Jom Main Puzzle Nak Tak?

Jom Main Puzzle Nak Tak? 


Jom Main Puzzle Nak Tak?

Sapa suka main puzzle masa kecik - kecik angkat tangan? \o/ . Hehe. Dulu masa aku kecik -kecik pun aku suka sangat main puzzle. Ada gambar cartoon yang aku suka, lepastu gedabak gedabak je dia punya setiap kepingan. Senang sangat nak pasang. Tapi masa tu pun kecik lagi, gigih lah walaupun cuma ada 6 keping je untuk satu gambar, dia punya susah sampai tak boleh nak cakap. Tapi, bila dah besar, beli lagi puzzle yang ada banyak keping. Konon - konon nak test power! Tapi tak power mana pun. Sebab beli yang 300lebih keping je.

Beli sebab bosan tahap melampau duduk dekat rumah sewa. Sabtu dan Ahad tak ada kelas, jadi habiskan masa dengan housemate buat puzzle berjemaah. Bila dah siap pasang jadi gambar dia punya seronok. Mak ai. Tak boleh nak cakap. Kalau boleh nak pasang bingkai gambar dan gantung dekat dinding. Sebagai bukti dah berjaya penat lelah untuk habiskan gambar!

Jom Main Puzzle Nak Tak?

Ada sekali tu, masa aku belajar dekat Johor, aku tak tahu aktiviti dekat rumah keluarga aku. Bila aku balik nampak puzzle gedabak besar bapak aku tampal dekat dinding. Tak dak bingkai - bingkai dah. Puzzle yang ade 3ribu ke 1ribu lebih tu. Tak ingat. Aku tak percaya pun bapak aku buat. Sebab macam susah. Dia punya gambar pun warna nak sama je. Lepastu bapak aku nak tunjuk kebolehan dia, dia beli lagi satu puzzle serupa tapi gambar lain. Dia pasang depan anak - anak dia. Makan masa jugak lah dua tiga hari campur pergi kerja dengan tidur. Aku tolong sikit - sikit je. Sekarang dah ada dua puzzle gedabak dekat rumah. Tapi tangan adik aku ni gatal. Suka cabut - cabut. Ada lah dua tiga keping yang dah bolong. Sabo jela. 

TAPI. Sekarang dah ada puzzle online! Jom main puzzle nak tak? Kita buat pertandingan. Hehhe. Tapi tu angan - angan aku. Aku hold dulu lah. Sekarang jom main puzzle online dulu. Macammana? Mudah je. Ikut langkah - langkah mudah macam dalam gambar tau! Kalau tak faham tanya. 

1. Klik dan buka pautan ini --> Web Puzzle Online. Lepastu register macam biasa. Kalau rasa susah, sila ikut step di bawah sampai tertera macam gambar 3.

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 1
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 2

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 3
 2. Selesai register, boleh pilih mana - mana gambar yang tersedia dalam web tu macam contoh dekat bawah ni. Senang je kan? TAPI. Kalau rasa nak istimewa sikit, nak pakai gambar keluarga ke gambar kucing kesayangan ke. Sila ikut langkah nombor 3 ye :).

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 4

3. Cari Upload and Manage Photo macam dalam gambar 5. 

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 5
 4. Create New Puzzle Album.
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 6
5. Isi lah nama album, description, album type semua tu. Lepastu boleh setting kalau rasa nak gambar tu private taknak orang nampak, cuma korang je yang nak tengok. Boleh tick 'no' pada Listed in the public gallery. Jadi, sesiapa pun tak boleh nak akses gambar tu.
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 7
6. Bila dah siap album tadi, boleh lah masukkan koleksi gambar banyak - banyak. Nanti bosan dan ada masa senggang boleh main. Ajak kengkawan korang sekali ye. Cara nak masukkan gambar dalam album tadi pun senang sangat. Nanti keluar Upload New Puzzle, plih yang tu. Nanti pilih gambar, lepastu Create New Puzzle.
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 8
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 9
7. Bila gambar dah di upload dan berjaya diterima, paparan macam gambar 10 akan tertera.Dah boleh start main puzzle ni!
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 10
8. Klik je pada play the newly created puzzle. Tadaa!!!! Nanti keluar macam paparan di bawah. Boleh lah korang setting nak main macammana. Puzzle saiz apa, besar ke kecik,. Lepastu Play The Puzzle!

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 11
Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 12
9, Tengok, siap ada masa. Kalau tak puas hati dengan masa tu boleh cuba banyak kali. mana lah tahu kan, nak berlagak dengan kengkawan dapat record paling power.

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 13

Jom Main Puzzle Nak Tak?
Gambar 14
Jom Main Puzzle Nak Tak? Senang je kan? Nanti boleh main ramai - ramai tengok masa siapa paling power! Jom lah. Daripada tak buat apa. Best tau main puzzle ni. Dapat menggerakkan daya pemikiran dan kekretifan otak masing - masing. Hehehe. Jom main puzzle online nak tak? Klik sini Web Puzzle Online dan main sampai lebam! Selamat berjaya ~

Post a Comment

0 Comments