Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita


Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Tiba - tiba teringat pasal spa. Orang macam aku memang jenis tak pernah pergi spa. Lepastu pulak, kawan - kawan semua cakap muka aku dah bersih tak ada jerawat. Walaupun muka aku ni memang jerawat jarang hinggap, ada benda lain yang aku tak suka yang wujud dekat kulit muka aku. Contohnya macam bintik - bintik hitam lah apa lah. Entah la, aku pun tak tahu apa ke istilah nya. 

Kawan keliling pulak memang suka memanjakan diri dengan rawatan spa. Baik lelaki ataupun perempuan. Kadang - kadang sampai krik - krik je bila dorang cerita pasal spa. Sebab tak pernah betul jejak spa. Huhu. Kesiannya lah aku. Haha.

Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Jadi, aku nak lah cerita pengalaman aku pergi spa. Hehehe. Ini lah rupa spa yang aku pergi. Lokasinya dekat Saujana Utama. Kalau kau pakai waze, kau taip je Mutiara Spa Saujana Utama. Keluarlah nanti lokasinya. Masuk je spa, ada muzik  sentimental yang jadi juadah telinga. Rasa nyaman je diri kau masa tu. Mungkin korang semua dah pernah pergi spa. Ni kira yang pertama bagi aku, rasa dia lain macam sikit. Seronok. 

Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Aku datang sini sebab buat facial muka. Aku pun tak tahu nak terangkan bagaimana. Seronok bila ada orang belai - belai muka aku. Nak tertidur rasanya. Siap pakai mask yang sejuk gila. Hahaha. Kelakar. Maklumlah tak pernah merasa kan? Gitulah jadinya. Bangun - bangun je mengantuk. Rasa macam nak tidur situ terus je.
 
Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Ni bilik untuk sauna 
Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita
Mask yang aku guna 
 Kelebihan spa ni? Dikhaskan hanya untuk wanita sahaja. Lelaki tunggu luar, tidak dibenarkan. Ayukkk. Aku nak kongsi lah promosi yang ada dekat Mutiara Spa ni. Sebab ada tulis dalam flayers. Benda baik kena kongsi, biar semua tahu!

Promosi Mutiara Spa

Lulur Pakej = RM129.00
Body Scrub
Body Mask
Mandi Susu
Basic Facial

Facial V.Shape

Harga Biasa = RM149.00
Promosi = RM100.00 SAHAJA

Thai Oil Massage 
RM70.00
FREE = Herbal Tungku


Perkhidmatan yang Ditawarkan

  • Refreshing Facials & Massage
  • Body Trearment

Perkikdmatan urut untuk mereka yang lepas bersalin juga turut disediakan. Bukan tu je, jaga kan sepanjang berpantang pun boleh tau ^_^.

Mutiara Spa Saujana Utama Untuk Wanita

Lokasi Mutiara Spa

CG-33, Jalan Bidara 9, Saujana Utama 3, 47000 Sungai Buloh. (Berhadapan dengan SU Mall)

Hubungi 

017 - 3234797 ( Mutiara Spa)
011 - 21330291 (Cik Ema)

Post a Comment

1 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.