Penafian | Polisi | Tentang Penulis | Hubungi


Friday, July 22, 2016

Video Pembakar Semangat

Mieza S | 7/22/2016 09:00:00 PM | 0Comments |

Dia Menyedarkan Kita Semua



Tengahari tadi, masa aku tengah ada mood nak tengok youtube. Ada satu video ni buat aku tertarik nak tengok. Aku tak tahu kenapa. Tapi, aku ada semangat. Jom tengok. Ada dekat bawah ni. 

Bagi aku video ni luar biasa. Video ni buat aku tambah semangat untuk hari - hari esok. Kau jangan lah pulak fikir tentang rutin mekap yang dia tengah buat. Aku bukan nak cerita pasal tu, aku cuma nak cerita pasal keadaan dia je. Kau bayangkan, dia boleh buat/jadi vlogger dalam keadaan dia macam tu. faham kan maksud aku. Kalau dekat Malaysia mesti dah kena kecam. Lima juta views kot. Hebat sangat. Walaupun ramai yang dislike video tu. Mungkin atas sebab dia bukan model kot lah.
Waktu aku cari maklumat tentang siapa dia, aku terjumpa entri ni. Ia adalah penulisan dari entri seorang penulis dari seberang.
Wanita Terjelek Di Dunia Yang Kini Jadi Motivator
Lizzie Velasquez Bangkit Setelah Dihina Sebagai Gadis Terjelek Di Dunia
 
Wah! Motivator. Hebat sangat. Mungkin dia dah penat sangat rasa dihina, lepastu bangkit untuk buktikan dia bukan lah hina sangat macam apa yang disangka sekalian masyarakat. Dia juga dah terbitkan beberapa buah buku. Daripada pembacaan aku  mengenai Lizzie Velasquez, mata sebelah dia buta. Sebab dah diselaputi selaput putih masa umur 4 tahun. 





Cerita pasal Lizzie Velaquez adalah cerita lama. Aku je yang baru jumpa dan kenal. Dia inspirasi pada dunia. Siapa dan apa pun kita saat dilahirkan, kita punya banyak laluan untuk jadi lebih berjaya dan hebat untuk buktikan siapa kita pada manusia sekeliling. Kita bukan lah apa yang difikirkan masyarakat. Sebab kita adalah lebih baik dari apa yang dilihat mereka. Semoga kita akan lebih berjaya dan mampu meniti titian hidup dengan sempurna untuk mengecap jaya :) 


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.