Disclaimer | Author | Contact


Tuesday, May 17, 2016

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

Mieza S | 5/17/2016 10:50:00 PM | 1Comments |

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

Aku rasa ini mungkin kali kedua aku dijemput untuk menyaksikan fashion show. Perasaan? Haruslah teruja. Gila tak teruja. Fashion ni dah lah memang bukan bidang aku. Dapat pula duduk satu bumbung dengan orang - orang hebat dalam bidang peragaan. Berbunga - bunga. Pada enam (6) Mei 2016 yang lepas, aku berpeluang untuk berada di majlis FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016 di White & Black Box Publika Kuala Lumpur

Bagaimana mahu ke White & Black Box Publika Kuala Lumpur?

Aku menggunakan perkhidmatan KTM. Dari destinasi aku dan berhenti di Perhentian Segambut. Kemudian untuk ke Publika aku menggunakan perkhidmatan teksi dimana anggaran nilai mahu ke Publika adalah sebanyak RM10. Sebenarnya ada banyak alternatif lain iaitu menggunakan bas dan sebagainya. Tapi kau tahu lah. Bas bukan tiap masa ada. Aku pun tak tahu jadual bas. Jadi, aku malas nak pertaruhkan masa aku dengan menaiki bas. Aku memilih jalan selamat!

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

Majlis FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016 berlangsung selama empat (4) hari berturut - turut. Antara yang terlibat ialah pelanggan, media, selebriti, orang kenamaan (baca: VVIP), dan tak lupa juga kepada bloggers!

Bersempena Aidilfitri yang bakal tiba dan Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi,atas usaha sama bersama Andrews Models telah mengumpulkan pereka fesyen di bawah satu bumbung dengan menampilkan koleksi terbaik untuk musim perayaan ini.

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

Antara pereka fesyen yang terlibat ialah Calaqisha, Matase Sutera, FZK by Fitri Zainal, A A L E, Hidy, Locka, LANA, Pikat KL, Mastuli Khalid, PU3, POPLOCK Premium, Hatta Dolmat dan ramai lagi. 

Walaupun aku bukan orang yang jenis mengikuti perkembangan fesyen sebab bagi aku, asal aku punya pakaian sederhana yang mahu dipakai sudah memadai. Hahaha. Belum masanya untuk aku bercantik - cantik kot. Sebab aku jenis sauk. Tapi, entah lah. Lepas je pergi Majlis FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016, aku rasa macam nak satu baju raya yang cantik - cantik dari Fashion Valet! Hmm. 


Sekitar Majlis FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016


FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016


Kali kedua jumpa hakak Moon Punya Blog



Gaya Koleksi Raya

FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Hidy
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Hidy
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Hidy
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Matase Sutera
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Matase Sutera
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Mastuli Khalid
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
LANA
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
LOCKA
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Pikat KL
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Afiq M
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Hatta Dolmat
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
Love To Dress
FashionValet Gaya Koleksi Raya 2016
S. Baharim


Amacam reaksi korang lepas tengok Koleksi Raya 2016 FashionValet? Mesti terpukau dan teruja. Serta rasa tak sabar nak shopping raya kan? Jom usha - usha Gaya Koleksi Raya dan Fashion Valet untuk menghargai rasa keterujaan kalian. Semoga jumpa yang berkenan di hati ya. 

1 comment:

  1. Tahun banyak koleksi kurung modern kalau kak PC tak silap penilaian..warna pun semua warna yang soft...suka sangat.

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.