Disclaimer | Author | Contact


Monday, August 15, 2016

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Mieza S | 8/15/2016 02:44:00 PM | 3Comments |

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Tak sabar nak berkongsi perasaan dan rasa yang menjentik - jentik jiwa aku. Malas nak bagitahu tentang apa dan bagaimana. Sebab, kalau kau baca tajuk dan rujuk gambar pertama pun kau dah boleh teka apa yang aku nak kongsi dan cerita kan? Kan? Waktu abang posmen datang rumah, aku memang tengah bersiap - siap nak teman kawan aku keluar. Memang dah pakai cantik - cantik. 

Ouh ya. Sebelum aku pakai perfume Sweetheart yang mekar mewangi di sanubari, aku adalah pengguna Echanteur Paris warna ungu yang tak pernah setia. Aku suka tukar - tukar. Masalah yang aku selalu hadapi ialah setiap kali nak keluar, aku jarang bawa perfume Echanteur ni. Nak tahu kenapa? Sebab penutup dia longgar gila. Pernah juga aku cuba - cuba bawa, tapi ada isi nya yang keluar sebelum sempat aku sembur! Haish. Ini menyebabkan kerugian. Jadi, aku akan sembur tiga empat kali juga, nak bagi banyak. Ha gitu. 

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Jadi berbalik kepada cerita aku nak keluar tadi, lepas dah ambil parcel tu. Aku masih lagi tak dapat mengagak apa benda dalam tu. Ada kotak dan bila aku goncang macam ada botol. Cepat - cepat aku buka bungkusan parcel tu. Tak sangka pula aku dapat perfume Sweetheart ni. Botol minyak wangi nya pun comel sangat. Aku lupa, aku ada terpilih dalam Giveaway Minyak Wangi yang dianjurkan oleh Kak Mia. Terima kasih Kak Mia, sebab pilih Mieza Suhaini. Sayang sikit meyh. <3 Ha! 

Lupa nak cakap. DD Cosmetics ni didatangi dengan dua jenis minyak wangi. Minyak wangi lelaki dan minyak wangi wanita. Kalau minyak wangi wanita ni namanya Sweetheart kalau lelaki pula namanya Braveheart. Pakai minyak wangi Braveheart mesti kena berani hadapi kemungkinan. Baru padu! Menyengat - nyengat kaw. 

Aku juga jenis yang masih belum nak dewasa. Semua benda yang aku beli ke dapat ke aku tunjuk dekat emak aku. Aku suruh emak aku cium Perfume Sweetheart ni. Emak aku cakap wangi sangat. Emak aku juga jenis yang tak suka nak bau minyak wangi yang pelik - pelik. Maksud aku pelik - pelik ialah tentang bau. Kata emak perfume ni ada yang keras, ada yang lembut, ada yang tajam ada yang halus. Ah entah lah. Tak faham aku. 

Sejurus emak kata wangi, emak juga cakap bau dia agak keras. Aku suka bau macam ni. Ada jenis minyak wangi kalau lembut sangat bau dia, memang mengantuk pula aku rasa. Aku pun pelik dengan diri aku. Ternyata bau - bauan ni benda yang sangat penting ye dalam hidup? Ada satu perasaan wujud bila minyak wangi ni sampai ke penghujung pintu deria bau. Segar dan membangkitkan semangat serta merta. Sebab tu kena pandai pilih perfume untuk diri sendiri. Selain dari rasa segar kita juga akan rasa semangat nak menyiapkan segala kerja. Kan kan. 

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Kelebihan Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics

Mesra Solat

Seronok pakai Sweetheart! Nak tahu kenapa? Sebab mesra solat weyh. Jadi tak payah lah risau kalau nak solat. Tak payah nak tukar - tukar baju sebab takutkan solat terbatal. Dengan Sweetheart kau rileks je. Okay? Tak perlu juga fikir nak sembur dua tiga kali sebab takut kan haruman yang segar tu hilang di mamah air. Kan.

Setanding Jenama Antarabangsa

Minyak wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics  memang setanding dengan jenama antarabangsa. Ni bukan minyak wangi biasa - biasa. Kalau orang tanya kau pakai minyak wangi apa? Kau jawab dengan yakin dan penuh bangga. 'Aku pakai Sweetheart.' Kau sembur sikit dekat diorang. Mesti pakat ramai - ramai nak beli. Siapa taknak. Dah lah minyak wangi paling wangi. Tak percaya? Kau kena cuba dulu ni. Cuba sekali je. Kalau tak suka boleh bagi sedara mara.

Tahan Lama (8 hingga 12 jam)

Pengalaman aku masa pakai minyak wangi Sweetheart ni memang best. Tahan lama. Aku memang selalu sangat ada aktiviti kat sana sini. Memang sangat memerlukan minyak wangi yang tahan lama dan bau kuat. Aku kan naik motor. Kadang kena badai panas hujan. Busuk kan? Memang sesuai dengan aku. Walau pun ke sana ke mari, tapi aku bukan lah buat aktiviti lasak. Ketahanannya juga bergantung pada aktiviti yang kau buat. Macam aku memang tahan lah. Sebab aku bukan buat kerja berat tengah panas. Tu tahan lama. 

Mudah di bawa kemana-mana

Macam yang kau tahu, aku ada mention tadi pasal minyak wangi aku dulu susah nak bawa ke mana - mana. Besar dan penutup botol longgar. Kali ni dah tiada masalah. Mesti akan terdetik dalam hati. Bukan besar mana pun minyak wangi Echanteur Paris, takkan lah tak muat beg. Beg memang muat. Masalahnya lagi aku sumbat semua barang aku bawah sit motor. Sampai kemik aku punya bekas namecard! Grrr. Sebab aku sumbat juga walau tak muat. Jadi, sekarang dah tak payah nak risau pasal ruang. Minyak wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics ni memang terbaik. Tak perlukan ruang yang banyak bawah sit motor dan beg yang aku bawa. Dah lah comel. Melting :*

Harga murah 

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Tak payah susah - susah fikir pasal harga Sweetheart oleh DD Cosmetics. Sebab harganya mampu milik. Tak perlu keluarkan belanja yang sangat besar sampai beratus - ratus ringgit semata - mata nak merasa kelainan pada diri. Yeayyy! Beli beli dan nikmati sendiri haruman yang mewangi. Aku cuma pakai dua kali spray je. Jimat sangat!

Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!
Baru sembur Sweetheart. Kongsi dengan BFF! 

video


Sweetheart oleh DD Cosmetics Mesra Solat!

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

3 comments:

  1. Wahhh bestnya.. Saya pon dah lama x beli perfume ni :P

    ReplyDelete
  2. salam... terima kasih sudi menghantar entri review minyak wangi..

    keputusan diumumkan pada 22 Ogos 2016. good luck ya..

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.