Sayembara Menulis Cerpen

Sayembara Menulis Cerpen


Sayembara Menulis Cerpen

Sayembara menulis cerpen sempena 50 tahun PPK, 1966 - 2016. Dianjurkan oleh Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur.

Hadiah Pertama : RM1000 + Sijil
Hadiah Kedua : RM750 + Sijil
Hadiah Ketiga : RM500 + Sijil
3 Hadiah Saguhati : RM300 + Sijil

Syarat : 

  1. Terbuka kepada semua anak kelahiran Kelantan dan pemastautin yang menetap sekurang-kurangnya 5 tahun di negeri Kelantan.
  2. Tema adalah bebas. Akan tetapi sebaik-baiknya cerita atau latar tempat dan watak tertentu ada berkaitan dengan negeri Kelantan. Dengan kata lain, cerpen yang dihasilkan itu bercitra Kelantan.
  3. Setiap peserta boleh menyertai maksimum DUA buah cerpen sahaja, tetapi satu cerpen sahaja (yang terbaiknya) akan diberikan hadiah.
  4. Semua cerpen yang menyertai sayembara ini sama ada menang atau pun tidak akan dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam bentuk antologi bersama sempena 50 tahun usia PPK.
  5. Cerpen yang terpilih dan dimuatkan dalam antologi itu akan diberikan sekurang-kurangnya 2 (dua) naskhah percuma iaitu sebagai ‘naskhah penyumbang’ kepada penulisnya.
  6. Karya cerpen mestilah karangan asli penulis dan belum pernah tersiar dalam mana-mana media sama ada bercetak atau elektronik dalam negara.
  7. Sila gunakan, saiz fon 12 Arial/Times New Roman. Panjang cerpen antara 8 hingga 12 halaman langkau dua.
  8. Nyatakan butiran diri dan pengakuan pada helaian/halaman yang berasingan daripada muka surat cerpen. Sila lihat contoh di bawah.

  9. Sayembara Menulis Cerpen

  10. Sila e-mel penyertaan tuan/puan kepada; rezekiothman@gmail.com (Sdr. Abd Razak Rezeki Othman Setiausaha 2) DAN serentak kepada e-mel hanisily@yahoo.com (Setiausaha 1, Encik Abdul Hadi Yusoff).
  11. Tarikh tutup penyertaan ialah paling lewat jam 12.00 tengah malam, 30 JULAI 2016.

Post a Comment

0 Comments