Disclaimer | Author | Contact


Thursday, August 11, 2016

Episod 2 : Hanya Kawan

Mieza S | 8/11/2016 11:14:00 PM | 0Comments |

Episod 2 : Hanya Kawan 

Episod 2 : Hanya Kawan

 Aku terkedu.

 Sebaris ayat yang tertera di skrin telefon bimbitku itu sudah cukup membuatkan aku resah dan bercelaru.

Zack!

"I won't trust u anymore, bitch!" Huh? Apa maksud dia...

Aku bingung. Puas aku memikirkan. Fikiranku mula terbayangkan insiden minggu lalu di BB.

"Aku suka kau!".

"Kau mabuk sayang...". Zack mencuit pipiku. Dia masih kejap merangkul.

"Takk... aku suka kau. Benar!".

"Bukti?".

"Kau mahu bukti??".

Yusry! Oh, tak mungkin dia tau.

Aku cuba-cuba mendail ke nombor Zack. Talian bertunang.

Aku cuba lagi. Kali ini nombor di luar kawasan. Damn!

Ah, harap-harap mereka ok. Baik Zack dan Yusry- dua-dua sahabatku. Aku tak mau apa-apa yg tak elok berlaku. Memang aku silap. Berkali-kali aku salahkan diri sendiri.

"Treeeettttt....".

Aku membuka pintu. Terpacul wajah Edy. Aku memeluknya. Erat. Hampir menitik airmataku namun kuseka perlahan. Edy mengusap wajahku.

"Sayang, you nangis ker?". Aku geleng. Cuba menahan sebak.

Bodohkah aku membuang airmata hanya kerana baris-baris sms yg dihantar Zack tadi. Aku kenal benar dia. Namun aku kesal kerana Zack sanggup memakiku tanpa usul periksa.

"Zack pemarah. Dia baran. Later-later ok la tu...", pujuk Abang Iz sewaktu aku menelefonnya tadi. Reza, antara temanku yang paling rapat dengan Zack.

"Drink?". Edy geleng.

"It's ok. Nanti i amik sendiri."

"You tak keje?".

"Ah, I lari. Alah, ofis sendiri. Lagipun i rindu... hehehe!", ujar Edy. Dia gelak sendiri. Aku senyum tipis. Itulah yang aku suka tentangnya. Edy sering membuatku happy.

"Si Zie still kacau u lagi?". Aku kembali bungkam.

Mengenangkan Zieman, hatiku layu kembali. Dah berbuih mulutku mereka alasan. Namun Zieman tidak pernah putus asa. Dia masih juga mahukan aku. Macam-macam cara.

Kawan-kawannya juga turut bersengkokol. Aku pun dah stop ke Frangi. Semuanya gara-gara tak sanggup melihat dan menatap wajah simpati Zieman yang bagaikan menagih kasih sayangku. He's innocent. Ah, berdosakah aku kerana membuatnya begitu? Namun aku berpegang pada prinsipku sendiri, cinta itu tidak boleh dipaksa. This is all about soal hati dan perasaan.

Dan Lee?

Oh, dia. Nah, aku tinggalkan sahaja. Lee seperti orang tua. Semuanya mahu diturut, diikut dan dipujuk. Lemas aku.

Akhirnya aku bertemu Edy. Aku nekad tinggalkan keduanya.

Semuanya demi Edy. Ya, Edy segala-galanya.

"Sayang u ok?". Aku angguk. Merebahkan bahuku ke rangkulan Edy. Dia pantas mengusap perlahan rerambutku.

Sungguh aku tidak pasti dengan "cinta" baruku ini. Edy juga misteri bagiku. Hadirnya secara tiba-tiba. Tanpa dirancang dan dipinta-pinta. Perkenalan tidak sengaja di MT, salah sebuah kelab gay di ibukota beberapa bulan lalu terus mewujudkan suatu chemistry antara kami.

Masihku ingat, waktu itu, Edy duduk di suatu sudut, berbaju putih dan berkumis tipis. Wajak keanak-anakkannya kacak- buat aku tergerak untuk mengenalinya.

"Sendiri?".

"Sama teman-teman. Di sana!". Laung Edy, sambil menuding ke arah sekumpulan manusia di dancefloor. Muzik begitu bingit. Aku terpaksa mendekatkan diri dengannya.

"Boleh I duduk?".

"Silakan. It's free...".

Pertemuan demi pertemuan semakin membuatkan aku dan Edy kian mengenali dan mulanya benih-benih cinta antara kami. Sukar untuk kugambarkan perasaan kami. Ianya sesuatu yang mulus dan lahir dari hati.

Malam merdeka...

"Siap?".

"Jom!".

Edy memandu. Kami bergegas awal ke KLCC. Jemputan AM untuk menghadiri Konsert Merdeka KLCC anjuran Petronas tidak kulepaskan. Aura Mawi yang baru sahaja beberapa bulan bergelar Juara rancangan realiti tv paling hot masa kini, Akademi Fantasia bagaikan menarik-narik diriku untuk turut serta.

Jam menunjukkan hampir ke pukul tujuh malam. Aku dan Edy melangkah ke Hotel Mandarin Oriental yang terletak bersebelahan KLCC. Pertama kali aku berkumpul di majlis yang melibatkan begitu ramai para artis dan wartawan. Edy apatah lagi- terkebil-kebil dia. Cari-cari juga kelibat si Mawi namun hampa. Ah, solat maghrib barangkali.

"K, sini!". Gamit satu suara tiba-tiba.

Aku pantas menoleh. Kulihat AM tersengih-sengih dari jauh. Nazrim, kawannya ada di sebelah. Erm. Ikut juga rupanya si Celebrity Wanabe nih. Nazrim memang terkenal di kalangan kami seorang yang pantang ada majlis melibatkan artis, di situ ada dia.

Kami beriringan ke meja makan. Tak semena-mena aku ternampak pula Judy.

Duh! Tak sangka jumpa dia kat sini...

"Siapa?". Soal Edy dan Nazrim hampir serentak.

" Judy ni wartawan. Popular dengan cerita-cerita dan skop tentang Mawi kat blog dan majalah". Terangku panjang lembar seraya mendapatkan Judy.

Judy hanya tersengih. Kami berborak dan bertukar-tukar cerita. Peramah rupanya si Judy nih. Selama ini aku cukup rajin membaca tulisan-tulisan di blognya. Banyak info tentang bebudak Akadami Fantasia (Mawi terutamanya) yang aku perolehi. Semuanya dari hasil tulisan Judy.

"You berminat tak masuk magazine?". Aku sengih seraya memandang Edy. Ini bukanlah pertama kali aku di offer macam tuh.

"Malu!". Ringkas sahaja jawapanku.

"Malu tapi mahu kan?". Serkap Judy. Dia masih tak putus asa memancingku.

Tepat jam lapan malam aku mengikuti rombongan wartawan dan para jemputan VIP melalui 'jalan belakang' ke tapak konsert. Jauh juga. Kami lewat ke bangunan Convention Centre yang masih dalam pembinaan.

"Thanks, K!". Edy mengelus manja pipiku.

"For what?".

"For brought me here! First time I tengok konsert artis malaysia camni. Happening!". Aku senyum. Ikut hati mahu sahaja rasanya aku menciumnya di khayalak. Nasib baik mentalku masih kuat lagi. Hahaha...

Tamat konsert, kami bergegas ke kereta. Janji dengan Shira, Sobrie dan yang lain-lain untuk singgah di MT.

"Puas?".

"Yup, puas. Again, thanks ya!".

"Welcome. I'm glad that you're happy."

MT sesak malam tu. Nasib baik geng-geng kitorang dah landing kat port biasa. Masing-masing kecoh bertanyakan tentang aku dan Edy.

"Apalah korang, couple pun diam-diam... buat la pengumuman!", bidas si Sobrie.

"Yalah. Senyap-senyap je ek... tak syok betul. Tak kira korang kena belanja minum malam ni!", Shira pula menyampuk. Masing-masing bertepuk.

Aku menjeling Edy. Dia kelihatan relaks-relaks sahaja. Aku faham hatinya juga gemuruh. Segan bila bertalu diasak soalan yang sama.

"so, cemana ni, couple ke tak sebenarnya?". Shira dan Najman, dua beradik ni masih cuba-cuba mengorek.

"Hanya kawan". Aku pandang Edy.

"Kawan?", soal Shira pula mencebik.

"Yup! Hanya kawan...". Balasku dan Edy, hampir serentak mengulang kembali kata-kata Edy tadi.

Rakan-rakanku memandang sesama sendiri. Kukira itulah jawapan paling tepat buat masa nie. Biarlah hanya kami berdua yang mengerti. Ya, biar masa yang menjadi saksi...

K.


p/s  : Bukan karya aku.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.