Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Monday, November 30, 2015

Jambu Bersemadi

Mieza S | 11/30/2015 09:10:00 AM | 1Comments |

Jambu Bersemadi



Jambu Bersemadi


Malaysia telah digemparkan dengan pemergian Yus Jambu (Raja Lawak) atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, KangarPerlis. Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater.

Semalam, dalam pukul 2 pagi, dah ramai yang memuatnaik status berkenaan arwah dimana mengatakan beliau telah kembali ke rahmatullah. Ramai yang tidak percaya. Ramai juga yang menganggap ia bahan gurauan kerana orang yan terawal memuatnaik status berkenaan beliau ialah rakan baiknya, Taukeh.  Memandangkan mereka berdua merupakan pelawak tanahair. 

Aku sendiri pun tak percaya. Sebab aku tengok dia sihat je. 

Rasanya baru minggu lepas aku tengok Juara Parodi dan sangat - sangat terhibur dengan persembahan pembukaan oleh kumpulah Pak Yus dan rakannya. Apa pun, semoga Pak Yus terus bersemadi dengan aman dan dijaga Tuhan dengan sebaiknya.

AL - Fatihah.



Jambu Bersemadi

Friday, November 27, 2015

RHAPSODY 3

Mieza S | 11/27/2015 02:41:00 PM | 0Comments |


RHAPSODY 3


RHAPSODY 3

Kolektif Bicara Tokoh

Mieza S | 11/27/2015 02:39:00 PM | 1Comments |




Kolektif Bicara Tokoh


Kolektif Bicara Tokoh



InsyaAllah jumpa Ahad ini di Galeri Shah Alam. 😉 ・・・
Hye! Buat semua yang budiman! Jemput datang ke program KOLEKTIF 2015 pada 28 & 29 November di Galeri Shah Alam. 
Ada apa yea?? Macam2 ada! Ada bicara tokoh bersama sasterawan negara, syarahan umum, bengkel teater, aktiviti kreatif, perkongsian pasal travelog, fesyen dan keterampilan diri, tonton filem CHOWRASTA secara percuma, galeri seni, pentas bersama Ana Raffali, Amylea Azizan, Fuad AF3, Otam dll dan banyak hadiah untuk diberi secara percuma!!! MASUK ADALAH PERCUMA!!! Jom ramai2 datang!!!!

Thursday, November 26, 2015

Biarkan Aku Terus Menulis

Mieza S | 11/26/2015 05:13:00 PM | 1Comments |


Biarkan AKu Terus Menulis

Biarkan AKu Terus Menulis


Aku minta maaf andai ada yang berkecil. Aku menulis untuk jadi pengabadian di dalam blog. Supaya tua nanti, ada bahan bacaan kenangan lalu yang boleh aku mengenang. Maaf, andai tidak selesa dengan tulisan - tulisan buruk aku. 

Sebab Tidak Sambung Belajar

Mieza S | 11/26/2015 05:08:00 PM | 1Comments |



Sebab Tidak Sambung Belajar


Sebab Tidak Sambung Belajar


Ada banyak benda yang aku nak cakap. Tapi tak tahu lah terluah menjadi perkataan atau sekadar berbicara bisu dalam hati secara sembunyi - sembunyi. Aku tak tahu lah ini kata putus atau bagaimana. Aku takut sekadar cakap - cakap kosong je. Aku dah malas nak belajar (sebab menghabiskan duit emak bapak).

Aku rasa macam nak duduk rumah tengok emak bapak aku jadi tua. Biar lah, orang kata ijazah nanti aku dilambung - lambung dengan pandangan jiran tetangga, makcik pakcik. Biarlah~ . Aku tak berkehendak langsung. Kalau aku angkut ijazah dalam hidup aku sekali pun belum tentu aku mampu nak buat apa benda yang diminta. Kalau semua nya atas dasar pengalaman.

Aku takut dengan segala pangkat nanti, duit aku jadi menggunung tapi aku lupa siapa emak dan bapak. Sampai aku terlupa aku tak punya waktu untuk emak dan bapak. Aku terlupa nak susun kasut depan pintu. Sebab aku tak menjengah langsung emak dan bapak akibat dengan kesibukan berpangkat mencari harta menjalankan tanggungjawab seorang pekerja ijazah. Mak dan bapak makin tua. Adik - adik aku sedang membesar. Aku dah sampai sini, siapa aku sekarang. Cukuplah. Aku dah rasa pengalaman. Memang bantuan banyak. Banyak sangat. Tapi berapa kali nak turun naik untuk diluluskan, belum tentu lagi dapat. Atau aku tamatkan pengajian sekadar untuk menghabiskan sisa hidup aku dengan menanggung PTPTN? 

Aku takut, aku di kejauhan. Mak dan bapak mengadu tidak cukup makan. Aku? Aku tak akan pernah kisah. Sebab aku tetap akan makan macam biasa. Aku bukan anak derhaka, tapi itulah aku. Si pemakan 24jam. Aku tak akan pernah peduli dirumah. Asalkan aku makan. Dan aku harus perlu duit. Jadi terfikir aku tentang tanggungjawab menjadi anak pertama. Kenapa aku perlu jadi anak pertama sebagai seorang perempuan Kenapa tidak seorang lelaki? 

Terfikir aku : 

Tuhan tidak jadikan aku sembarangan. 

Jadi terfikir untuk aku berkorban. Itu je mampu. Ya, aku faham. Sekarang aku bukanlah di tahun 1970 an dimana aku perlu berkorban kerana kos sara hidup tidak mencukupi. Aku faham dan aku mengerti. Tapi, sekarang sudah jauh berbeza. Untungnya rumah yang aku duduk tidak perlu dibayar. Kami tidak pernah putus beras. Tapi pernah beras segenggam tinggal dalam tong. Itu masa aku di rumah. Dulu? Masa aku di universiti. Bila aku minta duit, mak mengadu "Kami kat sini pun tak cukup makan". 

Mak pernah bergadai emas satu - satunya. Sampai harini masih lagi dikedai. Aku pun tak tahu lah. Aku kesian dekat emak. Mujur, aku bukan perempuan yang lain. Bergelang emas dikaki, leher,tangan. Mujur, aku tak pernah gemar berhias. Mujur, emak juga bukan seperti itu. Emak gadai sebab aku masuk universiti. Tapi, aku berhenti ditengah jalan. Sebab aku memang tak suka apa yang aku belajar. Masih ingat, mak sarat mengandung naik turun tangga untuk segala urusan di universiti. Aku kesian. Tuhan uji aku, aku diserang period pain untuk hari pertama. Aku mual - mual. Aku dah tak peduli kiri kanan. Sampai bilik aku muntah, mak pergi pun aku endah tak endah. Sebab aku dilanda perasaan tak selesa. Sampai harini, aku bersalah tak terkira.

Aku janji dengan diri aku nak belajar sungguh - sungguh. Tapi, aku tak mampu pun. Aku sambung sijil. Alhamdulillah. Habis. Sekarang tengah praktikal. AKu harap aku dapat habiskan praktikal dengan jayanya. Biarlah sijil. Biar. Aku bukan pergi menagih sampai orang nak merendah - rendah aku. Kalau pun aku bekerjaya, aku kirim duit pada emak tapi aku tak pernah ada. Jadi apalah bezanya? 

Ini je aku rasa aku boleh buat. Duduk depan emak menanti emak dan bapak tua. Sama - sama menikmati secangkir kopi di waktu hujan mencurah ditemani cekodok pisang yang hangus terlebih api. Aku rela. Kalau itu makanannya. Aku nak rasa apa yang emak dan bapak rasa dirumah waktu menyekolah kan anak - anak dalam payah. Aku tak hendak duduk seberang, makan nasi berlaukkan ayam. Tapi emak dan bapak bergaul nasi dan ikan masin semata. Tak adil. 

Nanti kalau emak dan bapak dah mati. Aku pulak rindu tak pernah berbakti. Dulu masa aku belajar jauh, aku tak suka dirumah. Suasana nya tak pernah aman dengan gaduh - gaduh adik aku. Aku serabut. Sampai harini pun adik - adik tak suka aku. Sebab aku suka cari pasal. Tapi aku cari pasal bukan saja. Aku bergurau. Mungkin gurauan aku tu cuma boleh dipraktikkan oleh adik aku dengan kawan - kawannya dirumah. Mungkin beranggapan aku annoying. Entah ~ Mungkin juga aku tak layak untuk bersenda apa. 

Semalam aku bergurau. Jenis aku, kalau orang pukul aku sekali, dia mesti dipukul balik mengikut bilangan tadi. Baru adil. Semalam, aku bergurau. Tak sangka kena sepak dengan kaki oleh adik aku. Aku berkira - kira. Umur aku sekarang 20 dan dia masih 13. Aku tak fikir dia layak sepak aku bila bergaduh. Kalau umur aku masih sekolah boleh lah dikira layak. Aku rasa dia kurang hajar. Terus aku masuk bilik, tak bercakap apa. Tengahari tadi pun aku tak bercakap apa dengan diorang. Aku cuma bergurau dengan emak. Aku jadi sentap dan malas nak ambil tahu. Lagipun adik - adik aku semuanya jenis rasa diri dah bagus tak boleh di nasihat. Kalau dinasihat, diorang akan bersikap biadab. Aku akan bengang. Kalau semalam tidak ada bapak tengah buat kerja, dah lama aku balas balik dia tu. Kalau ada bapak, aku yang kena sebab aku besar. 

Sebab aku perlu berkorban, aku dah rasa. Itulah rumah tempat aku tidur. Biarlah bumbungnya ber bolong - bolong air jatuh saat hujan lebat atas katil aku. Setitik - dua titik - tiga titik. Biarlah. Aku dah pasti. Tak akan sebab bumbung ber bolong aku mesti lari belajar jauh - jauh tinggalkan emak dan bapak meniti tua sendirian. Lagipun adik - adik aku jarang dirumah. Sibuk bermain tak ingat balik. 

Lagipun cuma aku seorang yang selalu nikmati apa sahaja yang emak masak. Adik - adik yang lain berkira. Kadang - kadang tak makan langsung. Tak malu makan dirumah orang. Tengahari tadi aku balik makan dirumah. Emak membebel. Lauk semalam tak habis. Adik cakap dia makan di rumah kawan. Aku kesian emak. Biarlah aku dirumah. Tolong makan masakan emak dengan enak. Biar tidak cukup garam. Terlebih masin. Aku ada. Akan makan apa sahaja emak masak.

Ssepanjang aku membesar, aku banyak habiskan waktu di asrama. Dengan kawan. Aku lebih gemar kasih sayang kawan yang tak terbelah bahagi. Yang asyik hidup disebelah meski bangun dan tidur. Ketika diasrama dulu. Aku nak menikmati kasih emak dan bapak. Walau tidak persis orang lain yang berlembut. Emak dan bapak kasar. Tapi, itu sahaja emak dan bapak yang Tuhan utus buat aku. Apa sahajalah pilihan yang aku ada. 

Aku nak duduk dirumah. Mendengar emak membebel rumah bersepah terpijak debu berserakkan. Mendengar bapak mengamuk cari kunci hilang. Telinga sudah aku tadah. Ini sahaja telinga yang tinggal. Yang hidup dengan aku. Teman emak dan bapak dikedai mamak menikmati roti canai kuah kari. Bergendong naik motor dua buah, berjemaah. 

Serius ! Aku sudah putuskan. Aku nak duduk dirumah. Bertentang mata dengan emak dan bapak Sebelum dan selepas tidur. Menikmati sihat sakit emak dan bapak. Kalau Tuhan takdir aku kawin, berjauhan aku dengan emak dan bapak. Tidak nikmati hidup masa hayat.

Aku harap ini cukup ampuh untuk tidak sembung belajar meninggalkan emak dan bapak.

Aku sudah sedia. terkena lontaran kata - kata sesiapa dengan keputusan aku. Aku bekorban. Untuk kali ini sementara emak dan bapak masih hidup. Aku bahagia, dapat luah semua yang terbuku. Bukan menagih apa. Cuma dengan tulisan sahaja aku boleh menikmati apa kesengsaraan hati. Kala ini, aku tak punya siapa untuk berkongsi. Usah simpati, ini cuma luahan hati yang terbejat oleh aku :) Abaikan kalau tidak perlu.

Lirik Kuta Rock City

Mieza S | 11/26/2015 04:20:00 PM | 0Comments |


Lirik Kuta Rock City - Superman Is Dead

Lirik Kuta Rock City


Getting’ dressed and getting’ drunk, make some noise don’t left behind, and the scars around your back Never sleep and never fall, we are young and we are free, so we sing it loud and clear Like a rocket like a bomb, do we have to take it slow, and then here we are again [#:] Tequila blast and Cadillac girls, with the music swingin’ [3: really] hard (x3) [Chorus:] (In Kuta Rock City) Where the evil dance (In Kuta Rock City) Where the hero dies (In Kuta Rock City) Where is all my cash (In Kuta Rock City) Please don’t break my heart again It is late and getting’ hot, with the engine runnin’ fast, story of suburban trash Against everything you know, like a rebel with a gun, no time for society Recognize and realize, move bit just a little fast, and then here we are again [#] (In Kuta Rock City) Where the evil dance (In Kuta Rock City) Where the hero dies ~ [Chorus] (x2)

Lirik Lagu Sunset di Tanah Anarki

Mieza S | 11/26/2015 02:39:00 PM | 1Comments |


Lirik Lagu Sunset di Tanah Anarki - Superman Is Dead


Lirik Lagu Sunset di Tanah Anarki


Andaiku malaikat, kupotong sayapku dan rasakan perih di dunia bersamamuPerang kan berakhir, cinta kan abadi, di tanah anarki romansa terjadi
Desing peluru tak bertuan, hari-hari yang tak benderangSetiap detik nyawa ini kupertahankan untukmuAlasanku ada di sini, dan parasmu yang kurindukanDi neraka kan kumenangkan, hariku bersamamu
Dalam gelisahku menunggu, berita tentang gerilyamuSemerbak rindu kuasai udara panas iniSepucuk surat telah tiba, dan senja pun ikut berdebarKalimat indah dan kisahmu tentang perang dan cinta
Kubasuh luka dengan air mataOh hatimu beku, serta jiwamu yang lelahTak henti lawan dunia dengan mimpi besar untuk cintaDan jalanmu tuk pulang, di ujung waktu kan ada cahayaItulah aku, raihlah mimpimu

Tentang Sebiji Batu

Mieza S | 11/26/2015 01:45:00 PM | 0Comments |

Tentang Sebiji Batu





Dunia tak akan pernah kisah sepercik air yang kita mulakan dari sebiji batu yang dilempar kita. Dunia tak akan sempat untuk peduli. Yang penting, sungai itu tahu kau baling dia dengan batu. Ikan - ikan di dalamnya rasa percikan yang kau mula. Serangga - serangga terkesan, Daun - daun perasan.
- Fynn Jamal-

Sudah Lama

Mieza S | 11/26/2015 12:05:00 PM | 0Comments |


Sudah Lama


Sudah Lama



Sudah lama tidak ku anyam puisi,
Kuntuman bunga juga sudah layu,
Mentari tidak terik sepserti kelmarin,
Angin deras,
Tidak persis semalam,
Nyaman menampar pipi mulus,
Aku juga yang masih,
Tidak berganjak apa,
Masih setia,
Menanti dedaunan luruh,
Hingga senja menyerlah jingga,
Mentari terpadam didasar laut,
Hitam mewarnai hamparan langit,
Menjadi selimut tatkala malam,
Pada mata yang tidak terpejam,
Memikir esok tentang masa depan,
Apa masih ada udara,
PERCUMA?
Burung riuh menari di atas awan,
Apa masih ada aku?
Untuk terus menyulam,
Kata - kata nista,
Menjadi bait kata terindah,
Buat sang PERINDU.

Mendidik Perempuan

Mieza S | 11/26/2015 10:44:00 AM | 0Comments |

Mendidik Perempuan





Mendidik Perempuan

Kau mendidik seorang laki-laki, kau mendidik laki-laki. Kau mendidik perempuan, kau mendidik sebuah generasi. 

–Brigham Young–   

Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)

Mieza S | 11/26/2015 09:13:00 AM | 1Comments |




Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)


Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)

Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)

Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)

Tutorial Microsoft Word - Pengulangan Header (table)


So, korang tak payah lah susah - susah nak buat satu - satu. Bayangkan kalau ada seratus muka surat? Larat nak highlight lepas tu warnakan cell tu? Jadi, cara ni dapat memudahkan kerja - kerja. :) 

Wednesday, November 25, 2015

Lirik Lagu Pemergian - Desire

Mieza S | 11/25/2015 03:38:00 PM | 0Comments |
Lirik Lagu Pemergian - Desire


Lirik Lagu Pemergian - Desire



Jeritan sedihmu nyaring bergema
menikam pedih dalam sukma
tiada apa yang dapat menghalang
perginya ditentukan illahi..

tangisan hanya menambah siksaan
sedangkan dia tak kembali
kenyataan itulah kebenaran
suratan takdir usah diingkari.

betapa pedih perpisahan
adalah kemestian
yang harus diterima
demi setiamu pada tuhan.

perginya telah ditakdirkan
untuk setiap insan
hentikanlah tangisan
meratapi satu kematian.







Puisi Kegelapan

Mieza S | 11/25/2015 02:18:00 PM | 0Comments |
Puisi Kegelapan


Di atas tanah gersang,
Tandus kekeringan,
Abu penindasan berserakan,
Memenuhi ruang udara,
Manusia,
Masih lagi menari,
Irama - irama jiwa,
Muzik datang dari,
Gelombang - gelombang haloba, kebencian,
Jiwa kemanusiaan sudah ditelan,
Angin taufan,
Percikan gitar berdesing,
Memberi pengampunan,
Pada mereka - mereka yang punya kuasa,
Untuk terus berkhayal,
Menegakkan kebatilan,
Yang dianggap suci dan mulia,
Pada mata yang buta,
Pada hati yang nista.

Review Detik Debar - Eyman Hykal

Mieza S | 11/25/2015 10:21:00 AM | 1Comments |

Review Detik Debar - Eyman Hykal

Sebenarnya aku baru je tamat kan buku ni dua hari lepas. Lama juga aku mengabdikan diri dengan novel ni. Berminggu - minggu. Sebab aku menghadapi kekangan masa. Kerja dari pukul 8.30 hingga 5.30. Dah tentu aku balik sampai rumah pukul 6 lebih. Lepas tu siap mandi makan, aku mengantuk. Sebab aku sanggup, bangun aku ngadap buku, nak tido buku, everywhere buku. Sampai aku terlupa aku ada tv dekat rumah. Walaupun cuma satu mukasurat, tapi dah cukup bermakna untuk aku. Aku mesti habis kan. Ada 2 buah buku lagi tengah beratur. 2 lagi sedang terbengkalai baru separuh jalan. Dan 1 on the way sampai ke rumah. Ya. Nampak sangat aku tamak dengan buku. 


Sinopsis 

Demi menyelamatkan ekonomi negaranya yang akan merundum, Presiden Amerika Syarikat, John Martinez menzahirkan komitmennya terhadap sistem kewangan islam di sebuah persidangan  
ekonomi islam di malaysia. Namun, niat murninya ditentang The Group, sebuah kumpulan kewangan konvensioanl Amerika yang didalangi pihak Zionis.

31Ogos - Hari Kemerdekaan Malaysia. Di tengah - tengah kemerdekaan sambutan yang bewarna - warni dan gegak gempita suara rakyat Malaysia, seorang pembunuh upahan menyasarkan senjatanya ke arah tetamu khas Malaysia, John Martinez.

Biro Risikan Negara atau BISIK mendapat maklumat tentang kemungkinan wujud cubaan mmbunuh lelaki no 1 Amerika itu. Perisik elitnya Fariz Zafar diutus untuk menumpaskan rancangan jahat itu. Detik yang berlaku diharungi penuh debaran kerana ia pertaruhan antara hdup dan mati.

"Ini karya Eyman Hykal yang lebih berani daripada karya sebelumnya, Meniti Maut" - Ramlee Awang Mursheed


Review Detik Debar - Eyman Hykal


Watak 

John Martinez - Presiden Amerika Syarikat
Faris Zafar, Normala, Tuan Aziz -anggota BISIK
Naeem dan Nazeem - Kanak2 yang terbunuh di Palestin
Jennifer Miles - Wartawan WLL (WorldLiveLine)
Ahmed - Pembantu Jennifer
Omar aka Menaham + Ali + Moussa Arafat
Bajar Buang - Mengepalai SAKA


Sebelum aku ulas novel ni pun Ramlee Awang Mursheed dah mengulas dulu sebelum aku. Pernah baca Meniti Maut? Sebenarnya bukan senang nak jumpa novel aksi dekat penerbitan Alaf 21. Bila wujud, maka hargai lah. Novel yang patut di angkat martabatnya seiring novel berkisarkan Sufi oleh Ramlee Awang Mursheed yang menjadi kegilaan dulu, atau mungkin sehingga hari ini. 

Sekali baca tajuk pun kau dah boleh agak, ni bukan calang - calang novel cinta yang hidup bagai cendawan tumbuh di Alaf 21. Sinopsis dah pun mengatakan presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia. Ingat tempoh hari sewaktu Obama datang ke Malaysia? Seolah - olah menjadi sibambungannya. Tapi, Obama tu sampah pada pandangan masyarakat Malaysia khususnya bila dikatakan beliau datang Malaysia untuk merealisasikan perang dunia ke 3. Ya, perang memang tetap akan berlaku. Cuma, entah bila ~

Permulaan novel ni telah membawa aku ke Thailand. Bersama - sama dengan Fariz Zahar dan Normala, Di pertengahan jalan mereka telah ditahan sebelum waktunya. Rupa - rupanya mereka sengaja mendesak Fariz Zahar di dalam operasi latihan BISIK untuk mengukuhkan kecekalannya menjadi perisik.

Ketika wartawan WLL membuat liputan di Selatan Gaza, Palestine beliau telah menyebabkan dua orang kanak - kanak mati. Sedangkan mereka sebenarnya sempat untuk hidup jika dikira - kira. Tapi disebabkan kehalobaan Jennifer Miles untuk membuat liputan terhangat dia mengabaikan nilai kemanusiaan dalam diri. Sehingga akhirnya ketika ayah Jennifer menghantarnya ke Malaysia untuk membuat liputan bisnes (sebelum ini Jennifer bertugas di bahagian politik), ayah kepada dua orang kanak kanak iaitu Naeem dan Nazeem telah mengekorinya.

Sampai ke Malaysia, BISIK telah mengarahkan Fariz untuk menjaga Jennifer sepanjang beliau di Malaysia, kerana Jennifer dianggap merbahaya oleh seluruh dunia atas ketidakkeperihatinannya terhadap Naeem dan Nazeem.

Ketika sambutan kemerdekaan, Omar, Ali dan Moussa masing - masing telah merancang pembunuhan John dengan mensasarkan senjata dari jarak jauh. Sebelum itu, John telah berjumpa dengan Jennifer untuk menjadi pembantunya, Jennifer sendiri tidak mengerti maksud John. Sehingga lah ketika suasana di sambutan kemerdekaan akhirnya dikejutkan dengan tembakan tepat ke arah dada John, Baju John dilumuri darah.

Terdapat dua kejadian yang berlaku ketika itu sebenarnya. John ditembak dan Bakar Buang (mengetuai SAKA) bergaduh dengan Datuk Farush Khan. Bakar Buang hadir ke sambutan kemerdekaan untuk membuat onar. Niatnya ialah menghentikan ucapan John dan buat sehingga John turun dari pentas. Kebenciannya pada Zionis meluap - luap.

Ramai menyangka John tekah mati akibat pendarahan yang teruk. Ketika mereka sedang bersuka dengan kejayaan, seorang pelayan hotel telah mengantar makanan ke bilik mereka. Ya. Mereka memang ada memesan makanan. Ketika itu, liputan berita menunjukkan John selamat dari kematian. Ketika itulah pelayan masuk ke bilik mereka dan membunuh keduanya. Mereka ialah orang yang sangat di cari - cari oleh negara mereka. Siapa yang bunuh keduanya???

Mengapa John tidak mati ketika ditembak? Meski peluru memang tepat mengenai dada. ? Nak tahu? Kenalah baca :))

Tahniah Eyman Hykal !! Kerana mewujudkan karya hebat setanding Ramlee Awang Mursheed.

Tuesday, November 24, 2015

Teater 2 Dunia

Mieza S | 11/24/2015 06:22:00 PM | 0Comments |


Teater 2 Dunia



Teater 2 Dunia


Gagak Putih Production kembali mengibar sayap dengan karya terbaru.

TEATER 2 DUNIA - membawakan dua kisah dalam dua dunia berbeza; 

SELAMAT TIDUR NISA & SIRAT EMOSI MANUSIA dan..... ;) 




jeng jeng jeng, 




Persembahan istimewa.

Tarikh dan Masa 
3 Disember 2015 // 800p.m. 
4 Disember 2015 // 800p.m. 
Tempat: Dewan Eksperimental (Experimental Hall), UIAM 
Tiket: RM6 (Student & Public)


Persembahan berbentuk pementasan dua karya (#SelamatTidurNisa &#SiratEmosiManusia) pada satu malam ini akan diulang pentas untuk dua malam. ;) 

Nak datang dua - dua malam untuk dua pementasan yang sama pun boleh. 

Lain pengalaman, dalam pemahaman.



SEBARANG PERTANYAAN & TEMPAHAN TIKET:
Sis Fatin - 013-3524918
Bro Hanif - 019-6926681



Sebarang maklumat lanjut boleh terus pergi ke : 

Iklan Yang Serabut

Mieza S | 11/24/2015 05:20:00 PM | 1Comments |


Iklan Yang Serabut


Iklan Yang Serabut


Macam mana nak hilangkan semua benda ni??? 

8th Anniversary GiveAway!

Mieza S | 11/24/2015 04:50:00 PM | 3Comments |

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

Mieza S | 11/24/2015 04:44:00 PM | 4Comments |

Mini Giveaway by Myra & Ina

Mieza S | 11/24/2015 04:41:00 PM | 5Comments |
Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM

Mieza S | 11/24/2015 04:38:00 PM | 2Comments |

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Mieza S | 11/24/2015 04:35:00 PM | 6Comments |

KURSUS FASILITATOR SUDAH KEMBALI

Mieza S | 11/24/2015 04:00:00 PM | 3Comments |
KURSUS FASILITATOR SUDAH KEMBALI

KURSUS FASILITATOR SUDAH KEMBALI


WIRAJAYA EXCELLENCE CONSULTANCY



Ingin mencari bakat terpendam anda ? Keyakinan diri menjadi penghalang anda untuk menonjol ? Di sini kami sediakan platform yang mungkin anda cari selama ini ! Dan anda mungkin berpeluang menjadi :
-fasilitator
-jurulatih kem
-penceramah
-motivator 


Kursus Fasilitator Siri IV 2015
 Tarikh : 25-27 Disember 2015 
Hari : jumaat - ahad 
Masa : 3-5pm (pendaftaran) 
Tempat : DrCampsite, Hulu Langat 
Pengangkutan : Sendiri (jika mereka yang tiada pengangkutan sendiri, sila nyatakan kepada pihak kami bagi memudahkan perjalanan anda ke tempat kursus) 
Bayaran : RM50 (sijil, makanan, penginapan, aktiviti, dll) 
Syarat : 17-25 tahun, Islam



Berminat ? Ingin mendaftar atau ingin menanyakan soalan ? ‪Hubungi kami (call, sms, whatsapp) :
Cik aliah - 60 17‑472 1026‬
Cik Cyra - 017-342 4495



 **kami galakkan kepada pelajar lepasan SPM untuk membina pengalaman baru

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.