Disclaimer | Author | Contact


Thursday, May 26, 2016

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Mieza S | 5/26/2016 02:00:00 PM | 2Comments |

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Ceburilah kegiatan perniagaan kerana didalamnya terdapat 9/10 sumber rezeki. - Al Tarmizi

Kata Ahmad Maslan :
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga." 

Tengok, menteri pun bijak bagi idea. Siapa tak nak ada produk sendiri kan? Aku rasa, dekat facebook tu dah ramai sangat orang jual barang secara online sebab nak kerja lebih masa dan tambahan duit poket. Sekarang ni kos sara hidup pun dah meningkat. Masing - masing berniat nak menceburi bidang perniagaan. Mungkin pada awalnya kita menjual produk orang, dan secara tak langsung kita belajar serba sedikit apa yang pelanggan mahu. Mana tahu suatu hari nanti kau boleh jadi pengasas produk sendiri? Sebab selalunya macam tu kan? Mula - mula jual produk orang, lepas tu ada produk sendiri. Cuma mengambil masa yang lama nak belajar banyak benda. 

Agak - agak kalau diberi peluang untuk menjadi pengasas produk secara percuma ada yang berebut nak tak? Ke tak nak ambil tahu sebab boleh selesaikan semuanya sendiri? Jom lah ambil peluang ni. Bukan senang tau. Tak perlu bayar apa - apa pun untuk menjadi pengasas produk! PERCUMA! 


Peluang ni tak datang selalu. Pada yang berpeluang dan mahu menyambar peluang je yang akan ada masa untuk semua ni. Sangat - sangat sesuai untuk mereka yang masih menganggur tiada kerja. Mari, menambah ilmu tentang bisnes. :) Siap boleh jadi pengasas produk sendiri tau. Bukan produk orang lain. Tak nak ke jadi jutawan muda?

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

APA ITU #MVMAPPRENTICE ? 

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Apprentice yang berjaya ini juga berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

Tarikh:
29 Mei 2016

Hari:
Isnin

Masa:
0900 – 1500

Tempat:
EZAZ Wealth Management & Consultancy Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.

Penganjur:
Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD

Peserta:
Terhad kepada 100 orang sahaja!

Pendaftaran:
019 – 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR? 

  • Graduan baru 
  • Mereka yang sedang memburu kerja 
  • Mereka yang ingin menjadi pengasas produk 
  • Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan 
  • Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Syarat

Sebelum
Minimum CGPA - 3.0
21 - 25 tahun

Selepas
Minimum CGPA - 2.5
21 - 28 tahun

Syarat untuk menjadi pengasas produk ni telah dilonggarkan. Jadi, mudahlah kalian untuk menyertainya nanti. Syarat ini nampak ringan dan aku yakin pastinya semua orang berpeluang untuk menghadirkan diri dan menjadi pengasas produk!


Panel MVM MVMAPPRENTICE


Siapa YAYA MOHAMAD?

 Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.


Siapa SHIDA MOHAMAD?

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

Siapa YA MUHAMMAD?

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.

JADUAL PENGAJIAN MVM APPRENTICE 

Fasa Pertama, daripada 150 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 29 Mei 2106, hanya 80 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.


Cara Untuk Menyertai Program Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini” beserta nama penuh anda ke no (019–387 4397) – Atiqah.

Info
Facebook Preview MVM Apprentice
Laman Web Preview MVM Apprentice


Selamat maju jaya semua. Semoga cita - cita korang untuk menjadi pengasas produk akan tercapai. Ini lah jalan peluang yang ada untuk merealisasikan impian :)

2 comments:

  1. Betul! 9/10 punca rezeki adalah perniagaa. Program ni pun platform utk memulakan perniagaan. Jom join program MVM ni

    ReplyDelete
  2. ok lepas lagi kalau nak join .. hhehe lisa ada baca gak ni..terminat rasanya

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.