Episod 15 : Kau Pergi Jua (BoyKL)

Episod 15 : Kau Pergi Jua

Episod 15 : Kau Pergi Jua



aku jalan-jalan sendiri.

tasik permaisuri sunyi sepi. pelik. selalunya pagi-pagi jumaat begini ada juga tiga-empat kerat manusia berjogging. jika ikutkan feel tak larat, dr khamis minggu lepas jadual aku pack giler. mengejar dateline artwork, hal-hal kat kolej lagi, iskandar accident dll. suppose aku ada class kul sebelas nanti. see how la. kalau larat aku pi. kalau tak aku juz siapkan keje-keje puan roha tue kar rumah aje. assignment iklan katanya. ada lagi tiga puluh peratus.

otakku ligat memikirkan hal iskandar. padaku, akulah manusia paling bodoh jika terus-terusan menolak perasaanku sendiri terhadapnya. entahlah. bukan tak sudi tapi aku rasa aku perlu corakkan life aku sendiri. iskandar baik. malahan lebih dr itu. bukan sempurna tp istimewa.

"K, i masih tunggu jawapan dr you...". iskandar memegang erat jari-jemariku. renungannya tajam. aku tahu dia benar2 serius.

"sabarlah, you kan masih tak sihat lagi. get rest k. jangan fikir banyak sangat. nanti keluar kita bincang." aku tahu kata-kataku bisa buat iskandar kecewa lagi. aku lihat dia mengeluh. nasib baik hanya aku dan dia aje kat bilik tuh.

sudah masuk hari kelima iskandar di hospital. doktor masih menasihatkan dia berehat. saban hari aku tidak putus mengunjunginya sampaikan mama iskandar pun dah betah dengan kehadiranku. cuma aku perasan, tan sri ishak kadangkala seperti tidak senang aku melawat anak bujangnya itu. ah, maybe telahanku aje.

"baby... nak buah!", rengek iskandar manja. aku gelihati melihat mimik mukanya. comel!!

"buah apa you nak, buah hati or buah tangan?".

"erm, seriuslah. tolonglah kupaskan mangga tue for me. i nak you suap. pleaseee...!".

"ngada...".

itulah iskandar. karenahnya kadang-kala buat aku terhibur juga. aku bahagia jika melihat dia gembira. namun untuk mengatakan dia adalah untukku masih terlalu awal rasanya. tiga bulan mengenalinya sesungguhnya belum cukup untuk membuatkan aku menerima kehadiran iskandar sepenuhnya. ah, nanti-nantilah.

aku teruskan berjogging. masuk track ketiga aku berhenti seketika. duh, penat juga. lencun satu badan. dah lama aku tak workout begini. sengaja aku freezekan akaun di gym. nak tgok perbezaan. kalau ada perubahan maybe aku akan tamatkan sahaja. bukan selalu pun pegi. takde masa sebenarnya. rutinku hanyalah mengadap pc sahaja.

"auchh..!". aku terbangun.

"aduhh... sakitt!". seorang wanita terjatuh ketika berjogging. aku memapahnya ke bangku berhampiran.

"di mana?".

"sini...", ujarnya seraya menunjukkan ke pergelangan kaki. aku mula mengurut-ngurut perlahan. sesekali dia mengaduh. actually bukan pandai pun. terus-terang, itulah kali pertama aku mengurut orang. perempuan plak tuh. ada sikit-sikit perati nek imah time dia mengurut orang kampung.

"lega?".

"ya, thanks!".

"errmm... pandai awak. saya ira. amira!".

"err... K. panggil aje saya, K." macam pernah kulihat si amira ni tp lupa di mana.

"K?". amira seperti pelik mendengar namaku.

"thanks, K!". aku senyum seraya mengangguk perlahan.

"boleh jalan?".

kulihat amira cuba-cuba melangkah.

"saya tolong...". aku memimpin lembut tangan amira. nyata dia tidak membantah.

tiba di kereta, amira memintaku tunggu.

"awak sudah bekerja?". aku geleng.

"studi, grafik. kadang-kala freelance juga," ujarku jujur.

amira kelihatan menulis-nulis sesuatu.

"nah, ini nombor saya. hubungi jika ada apa-apa ya!".

amira natasya

tel : 012-33246984

amira natasya.. amira natasya... di mana aku dengar nama ini ya? aku membelek-belek not kertas yg dihulur amira itu seketika.

amira sempat melambai2 kepadaku sementelah hilang dr pandangan. aku kembali ke kereta. mood untuk berjogging? hilang begitu sahaja. ah, tiga track. cukup dulu untuk hari nie.

aku menyimpan nombor amira di dalam wallet. selamat!! hidupkan enjin. satu tempat - gerai roti canai di bdr tun razak. ngidam!

dah dua hari aku tersasar untuk ke hospital. cuba-cuba juga menelefon iskandar tapi tak berjawab. mesti dia merajuk aku tak datang mengjenguknya seperti selalu. aku tekad. tamat aje kuliah hari itu, aku bergegas ke damansara.

"ya, encik... cari siapa?". seorang nurse menegurku.

"err, saya mencari encik iskandar. dia takde kat bilik. you tau mana dia pergi?".

"oh, encik syahir iskandar ya? doktor dah benarkan dia keluar semalam. tan sri ishak dan isterinya sendiri yg datang menjemputnya. ada apa-apa yg boleh saya bantu?".

"errmm... tak apalah. thanks!". aku kebingungan. masakan iskandar tidak memberitahu?

aku melangkah keluar dr bangunan hospital. tahan cab - aku ke sri hartamas. rumah is!

"iskandar keluar sama cik puan. maaf ya!".

aku menghempas pintu. geram!

beg sandang ku campakkan ke sofa. habis berterabur keluar buku-buku di dalamnya. dekat setengah jam aku menunggu macam org bodoh kat luar rumah tadi. datang je si bibik tuh bagitau iskandar keluar plak dengan mamanya. tiba-tiba aku terasa syak. seperti ada sesuatu yg buruk berlaku kepada iskandar. aku terbayangkan wajah curiga tan sri ishak tiapkali dia merenungku.

"K, dah makan?".

"eh, abg ada. ingat belum balik lagi. mahu keluar ke? smart semacam je...".

"dinner. ngan ary. mau ikut?".

aku geleng perlahan. no mood!

"gaduh ker?".

"orang kenyang-la. dah makan. thanks!".

aku terus masuk bilik. nanti byk soal plak abg aku nih. tak kuasa nak layan.

aku membelek2 kembali gambar2 aku ketika bersama iskandar. ada la lima, enam keping yg mmg kusimpan. selebihnya kat dlm pc. hatiku tersenyum riang tatkala menatap wajahnya. iskandar seakan tersenyum padaku. manis dan kacak.

"sorry, K. kita tak boleh bersama...". huh? aku berpaling.

"maafkan i. i kena pergi...".

"pergi..? ke mana...".

"maafkan i...".

"tapi kenapa, is... kenapa...". aku mula menangis semahu-mahunya.

bayangan iskandar kian hilang dr pandangan mataku. aku mula mengejarnya.

"is, tungguuuu...!".

K.

P/s : Bukan karya aku.

Post a Comment

0 Comments