Save Pekan Ampang



Save Pekan Ampang
Pekan Ampang Heritage Talk and Photo Walk


Save Pekan Ampang | Assalamualaikum. Apa jawapan eng-korang kalau ditanya :


"Wajarkah jika bangunan yang mempunyai sentimental nya yang tersendiri sejak zaman British dirobohkan untuk pembangunan?"


Sedikit info : Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.


Tahukah eng-korang, cadangan pembinaan lebuhraya bertingkat Sg Besi - Ulu Kelang (SUKE) akan memaksa lebih 40 buah rumah kedai zaman British yang membentuk Pekan Ampang hari ini dirobohkan? Ini termasuklah Rumah Api



Save Pekan Ampang

Save Pekan Ampang


LEBIH daripada 40 rumah kedai sebelum perang di Pekan Ampang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek yang dirancang Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE), termasuklah Rumah Api!. Ada sebahagian kedai yang sudah disewakan, namun pemiliknya masih menetap di tingkat atas. Bagaimanapun ada juga yang telah dibiarkan kosong, terbiar dipenuhi lalang dan berlumut. 

Puluhan tahun menjadi syurga lombong timah, aktiviti itu dan berakhir awal 80 an ketika era perlombongan masyarakat Hakka.  Kedai-kedai yang dibina semasa era British, berusia lebih dari 100 tahun. Pemilik kedai merungut tentang kesukaran mereka untuk memulakan perniagaan di tempat yang baru sekiranya ia dirobohkan, juga bimbang bahawa mereka akan kehilangan tempat. Pembangunan lebuh raya SUKE juga  menandakan penutupan institusi seni akan berakhir !

Save Pekan Ampang


Jika eng-korang pernah lalu Pekan Ampang, mungkin eng-korang akan terperasan satu blok yang dicat dengan warna hitam dan telah nampak usang. Itulah Rumah Api ! Ramai pemuzik underground telah menggunakan pentas di Rumah Api termasuk artis underground luar negara. Nak tahu lebih lanjut, beli jelah Zine Rumah Api. Macam - macam kenangan ada. Aku baru jejak sekali. Melekat dihati. Ada aura. Jangan kecam aku please

"Kami adalah ruang autonomi untuk orang ramai datang dan pergi."

"Kita tidak boleh pergi kemana - mana sesuka hati, bukan mudah untuk kami mencari tempat di mana orang akan menerima muzik kami dan gaya kami."

Peminat seni indie : "Di mana kita akan pergi nanti?"



Save Pekan Ampang
Surat dari Konsep Harta dan Penilaian SDN BHD Syarikat taklimat untuk merobohkan Rumah Api dan lain-lain bulidings sekitar Pekan Ampang untuk Projek Lebuhraya SUKE!


Sekali lagi aku tanya eng-korang :

"Wajarkah jika bangunan yang mempunyai sentimental nya yang tersendiri sejak zaman British dirobohkan untuk pembangunan?"

Tidak ada lagi cerita, tidak ada lagi kenangan, semua nya mati, tenggelam di atas pesat pembangunan! | Save Pekan Ampang 

Post a Comment

0 Comments