Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis

Sinopsis Drama Cinta Masam Manis



Tajuk : Cinta Masam Manis
Jumlah Episod: 24
Pelakon : Zamarul Hisham, Izara Aishah, Raja Ilya, Shah Jaszle, Mimi Ernida, Sweet Farhanna, Alis Mariya, Danny X-Factor

Sinopsis Cinta Masam Manis

Hisham, seorang duda yang ditinggalkan isteri untuk meruskan kerjaya di luar negara. Mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18, dan Hanis, 12 , mereka menjadi keutamaan dalam hidup Hisham. Hisham telah menutup pintu hatinya untuk wanita kerana ingin menumpukan perhatian terhadap kerja dan anak-anak. Sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha.

Zaleha ialah seorang gadis muda, ceria dan 20 tahun lebih muda darinya. Mereka saling jatuh cinta namun dihalang oleh keluarga, anak-anak, dan bekas isteri Hisham.

Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan ayahnya dengan Zaleha. Dia menganggap Zaleha hanya inginkan harta semata-mata. Tambahan pula perbezaan umur antara mereka membuatkan Hanna berasa kurang selesa. Berbeza dengan Hanis yang cukup senang dengan perhubunga ayahnya. Bagi Hanis, sudah tiba masanya untuk ayahnya mencari kebahagiaan.

Ibu Zaleha turut tidak bersetuju dengan hubungan mereka berdua kerana status Hisham serta ingin menjodohkan anaknya dengan Erman. Lebih memburukkan lagi keadaan, bekas isteri Hisham, Tasya, pulang ke Malaysia untuk menagih cinta.

Tonton Drama Cinta Masam Manis

Post a Comment

0 Comments