Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Beberapa hari yang lepas, aku telah berkesempatan menghadiri Hi Tea PTPTN di Hotel Pullman pada dua puluh empat (24) April 2016.  Terima kasih kepada http://shiqeensattar.com/ bagi peluang dekat aku untuk sama - sama menghadiri majlis ilmu begini.

Bagaimana cara ke Pullman Hotel menggunakan public transport?

Ambil LRT di KL Sentral dan berhenti di LRT Kerinchi. Turun dari LRT Kerinchi hanya jalan dalam 600meter. Ketiak merecik sikit. Kahkah. Tapi tak jauh sangat pun. Sekejap je :D Hati kena gagah beb. Jangan risau, peluh akan hilang sejurus kau masuk dalam Hotel Pullman. Sejuk tahap duduk dekat oversea.

Pengenalan SSPN-i Plus

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik
Sesi bergambar antara Blogger KBBA dengan CEO Ptptn
Kenapa Pelan Pendidikan?
  • Peningkatan kos
  • Biasiswa terhad
  • Elak hutang

Kelebihan SSPN-i Plus

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

  • Patuh Syariah
  • Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000
  • Komitmen serendah RM30,000 sebulan
  • Dividen kompetitif
  • Tiada pemeriksaan kesihatan
  • Manfaat takaful bagi kematian
  • Khairat kematian termasuk pasangan dan tiga (3) orang anak
  • Manfaat takaful bagi tiga puluh enam (36) penyakit kritikal
  • Elaun kemasukan hospital
  • Perlindungan dua puluh empat (24) jam diseluruh dunia
  • Layak memohon pembiyaan Ptptn
  • Simpanan dijamin kerajaan


Macam mana? Rasa teruja dengan kesemua kelebihan yang ada pada SSPN-i Plus? Kalau sebelum ni, cuma wujud SSPN. Dimana kau hanya menyimpan. Kalau rasa nak tiada duit, maka kau tidak akan masukkan duit ke dalam akaun. Sama macam aku. Aku rasa last aku masukkan duit ke dalam akaun ialah pada dua (2) tiga (3) tahun lepas. Hmm. Apa kelebihan yang aku dapat? Kelebihan nya, cuma aku menyimpan bila aku rasa perlu.

Tapi bila PTPTN wujudkan pula SSPN-i Plus. Aku rasa memang bagus sangat. Dimana manusia yang menyimpan perlu konsisten dengan cara menyimpan. Maknanya kau akan pilih mana - mana  pakej mengikut kemampuan. Kau kena konsisten. Kalau tak konsisten, akaun akan di tutup dan duit akan dipulankan semula. Kenapa? Sebab PTPTN nak kau menyimpan dengan cara konsisten. Walaupun cuma tiga puluh (30) ringgit sebulan. Tiada masalah. Ini lah tabung simpanan murah dan terbaik. Cuma serendah tiga puluh (30) ringgit. Sehari seringgit kemudian cukup tiga puluh (30) ringgit kau masukkan ke dalam akaun. Cuma kau tengok yuran kursus pengajian tinggi di bawah ini. Mesti rasa penat nak bayar. Jadi inilah platform terbaik untuk kau menyimpan! Siap ada dividen tau. 
Tabung Simpanan Murah dan Terbaik



Apa kelayakan yang perlu ada untuk menyertai SSPN-i Plus?

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik

Semudah ABC. Klik pautan ini untuk mendaftar Daftar SSPN-i Plus.
Paling seronoknya SSPN-i Plus juga akan buat cabutan WOW untuk pemegang akaun ! Wah seronok weyh. Tapi mesti bukak akaun sebelum 31 Mei 2016 tau. Jangan lambat dan terlepas peluang untuk menang cabutan bertuah pulak. Melepas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Tabung Simpanan Murah dan Terbaik




 Jom menabung dengan tabung simpanan murah dan terbaik ! 







Post a Comment

0 Comments