Disclaimer | Author | Contact


Sunday, August 14, 2016

Episod 8 : Airmata Syawal

Mieza S | 8/14/2016 08:00:00 PM | 0Comments |

Episod 8 : Airmata Syawal

Episod 8 : Airmata Syawal

"K... fikir apa?". mama menegurku.

aku senyum. menggeleng. zulaika menghampiri. membawa rendang yg di masak mama. aku mencuba. cam biasa, sedap!

"ma, K sayang mama...".

ah, kalau lah kata-kata itu bisa diluahkan. nek imah cuma memandang. dia seakan mengerti. raya keempat. aku bersiap-siap untuk balik ke kl.

"K dah nak balik ya?". aku angguk.

"alah, along nie. raya baru berapa hari dah nak balik kl. bosan la ika sorang2 kat sini along takder... ". rengek zulaika. manja adik aku sorang ni. mama cuma membisu.

"a'ah, K. tak boleh ke kamu tangguh sehari, dua lagi? kan awal lagi nie...", celah nek imah pula.

"ika, meh sini...". zulaika segera menghampiri. aku membelai-belai rambutnya. mama masih lagi diam membisu. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

"K dah start kelas lusa la, ma. ni pun tak sure kul berapa boleh sampai kl. confirm jam kat highway nanti. takpe la, nanti bebila senang K balik lagi jenguk ika, mama dan nek imah ya?". sayu. aku cuba kuatkan hati. lelaki kena tabah, kata arwah datukku dulu. hampir dua minggu berlalu. sisa-sisa raya masih terasa. sana-sini rumah terbuka. kl kembali meriah. jenuh juga aku menyambut undangan kawan2.

"K, jangan lupa...".

"K, datang tau...".

"ok... ok...". itu jer yg mampu aku tuturkan. pada yg menjemput, terima kasih daun keladi.

"K, malam nie umah lan and andy. will fetch u kat umah round 8pm. dun be late!."

aku menerima sms dr abg man. nasib baik dia mengingatkan. hampir terlupa aku lan dan andy ada buat open house malam nie kat rumah diorang di bkt rimau. aku mengerling jam. hampir ke pukul enam suku petang. ah, masih awal lagi. dr pagi tadi aku sibuk mengupdate blog dan myspace. sesungguhnya hari nie takder apa yg bisa kubuat. bosan ya amat. kelasku pula cuma dua kali seminggu membuatkan rutinku banyak dihabiskan di rumah - samada menonton astro, melayari internet atau makan... makan... dan makan! bosan bukan?

"hey, man! K pun ader... jemput masuk!". si andy menyambut. lan menyusul.

"wah, bang lan! cantik baju? erm, ramainya!". kelakar juga bila masing-masing kelihatan berbaju melayu. ralat pula tiba-tiba. aku memandang abg man...

"sorry, lupa nak bagitau...". lupa ke malu? arghh...

"i dah inform abg man since last wk. marah dia...", bisik andy.

"eh, ary mana. tak ikut sekali?". tanya lan merujuk pada 'teman' abg manku.

"fly!". jawab aku dan abg man, serentak. so far majlis tuh berjalan dengan meriah gak la. siap ada sesi bergambar dan tak lupa bertukar-tukar gosip terhangat di pasaran. makanan pun sedap-sedap. duh, lapar...

"K, tak makan?", tegur andy.

"takpe, kejap lagi. ambil bau dulu...",

sempat juga aku melawak. aku menunggu ricky, ajis dan irwan sebenarnya. duh, mana la korang nih. abg man dari tadi sibuk berborak ngan lan and andy di dapur sementara yg lain ada yg sibuk menonton tv dan bergosip-gosip.

actually majlis tu hanyalah untuk rakan-rakan rapat lan and andy jer. mati-mati ingatkan ramai giler orang cam birthday party si andy last year.

penuh orang sampai ke laman rumah. tapi of course meriah la. time tue la nak menjalankan 'misi suara hati' dan sesi berkenal-kenalan. untung badan, melekat juga di hati kalau berkenan. standard la kan. aku terpaksa follow abg man balik awal malam tuh.

tak sempat jumpa si ricky. ada hal katanya. abg man kena rush ke klia untuk berjumpa pula si agnes, teman lamanya dr paris. agnes tue singgah jap sempena ngan A1 race kat litar sepang. after amik si agnes kat pan pac klia, aku follow plak abg man ke empress hotel untuk minum2 di sana.

sementara biarkan abg man berborak ngan agnes, aku mintak diri untuk jalan2 jap kat sekitar pekan nilai. jam menunjukkan sekitar pukul sebelas setengah malam. masih banyak kedai-kedai yg buka.

ada cyber cafe, kedai telefon, kedai runcit pun ada. kedai makan tak yah cakap lah. memana pegi bersepah - tak kira masa. actually, kawasan sekitar tempat ni tak la besar mana, cuma mungkin ramai foreigner menjadikan kawasan ala cowboy ni terus hidup di waktu malam. aku melangkah melewati dr kedai ke kedai. tiba-tiba...

K.

P/s : Bukan karya aku.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.