Disclaimer | Author | Contact


Saturday, August 13, 2016

Episod 7 : Cerita Balik Kampung

Mieza S | 8/13/2016 07:52:00 PM | 0Comments |

Episod 7 : Cerita Balik Kampung

Episod 7 : Cerita Balik Kampung

"K, dah siap?". aku angguk.

awal pagi. aku membantu abg man memunggah barang-barang ke kereta. tahun nie raya sakan dia. apa taknya, melaram dengan kenderaan baru. perlahan-lahan enjin kia sportage marron diacu membelah ke lebuhraya. suasana begitu hening dan tenang. KL separa sunyi. sengaja abg man memilih untuk pulang lambat sikit untuk mengelakkan kesesakan. biar lambat, asal selamat, katanya.

"dah decide nak balik mana?"

"ermm… umah mak kot. K nekad. tiap tahun umah ayah." abg man memandangku. aku tahu dia simpati. hampir tujuh jam perjalanan ke kota bharu. abg man masih lagi kulihat segar.

"penat?". dia geleng.

aku cuba menelefon mama. senyap.

"tak dengar agaknya. sms?". saran abg man.

aku mencuba lagi. gagal.

bosan asyik mendail, aku melayan abg man berborak. sian gak kat dia. dari kl tadi tak henti dia memandu. nasib baik jalan tak berapa sesak. jam hampir menunjukkan ke pukul tiga petang. kami tiba di KB. abg man menghantarku ke rumah mama.

"salam to your mom kay!".

sunyi. aku berteriak nama mama. tiada sahutan.

erm, kat rumah nek imah agaknya, tekaku. aku pantas mengatur langkah ke rumah nenekku yang hanya tak sampai sepelaung aje dari rumah mama. memang mama sengaja memilih rumah yang berdekatan agar senang melihat-lihat ibunya itu. nek imah yang berusia lebih dari separuh abad itupun agak kurang sihat sejak kebelakangan ini. mama yang memberitahuku.

"assalamualaikum…".

"waalaikumusallam…".

"eh, K! ya allah, budak nie. bila sampai? kenapa tak bagitau…". memang nek imah gembira melihatku. dengan pantas dia datang merangkul dan memelukku.

"kenapa K balik tak bagitau?".

"saja la nek… buat surprised!". aku tersengih.

"mana yang lain-lain, nek? belum sampai?".

"ada... adaa... semua dah balik. ucu aris, sue yam, semua dah sampai. diorang ke bandar. dari pagi. kamu duduklah dulu, rehat. penat ya?" aku akur seraya melabuhkan punggung ke pangkin dapur.

"mama ikut ke?".

"mama kamu? oh, dia ke rumah mak cik intan kat baruh hujung sana tuh. dari tadi tak balik-balik. tengok tempahan gamaknya…".

sms.

"dah sampai? miss u...".

idham.

aku membiarkan.

November 1

3.40 petang

"K betul ke nak balik rumah papa nie? tak kesiankan mama yer?". aku serba-salah.

"alah, mama. raya pertama jer K kat sana. nanti petang K datang la sini temankan mama yer?". aku cuba memujuk. tak sampai hati sebenarnya. nek imah hanya mampu melihat. dia sibuk menganyam ketupat.

"jangan lupakan mama yer...". kata-kata itu buat aku sayu. ikutkan hati mahu sahaja aku terus menemani mama dan nek imah di sini tapi apalah daya, papa juga berhak untuk bertemu muka denganku. aku tak bisa membeza-bezakan mereka. buruk-baik, mereka papa-mamaku.

"alah, kau nie, yah. macamlah si K tue tak balik terus. K, bebaik bawak kereta tue yer. salam kat papa ngan umi kamu tue nanti!". aku lihat mata mama bergenang. nasib baik ada nek imah. beransur aku bergerak meninggalkan laman.

ah, aku mesti kuat.

hampir sejam memandu, aku tiba di pekan tanah merah. terasa ada sedikit perubahan di sana-sini. bangga juga melihat pekan kecil ini mula menikmati arus kemajuan.

masih awal, desisku. aku berkira-kira untuk singgah di bazar ramadhan berdekatan.

orang begitu ramai. hari terakhir. masing-masing tak lepaskan peluang. bukan selalu. aku sekadar melihat-lihat. erm, sedap-sedap juga juadah yang terjual di sini.

6.30pm.

papa!

"apa khabar, pa…". aku menyalami papa. aku tak pasti papa gembira atau tak. namun, dr riak wajahnya tergambar betapa dia juga begitu rindukan aku.

"K, sihat?". aku angguk. terharu papa bertanya begitu.

"nape lambat? ingat dah tak balik...". kulihat zulaika masam mencuka. aku pantas memeluknya erat. satu-satunya adik perempuanku. kami mmg rapat. sementalah dua beradik sahaja.

"pergilah naik. tukar baju dan turun. kejap lagi dah nak berbuka. kita makan sama."

"umi mana, pa?". terpacul sahaja aku bertanya. tak niat pun.

"ada kat dapur. takpe la. kamu naik dulu. ika, tolong abang...".

"eh, takpe. ika bantu umi. along bleh bawak...".

tanpa berlengah aku pantas ke tingkat atas. letak beg dan bersiap ala kadar. ah, takpe pas makan bleh mandi. nak marghrib lagipun.

1 syawal. duh, lambat!

azan dah melaung-laung kat luar. zulaika dah mula kecoh-kecoh.

"ka... gosok baju along leh?".

"bak... cam tak biasa!".

aku membontoti zulaika. kami ke masjid berhampiran. asalnya surau peninggalan arwah tok wan. dah diubahsuai agaknya.

"eh, long. itu kak ira. jap ek!".

aku terpinga-pinga. zulaika berlari anak mendapatkan seorang gadis lengkap berkurung manis. dia menegur. gadis itu membalas seraya tersenyum. manis.

zulaika menunjuk-nunjuk ke arahku. kelihatan gadis itu mengangguk. seketika kemudian zulaika kembali mendapatkanku.

"siapa?".

"kak ira...".

"kak ira?".

"a'ah... nama penuh dia amira. amira natasya. guru baru kat sekolah. orang selangor. cantik kan long?". tak semena aku angguk. opss!

"mana ika kenal dia?".

"alah, dia kan tinggal tak jauh dr umah kita. umi pun kenal dia. dia masak best tau. hari tuh hantar lauk...". aku buat-buat tak dengar. pantas aku lajukan langkah.

"along...!".

orang semakin ramai. suasana di rumah arwah tok wan ku begitu meriah sekali. riuh. dah jadi tradisi turun-temurun, tiap kali raya je, keluarga tok wan akan mengadakan makan-makan di pagi syawal. habis jer khutbah, seisi masjid akan bertandang ke rumah untuk menjamu selera. aku menolong apa yg patut. time nie lah nak bertegur sapa dengan mana-mana sepupu atau sedara-mara yg dah lama tak jumpa.

"hey, K. makin hensem cik ma tengok! dah ada girlfrend?".

itulah soalan cepumas tiap kali raya yg paling malas nak kujawab... diam jer la.

penat melayan tetamu dan bersalam ngan sedara-mara (mana yg sempat kujumpa) aku bergegas balik ke rumah papa. kulihat umi sedang sibuk menyiapkan makanan.

"eh, K. dah balik yer! jemput makan. nie umi buatkan rendang yg K suka tuh.".

"hmm... takpe lah, mi. K nak naik tukar baju jap. panas. dah makan tadi kat umah tok wan." tanpa kusedar papa yg baru muncul cuma memandang. aku buat-buat tak sedar.

aku pantas menukar t-shirt. air cond kubuka. bahang di luar.

handphone kucapai.

zulaika!

"kat ner? abang dah nak balik kb nih. ikut?".

"nak! nak! tunggu k. jap ika balik."

perjalanan ke kb lancar. zulaika sibuk memasang lagu-lagu raya. sesekali dia berlalak. lagaknya buat aku terhibur juga. tak sampai empat puluh lima minit, kami tiba di rumah mama.

"kenapa lambat datang?". dah kuagak pasti itu persoalan pertama yg akan diajukan mama. aku mencium tangan nek imah. giliran zulaika menyalami mama.

"alah, sorry la ma. kat sana ramai sedara-mara papa. erm, ma masak apa? meh ika tolong hidangkan?". mujur zulaika bijak menukar perbualan. "rendang. K suka rendang kan? kek coklat ika pun ada mama buatkan...". "eii... bestnyer! long, jom!". aku senyum menurut ika ke meja makan. aku senang melihat mama happy. nek imah juga tersenyum melihat telatah kami dua beradik.

handphone.

"K, kat mana? dah sampai kb ke?".

"sapa nih?".

"aku-lah! idie... idie britt!".

hah?

"ok... ok... jumpa mlm nanti. tempat biasa...".

"siapa?". ika cam pelik.

"idie... idie britt!". aku mengulang ayat si idie. ika tercengang. aku angguk. memang mama sibuk dengan tempahan kuih raya dan sebagainya. saban tahun begitu. tak menang tangan. rajin.

K.

p/s : Bukan karya aku.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.