Disclaimer | Author | Contact


Tuesday, May 24, 2016

Cafe Eat And Repeat Fenomena Baru

Mieza S | 5/24/2016 01:48:00 PM | 1Comments |

Cafe Eat And Repeat Fenomena Baru



Selepas Cafe Eat & Repeat jadi bualan dan mendapat perkongsian di facebook melebihi satu ribu. Aku pun mengambil peluang untuk menjadi salah seorang pelanggan. Serius ke makanan jual dengan harga RM1.90? Murah sangat tu! Mengenang akan boat noodle yang sudah pun duduk dalam hati rakyat Malaysia, aku rasa cafe ini pun tak kurang hebatnya. Sebab mereka mengambil peluang yang ada. Peluang apa? Mengambil risiko menjual makanan dengan harga RM1.90. 'Boat Noodle Malaysian Style' katanya. 


 Gambar gelap. Sebab aku menghalang cahaya! Aku pun tak dan sangat nak bergambar. Aku cuma nak merasa je menu dia. Heheheh.


Menu Cafe Eat and Repeat

Nasi putih ayam cincang
Nasi goreng cina
Nasi lemak telur
Mee kari
Mee hailam
Mee sup / Mee hoon sup
Mee bandung
Mee rebus
Soto Ayam 
Kepak ayam tandori

Desert Cafe Eat and Repeat

Pulut Mangga
Sagu gula melaka

Minuman Cafe Eat and Repeat

Sarsi
Oren
Ais Krim Soda
Mango

Memang ternyata semua nya dijual dengan harga RM1.90! Berbaloi ke? Berbaloi aku rasa. Sebab dua mangkok pun dah rasa macam satu mangkok penuh :D. 


Antara makanan yang aku order

Rasa ? Not bad lah. Berbaloi dengan harga. Rasa dia sama macam dekat kedai biasa. Jadi, sesuai sangat dengan slogan/nama kedai Eat and Repeat! Sebab korang akan tambah lagi lepas makan. Servis pun okay. Tak lambat sangat. Walaupun pelanggan silih berganti dan pekerja pun cuma ada 2 orang kalau tak silap. 

Lokasi 

Sekarang dah zaman pakai waze. kau taip je Cafe Eat and Repeat seksyen 7 Shah Alam. Sampai lah depan pintu nanti. Siap sedia cari parking kereta je. Apa pun tahniah Cafe Eat and Repeat sebab menjadi fenomena baru. heheheh

1 comment:

  1. Singgah malam. Amboii memalam baca entry makan. tetiba berbunyi perut. emm

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.