Saturday, July 16, 2016

FKD Open Day Rumah Api

Mieza S | 7/16/2016 12:18:00 AM | 2Comments |

FKD Open Day Rumah Api


FKD Open Day Rumah Api
Hai korang. Setelah berlama - lama menikmati suasana raya, ni lah baru aku rasa nak menulis semula. Aku memang gian nak menulis. Masalahnya bukan menulisguna laptop, tapi tulis tangan. Tapi, aku tak tahu nak tulis apa. Kalau conteng - conteng je rasa macam tak semenggah pulak. Aku nak kongsi satu event baik punya untuk korang yang memang suka dan minat dengan barangan DIY.

Lagipun raya pun nak sampai hujung - hujung. Masih lagi menghadiri rumah terbuka ke? Apa kata engkorang simpan tarikh istimewa 23 JULAI 2016 bersempena FKD Open Day Rumah Api! Banyak aktiviti menarik yang diorang dah susun cantik - cantik khas untuk menghiburkan engkorang je tau. Kalau ada rumah terbuka ke sibuk nak beraya rumah bakal mertua ke apa ke, habis aktiviti tu semua meh singgah Rumah Api, Ampang. Ada jugak aktiviti berfaedah daripada buang masa tidur.

Tak tahu macammana nak pergi Rumah Api, Ampang? Ni ha, senang je. Diorang siap buat pelan jalan nak ke sana. Dah, jangan nak buat alasan tak tahu jalan ke sana ye. Public transport pun ada, berhenti dekat stesen LRT Ampang. Jangan sesat. Jangan terlebih stesen, nanti tak sampai Rumah Api, Ampang.

FKD Open Day Rumah Api

Ha, lupa nak pesan. Jangan sebab eksited sangat pergi datang selepas subuh. Nanti engkau je tinggal dekat situ. Event mula pukul satu petang. Ni dekat bawah ada jadual penuh. Senang nanti kalau nak susun jadual hari Sabtu. Datang tau. Dijangka habis dalam pukul sepuluh hingga ke sebelas malam. 

FKD Open Day Rumah Api

FKD Open Day Rumah Api

 FKD Open Day Rumah Api

FKD Open Day Rumah Api

FKD Open Day Rumah Api

FKD Open Day Rumah Api

FKD Open Day Rumah Api



Antara terbitan zine yang terlibat ialah Serikat Mahasiswa - Gerakan Mahasiswa yang berpengkalan di beberapa universiti antaranya USM dan UPSI. Selain menerbitkan zine, mereka turut menyertai acara dalam kempen berbagi ilmu dan berkongsi idea dari gagasan mahasiswa itu sendiri. Bukan tu je, diorang ni jugak aktif dalam aktiviti komuniti seperti Bertuhan di Jalanan (projek meringankan beban orang miskin)
FKD Open Day Rumah Api



Buku terbitan indie juga tak ketinggalan dalam FKD Open Day Rumah Api tau. Pernah dengar Merpati Jingga? - Merpati Jingga adalah sebuah syarikat penerbitan independent yang menggalakkan pemikiran kritis. Pemikiran kritis macammana? Meh datang FKD Open Day Rumah Ampang. Boleh jumpa Merpati Jingga dan borong buku. Yeay!
FKD Open Day Rumah Api



Orang Kuantan pun ada jugak. Kalau orang Kuantan boleh turun Ampang, kenapa engkau yang duduk Kuala Lumpur ni tak boleh turun FKD Open Day Rumah Api? Kamon lah. Hahaha. Organisasi Terlarang adalah sebuah organisasi yang aktif dengan aktiviti kesenian seperti artwork, buku, cetakan baju, beg dan sebagainya. Banyak. Nak tahu, tengok sendiri. Selain tu, diorang memang rajin join program bersama masyarakat dalam kelas pendidikan secara percuma.
FKD Open Day Rumah Api



Nak belajar seni cukil kayu? Terhad untuk 15 orang SAHAJA! Nasihat diorang : 'Bawalah papan MDF sendiri (aku tak tahu papan mende). Diorang ni pun antara yang rajin dan aktif dalam mengadakan dan menyertai kelas percuma sekitar Kuala Lumpur. Kelas ni akan dikelola oleh Bahuraksa. Kelas pukul 5 petang guys!
FKD Open Day Rumah Api



Vendor terlibat : 

Kota Komuniti
Republik Buku
Tebuone Press 
DDT Distro
Merpati Jingga 
Cukong Press 
Organisasi Terlarang 
Kolektif Ketepi
Diversity
Beads & Knots
Bahuraksa
Tinta Merah
Serikat Mahasiswa
Serak serak press
Kolektif Altar
Terbitan Langit

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di Fanpage : FKD Diy . Jangan lupa tau.
Tarikh : 23 Julai 2016
Tempat : Rumah Api, Ampang


FKD Open Day Ditunda!

2 comments:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.