Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Tahukah engkau? Betapa pentingnya bersarapan? Mari menambahkan ilmu pengetahuan tentang kepentingan/manfaat sarapan pagi serta tips untuk mengelakkan bersarapan. Ya beda beduuuuu ~ Walaupun sarapan tu sangat penting, ketahuilah wujud cara untuk mengelakkan dari bersarapan pagi. bagaimana caranya? Ikuti langkah dibawah dengan berhemah. 

Kepentingan/Manfaat Sarapan Pagi

1)MEMENUHI NUTRISI YANG DIPERLUKAN

Hidangan terbaik untuk sarapan pagi adalah yang mempunyai karbohidrat atau berserat tinggi. Makanan seperti oat, bijirin dan roti gandum amat sesuai dijadikan hidangan pada waktu pagi kerana ia membekalkan tenaga dan tidak cepat lapar.

2)KURANGKAN BERAT BADAN

Sarapan pagi dengan perut yang masih kosong akan mempercepatkan pembakaran kalori secara lebih efisien.

3)TINGKATKAN DAYA TUMPUAN

Ketika anda bangun pagi, sebahagian besar tenaga dalam bentuk glukosa dan glikogen telah digunakan pada hari sebelumnya. Oleh itu, pengambilan makanan yang berglukosa diperlukan untuk menjana perkembangan otak dan daya tumpuan. Tanpa glukosa, anda akan berasa letih dan kurang tumpuan terhadap kerja yang dilakukan.

4)CEGAH SAKIT JANTUNG

Kandungan serat yang diperoleh daripada bijirin dapat menyerap kolesterol yang terdapat di dalam badan. Penyerapan kolesterol ini sekali gus mengurangkan tahap kolesterol yang boleh membahayakan kesihatan.

Tips Sihat Untuk Mengelak Bersarapan

  • Ambil hidangan yang mempunyai kandungan serat, protein dan kalsium. Hidangan seperti bijirin sudah cukup untuk sarapan pagi. 
  •  Jika seorang yang sibuk, sentiasa bawa sekeping roti dan susu sebagai hidangan pagi sebelum melangkah ke pejabat. 
  •  Hidangan telur juga baik sebagai sajian pagi. Vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya membantu memberi nutrisi yang diperlukan oleh badan. 
  • Jika kurang berasa lapar pada pagi hari, cuba untuk tidak makan selepas pukul 8.00 malam pada hari sebelumnya. Keesokan pagi, pasti akan berasa lapar.


(Sumber Nona)



Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm

Tahu tak? Baru - baru ni, Dutch Lady telah mengadakan Cabaran 7 Hari Bersama Susu Dutch Lady Pure Farm? Ini meningkatkan lagi kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan bersarapan pagi yang ditambah bersama khasiat susu Dutch Lady! 

Sebelum tu, mesti kena tahu apa kepentingan susu pada tubuh badan kan? Mana boleh minum saja tanpa ambil tahu apa kebaikan dan manfaat pada diri sendiri. 

Kebaikan Susu


  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. 
  • Melindungi dari kerosakan gigi + masalah kaviti. 
  • Susu memberikan banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas 
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. 
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel 
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal 
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. 
  • Menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman 
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. 

(Sumber KonsiBersamaNora)

Jom ikuti Cabaran 7 Hari bersama Susu Dutch Lady

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Pertama

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Kedua

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Ketiga

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Keempat

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Kelima

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Keenam

Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Hari Ketujuh


Maklumat Lanjut :

Website Dutch Lady : www.dutchlady.com.my
Facebook : Dutch Lady Malaysia 
Instagram : @dutchladymy

Post a Comment

0 Comments