Petua Elak Selsema




Petua Elak Selsema


  • Calit sedikit kapur sirih dan dua titik minyak kayu putih pada sehiris limau nipis. Panggang di atas api hingga panas dan kemudian perah airnya. Minum air perahan ini sekali sehari.
  • Hidu bau halia hidup yang telah dibersihkan.
  • Ambil secawan air didihan beras. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
  • Jika selesema akibat cuaca hujan atau panas terik, basahkan ubun-ubun kepala. Ulang beberapa kali.
  • Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.
  • Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit yer. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi
  • Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
  • Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
  • Bersihkan hidung setiap kali mandi. Cara nya masukkan air ke dalam lubang hidung. Tahan selama lebih kurang 5saat dan kemudian hembuskannya. Lakukan sekurang - kurangnya 3 kali setiap kali mandi. 




http://www.panduanmalaysia.com/ , http://www.petuatradisional.com/

Petua Elak Selsema

Post a Comment

0 Comments