Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang


Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Berikutan daripada entri aku sebelum ini, tentang Pembedahan Tulang Belakang. Aku terjumpa satu blog yang menerangkan serba ringkas tentang Implikasi Tulang Belakang. Jadi, mari lah baca. Buat ilmu sikit.


Apa itu Scoliosis? 

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit Scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditanggani. 

Jenis - Jenis Scoliosis.

Idiopathic Scoliosis:
Merupakan jenis Scoliosis yang paling umum yang merujuk kepada ‘penyebab yang tidak diketahui’. Lebih 80% dari kes Scoliosis adalah Idiopathic dan lebih 80% dari kes-kes tersebut melibatkan ‘adolescent’ yang mana lebih kerap menyerang perempuan berbanding lelaki. Idiopathic Scoliosis dipecahkan kepada 4 kategori:
·Infantile idiopathic scoliosis (0-3 tahun)
·Juvenile idiopathic scoliosis (3-9 tahun)
·Adolescent idiopathic scoliosis (10-18 tahun).
·Adult idiopathic scoliosis merujuk kepada pesakit yang telah mencapai usia pertumbuhan lengkap – boleh juga merujuk kepada pesakit dari tiga kumpulan di atas yang telah menginjak usia dewasa.
Congenital Scoliosis:
Berpunca dari pertumbuhan tidak normal yang berlaku ketika peringkat awal kehamilan iaitu pada 3 hingga 6 minggu pertama.

Neuromuscular Scoliosis:
Kanak-kanak yang mempunyai masalah seperticerebral palsy, spina bifida, atau pun muscular dystrophy mempunyai risiko untuk mendapat Scoliosis kerana mereka mempunyai otot yang lemah yang akan menyebabkan tulang belakang mengalami tekanan yang tidak sama, lalu mungkin akan membengkok menbentuk huruf ‘C’.
Adult or Degenerative Scoliosis:
Scoliosis yang tidak dikesan & dirawat diperingkat awal usia. Juga merujuk kepada kes Scoliosis yang telah dirawat melalui implant, tetapi berulang kembali.Osteoporosis, disc degeneration, a spinal compression fracture juga boleh menyumbang kepada kewujudan Scoliosis di usia dewasa.

Jika dibiarkan?

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Jika dibiarkan, tulang belakang akan menjadi lebih teruk dan organ-organ penting seperti paru-paru dan jantung akan berhimpit. Masalah yang akan timbul seperti sesak nafas, sakit sendi yang teruk, pitam dan mungkin akan membawa maut. kebanyakkan pesakit Scoliosis lebih menderita dari segi mental berbanding fizikal. Ini kerana kebanyakkan merasa terlampau rendah diri, murung, sedih, kecewa dan juga putus asa. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit Scoliosis. Ini terjadi kerana ketidak normalan bentuk tubuh badan yang bengkok. Pesakit akan mengalami perubahan dari bentuk normal kepada tidak normal seperti bahu sedikit tinggi berbanding bahu sebelah. Buanglah rasa sifat takut dan berdiam diri. Jika anda sedar ketidak normalan pada tubuh anda, cepat-cepatlah berjumpa doktor. 


Rawatan.

Scoliosis Implikasi Tulang Belakang

Rawatan awal amat perlu kepada setiap pesakit Scoliosis. Rawatan seperti pergi mengurut adalah tidak digalakkan, disebabkan Scoliosis ni melibatkan tulang belakang, adalah wajar jika anda membuat rawatan di hospital. Pengambilan ubat tahan sakit juga tidak disarankan doktor, ini akan mengakibatkan hati pesakit rosak teruk. Kebisaannya rawatan yang dibuat di hospital adalah rawatan Fisioterapi dan rawatan susulan oleh doktor pakar. Orang yang mengidap Scoliosis mungkin pergerakannya terbatas dan tidak dapat membuat pekerjaan normal seperti orang lain. Malah untuk bersukan pun agak terbatas bagi pesakit Scoliosis. Jika terlampau teruk, pembedahan adalah rawatan yang perlu diambil. 

Kos rawatan Scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plate & kabel, ditambah lagi ianya adalah pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini. Kos rawatan di hospital kerajaan adalah diantara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital. Walaupun kos pembedahannya agak mahal sehinggah mencecah ribuan ringgit, janganlah bimbang dan rasa putus asa, kos rawatan tersebut pasti boleh dirujuk pada badan kebajikan masyarakat. 


Sumber [1][2][3][4][5]

Post a Comment

0 Comments