Lirik Lagu Menadah Gerimis Ziana Zain

Lirik Lagu Menadah Gerimis Ziana Zain

Lirik Lagu Menadah Gerimis Ziana Zain



Bagaikan terdengarnya suara
Menghakis mengikis naluri
Mengeruhkan jernih suasana
Dan meretak harapan

Tiada erti aku merindu
Jika kau tak ingin bertemu
Apa gunanya bercinta di dalam kepura-puraan
Yang lafaz cinta hanya di bibir

Namun diri tak seringnya hadir
Di saat engkau diperlukan aku hampa
Usah dikelirukan cinta
Yang terkusut jiwa merana

Jangan dengan separuh hati
Diri ini kau cintai
Usahlah renung hanya di mata
Benamkanlah ke dasar hati

Renunganmu telusnya pasti
Berarash ke syurga cinta
Menanti kunjungan hampir pasti
Mengharap titis embun pagi

Dan bagai menadah gerimis
Yang masih pulang pergi

Post a Comment

0 Comments