Suka menolong dan baik hati
  • Alis kiri: Ramai yang suka
  • Pangkal peha kanan: Kemahuan kuat
  • Pangkal peha kiri: Suka kerja apa pun
  • Telapak kaki kanan: Tak mudah mengeluh
  • Jari kaki kanan: Suka menolong
  • Jari kaki kiri: Berbudi, suka berbuat baik
  • Bahu kanan: Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
  • Bahu kiri: Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • Buah dada kanan: Baik hati, pendiam, simpan rahsia 
  • Buah dada kiri: Ramai kawan, setia pada pasangan
  • Lengan kanan: Setia dan taat pada atasan
  • Lengan kiri: Menepati janji dan rajin
  • Pipi kanan: Ramai teman
  • Tengah-tengah pipi kanan: Ramai yang suka
  • Tengah-tengah pipi kiri: Ramai teman
  • Ubun-ubun: Kurang jujur 
  • Pusat: Cerdas, tangkas, tekun 
  • Pusat bahagian kanan: Sejahtera dalam hidup
  • Pusat bahagian kiri: Beroleh kemuliaan
  • Pinggang kanan: Sayang pada pasangan hidup
  • Pinggang kiri: Disayang pasangan hidup
  • Dada kanan: Dapat mengatasi masalah
  • Dada kiri: Berani, jujur dan sabar
  • Telapak kaki kanan: Tidak mudah mengeluh
  • Telapak kaki kiri: Baik budi pekertinya
  • Siku tangan kanan: Kuat ingin memiliki kejayaan
  • Siku tangan kiri: Baik hati, suka menolong
  • Jari tangan kanan: Serba beroleh keuntungan
  • Jari tangan kiri: Serba baik bekerja
  • Jari telapak tangan kanan: Banyak rezeki tetapi boros
  • Jari telapak tangan kiri: Banyak rezeki dan cermat
  • Pergelangan tangan kanan: Boros, suka bersukaria
  • Pergelangan tangan kiri: Dapat berpangkat
  • Perut bawah kanan: Banyak rezeki, suka memberi maaf
  • Perut bawah kiri: Baik hati, tenang hidupnya
  • Sudut mata kanan dalam: Disayang suami atau isteri
  • Sudut mata kiri dalam: Tidak mudah dilupakan pasangan
  • Sudut mata kanan luar: Baik budi, ramai yang cinta
  • Pelipis kiri: Murah rezeki, dapat jadi kaya
  • Pelipis kanan: Serba berhasil dalam usaha
  • Kelopak mata kanan atas: Baik hati, ramah, berjaya
  • Kelopak mata kiri atas: Baik budi, ramai yang suka
  • Kelopak mata kanan bawah: Agak malas
  • Kelopak mata kiri bawah: Agak bodoh, kurang bijaksana
 
Rujukan :  http://www.sentiasapanas.com


Macammana. Dah periksa korang punya tahi lalat? Aku punya tahi lalat kat dahi ni pulak apa maknanya? Ternyata dua yang aku highlightkan ni macam betul. Macam jela. Korang jangan terlalu percaya dan taksud pulak. Sebab ini hanyalah anggaran. Kita kan sudah mempunyai personaliti sendiri | Rahsia Tahi Lalat

Post a Comment

4 Comments

  1. Bibir atas kiri: Ramai kawan, baik hati
    Lengan kanan: Setia dan taat pada atasan
    Kening kanan: Cerdas dan cekap
    Jari tangan kanan: Serba beroleh keuntungan
    Dagu bawah kanan: Jujur dan baik hati

    singgah pagi :)

    ReplyDelete
  2. hihihi..pepagi ni duk kira & belek tahi lalat..best sgt

    ReplyDelete
  3. Risau kalu tgok maksud yg kurg baik..huhu..tak mau percaya sgtla..kikiki

    ReplyDelete
  4. kalo taik lalat siti cmne?? hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.