Jadikan Macam Dia

Jadikan Macam Dia



Harap aku setabah dia menjalani kehidupan begitu. Membantu 
manusia lain dalam keadaan dirinya juga tidak mencukupi.
-Mieza Suhaini-

Kalau hidup sekadar hidup, kambing pun boleh hidup. Kalau hidup sekadar hidup, binatang pun boleh hidup. Tapi, siapa yang mampu hidup dengan keadaan yang luar biasa? Bagi aku di dunia ramai manusia yang biasa - biasa. Mereka bukan lah jenis hidup sekadar hidup. Mereka adalah jenis manusia yang berjaya untuk diri sendiri serta orang sekeliling. Kebanyakkan mengejar harta untuk kehidupan lebih kehadapan. Untuk anak cucu atau mungkin tujuh keturunan yang akan datang.

Tapi, siapa mampu hidup dalam keadaan hidup sekadar hidup. Membantu orang lain dalam keadaannya juga tidak mencukupi? Tidak pernah ada simpanan. Malah tidak pernah pula kewangannya cukup untuk diri sendiri. Malahan makan petang nanti juga masih belum fikir dan mungkin juga tidak makan langsung? 

Manusia begini akan dipandang enteng oleh sesetengah masyarakat sekaligus dicop sebagai manusia loser dan tidak berguna kepada diri sendiri serta orang sekeliling. Menyara diri sendiri juga sudah tidak mampu umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Tahukah anda? Sebagai manusia biasa. Aku bersyukur kerana tidak dijadikan sebagai manusia materialistik. Malah satu kebanggaan buat aku. Aku lebih peduli manusia yang tidak tetap kewangannya namun masih mampu membantu orang sekeliling dengan apa dayanya, berbanding manusia yang disegani ditimang tinggi punya banyak harta menaiki kereta mewah dan seumpanya. 

Mungkin aku akan dikira bodoh. Di zaman Najib yang sememangnya harus punya banyak wang untuk terus hidup. Aku masih berfikiran kolot. Bagaimana mahu membantu orang lain sedangkan kita juga tidak punya kewangan yang cukup untuk diri sendiri? Bukan kah itu malah membebankan diri sendiri serta bakal menyusahkan kita dikemudian hari? Jom buat tips ini untuk jadi macam dia. Membantu orang lain dalam keadaan dirinya juga tidak mencukupi. 



Post a Comment

0 Comments