Disclaimer | Author | Contact


Tuesday, May 31, 2016

Harambe Ditembak Mati

Mieza S | 5/31/2016 05:42:00 PM | 1Comments |

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

OHIO, Amerika -  Seekor Gorila jantan berumur 17 tahun mati ditembak demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun yang terjatuh di dalam kandang haiwan spesis terancam berkenaan di zoo Cincinnati. Kanak-kanak lelaki btersebut telah bertindak memanjat naik tembok panghalang tanpa tidak disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam parit kandang gorila itu pada ketinggian 12 kaki. 

Harambe Ditembak Mati

Selepas terjatuh, gorila yang diberi nama Harambe itu telah merapati mangsa dan dia dilihat telah membaling dan mengheret badan mangsa dengan ganas di sepanjang parit dalam kandangnya. Harambe yang dianggarkan seberat 400 paun itu telah memegang kanak-kanak itu selama 10 minit sebelum pihak zoo membuat keputusan untuk menembak haiwan berkenaan demi menyelamatkan nyawanya.

Harambe Ditembak Mati

Selepas haiwan berkenaan ditembak mati, kanak-kanak tersebut telah diselamatkan dan dikejarkan ke pusat perubatan Kanak-Kanak Cincinnati yang tidak jauh dari zoo Cincinnati. Berdasarkan laporan kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang agak serius tetapi stabil, menurut pihak perubatan pula kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius semasa jatuh dari ketinggian 12 kaki tetapi kecederaannya yang parah mungkin akibat terkena objek keras semasa ditarik haiwan berkenaan.

Harambe Ditembak Mati

Menurut presiden Zoo Cincinnati, Thane Maynard berkata, ini adalah pertama kali kejadian seburuk ini berlaki di zoonya. "Keputusan menembak mati haiwan tersebut adalah demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan selepas gorila berkenaan dilihat bertindak agresif," katanya. Ketika kejadian, hanya Harambe yang dilepaskan di dalam kandang manakala dua ekor gorila betina masih dalam kurungan. - Siakapkeli.my

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati
Dia menghabiskan hampir sepanjang hidupnya terpenjara di zoo, dia dijadikan bahan tontonan ramai, suka menonjolkan diri, suka membuat aksi lucu, yang paling nakal suka percikkan air kepada penontonnya dan melarikan diri..di Zoo Cincinnati dia mempunyai watak tersendiri, Menurut kata seorang jurugambar, Robert Streithorst , gorila yang diberi nama Harambe ini sangat suka bergambar...tapi akhirnya haiwan terancam ini mati ditangan manusia gara-gara kecuaian manusia itu sendiri
Comel je kan? Hmm, sebak je rasa baca berita ni. Baca komen - komen di siakap keli. Semuanya menyalahkan tindakan pihak zoo. Aku pun rasa, emak bapak budak tu sepatutnya diajar sikit. Sebabkan dia, spesis ni dibunuh. Aku dapat rasa kan haiwan ni jinak. Tapi, entahlah. Mungkin juga boleh membunuh. Sebaijnya tembak sahaja lah dengan ubat pelali. Membunuh haiwan ini untuk menyelamatkan keadaan ternyata bukan lah suatu keputusan yang baik. 


Kredit gambar: Robert Streithorst

1 comment:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.