Disclaimer | Author | Contact


Friday, May 20, 2016

Pekerja Nagoya Banyak Main

Mieza S | 5/20/2016 10:20:00 PM | 1Comments |

Pekerja Nagoya Banyak Main



Rabu yang lepas, aku ke Nagoya Shah Alam untuk membeli kain pasang. Beli untuk raya kot. Apa yang aku perasan lelaki cina yang mungkin penyelia mereka tiada disitu. Mungkin bercuti atau entah lah. Aku tidak pasti. Yakinnya bila lelaki itu ada, pekerja Nagoya Shah Alam sangat sopan santun dan bekerja dengan penuh berdedikasi. Lain pula ceritanya pada hari rabu ketika aku kesana.

Ake ke hulur - kehilir dengan memegang telefon sambil ber whatsapp dengan emak bertanya tentang warna kain yang patut aku beli. Banyak juga gambar aku ambil untuk ditunjukkan kepada emak. Ketika aku mundar mandir mencari kain sebelum menjumpai kain yang sesuai, aku perhati pekerja Nagoya Shah Alam yang begitu tekun berborak. Masing - masing berkobar mahu bercerita. Mungkin yang menjalankan tugas memotong kain tika itu hanya pekerja baru. Seniornya sibuk bergosip.

Sehinggalah ketika aku sudah menemui kain yang sesuai. Aku memanggil salah seorang dari mereka yang sedang rancak berbual untuk memotong kain yang sudah aku berkenan. Namun tidak siapa yang mahu peduli. Seorang kakak yang mungkin prihatin yang juga kelihatan seperti senior disitu (baca: turut sama rancak berbual) bersuara : "Potong kain" (baca: lebih kurang begitu mungkin ayatnya.) memberi arahan kepada yang lain untuk melakukan tugas.

Pada ketika itu hanya seorang yang bergerak. Seorang kakak yang sedikit berisi yang sedang rancak berbual tadi bergegas ke kaunter. Aku fikir dia bergerak ke kaunter untuk mencari pembaris atas sesuatu untuk melakukan tugasnya di tempat aku. Ternyata aku salah. Dia disitu kemudian menyambung berbual. Lelaki yang turut sama berbual dalam kelompok mereka juga sudah beredar ke kaunter lagi satu untuk sambung berbual dengan rakan lain.


Aku biarkan. Kemudian aku panggil untuk kali kedua. Mereka masih lagi berborak tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.

Dan tangan aku gatal menangkap situasi CELAKA itu. Tak semena - mena, kakak yang tadi nya perihatin terhadap aku berjalan ke tempat aku dan berkata - kata seperti sedang menyindir (baca: mungkin aku terlebih menuduh). "Aku nampak apa dia buat lah" mungkin begitu bunyinya. Aku tidak ingat. Kerana samar - samar walau dia berada dekat dengan aku. Secara kebetulannya, semua yang rancak berbual di kaunter tadi turut perlahankan suara seolah berbisik - bisik. 

Seorang lelaki yang entah dari mana datang memotong kain aku. Dan dia bukan dari kelompok mereka yang sedang bergosip!

Lelaki itu membawa kain aku ke kaunter. Tak sangka pula, kakak yang sedikit berisi tadi yang sedang bertugas menjaga kaunter. Kain aku dimasukkan ke dalam plastik dan dicampak di atas kaunter. Gila tak sentap. Panas pula hati aku. Sebab setahu aku, kain yang sudah dimasukkan ke dalam plastik akan diikat menggunakan entah lah ape bendanya tu. Aku tidak tahu istilahnya. Supaya tiada kejadian mencuri berlaku didalam premis.

Mungkin aku yang terperasan dan terasa. Tapi entahlah. Aku yakin. Ouh lupa. Siap main kejar - kejar lagi dalam tu. Perangai. Itu lah aku cakap, pekerja Nagoya banyak main ketika penyelia mereka tiada. Kesian pekerja baru. Hmm. 







1 comment:

  1. Subhan Allah...kenapa begitu...sedihnya lah...

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.