XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Ternyata XCape Resort adalah pilihan terbaik untuk tenangkan fikiran. Kenapa aku cakap macam tu? Jangan kata aku tipu pulak. Datang sini dan rasakan kehijauan dan berdekat - dekat dengan tuhan. Kau akan rasa betul - betul ada satu hubungan dan kuasa yang tak tergambar. Dekat sini, bukan sahaja mata dapat berehat malahan telinga juga disumbat dengan bunyi bunyian air di sungai berdekatan. Wah. Memang betul - betul nyaman bila menginap disini. Bagi mereka yang mahu larikan diri sementara dari kesibukan kota, mari memilih XCape Resort untuk menikmati ketenangan. Hehehe. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran
XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Dua hari satu malam di XCape Resort adalah pengalaman paling tak boleh nak lupa. Aku memang betul - betul dah lama tak menikmati suasana hutan macam ni. Sampai di Sungai Lembing pagi dalam pukul 10 macam tu. Kemudian ahli KBBA9 beramai - ramai tinggalkan kereta kesayangan di tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak XCape Resort. Luas tau tempat letak kereta ni. Kalau disusun boleh melebihi 10 biji. Jangan sedih. Kalau nak cari ketenangan tak boleh serabutkan kepala otak dengan dunia. Kereta ada orang jaga. Jangan gundah gulana sangat. Cuma perlu bayar RM5 kepada Uncle yang tengok - tengokkan kereta. Berbaloi untuk dua hari satu malam kan? 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Nak masuk ke Xcape resort tak boleh pakai kereta. Nanti rosak habis. Jadi, kami semua menaiki kereta 4x4. Sebenarnya lokasi pertama selepas meninggalkan kereta masing - masing bukanlah terus ke Xcape Resort. Tapi dibawa ke Pekan Sungai Lembing. Opss. Sabar dulu. Itu entri lain okay? Nak tahu kena lah tunggu. Satu - satu. Biar faham biar hadam. Biar menikmati biar peduli. Hehehe. Perjalanan ke XCape Resort dari tempat letak kereta tadi memang jauh. Adalah dalam setengah jam. Memang dalam sangat. Jauh dari kesibukan kota. Memang berteman unggas malam jelah kita malam tu. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Tadaaaaaa. 
Kita dah sampai. 
Seram tak? Dijamin hati tenang tak diganggu. Aku syak diorang pagar gile kentang dekat kawasan ni. Sebab aku langsung tak berperasaan takut walau sekelumit. Rilek je ke sana ke mari malam - malam. Mata pun langsung tak meliar cari pasal. Kahkah. Seronok dekat sini. Walaupun dalam hutan, ada kemudahan yang cukup. Ada penghawa dingin tau. Water heater. Katil yang sangat selesa. Malam tu aku tidur dengan aman beserta mimpi yang entah apa - apa. Mimpi pasal likers dekat instaram cecah 500 sebab memuat naik gambar kembara KBBA9 ke Sungai Lembing. Tapi mimpi tu tak lama. Sebab dipatahkan oleh housemate bernama Shehan aka YB. Hahahha. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

'Sorry No Wifi. Talk To Each Other'.
Jangan menangis kalau tak ada wifi. Sebab kita masih ada antara satu sama lain untuk terus berinteraksi. Masa ni lah baru rasa betul - betul dapat manfaat kan masa berbual dan mendekati mengeratkan silaturrahim. Berkongsi cerita. Pegang telefon pun jarang. Yela, internet tak ada langsung. Line sifar. Huwaaaa. Hari pertama memang stress gile tak ada internet. Memang bosan. Dah biasa dua puluh empat jam dengan telefon berinternet. Sekali kena campak dalam hutan tak ada line, hambek ko. Mengeluh. Tak sampai setengah jari, stress aku beransur hilang. Sebab aku memang betul - betul ambil peluang untuk menikmati apa yang XCape Resort sediakan di sekeliling pemandangan. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran
bilik
Puas hati sebab katil tu best. Siap double decker lagi. Dalam satu bilik ditempatkan dua buah katil. Dan disetiap bilik ada disediakan sebuah tilam extra bersaiz queen. Ini bermakna, sebuah bilik boleh memuatkan sehingga 6 - 9 orang dalam satu masa. Luas tu. Nampak tak dekat tengah - tengah tu? Boleh siap main tenteng kalau nak. Setiap bilik hanya ada sebuah bilik air. Jadinya, kena ikut giliran la. Siapa nak mandi cepat bangun awal. Heeee. Nampak tak dalam gambar tu? Ada branda rumah. Tempat lepak - lepak. Tak pun kalau teringin nak tengok sekeliling tapi malas nak berjalan. Boleh berbual dengan housemate. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran
'cafe'
Ini kawasan cafe yang disediakan di XCape Resort. Cantikkan kerusi dan meja nya? Comel je. Jangan risau. Tak patah punya walaupun nampak kecil. Dijamin mampu menampung berat badan orang dewasa. Sebelah cafe ni ada sebuah sungai yang mengalir. Tempat laluan masuk (jambatan kecil) sebelum tiba di sini. Masa makan tu, dapat menikmati bunyian air mengalir. Kebetulan malam tu hujan lebat. Jadi keesokkan paginya, waktu sarapan memang dapat dengar bunyi air dengan deras, 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Inilah jambatan yang aku maksudkan. Kalau nak masuk ke resort, memang dimestikan lalu jambatan ni. Nampak tak betapa derasnya air. Sebab kan semalamnya hujan, air pun jadi warna teh ais. Jangan minum ye. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Antara kawasan persekitaran resort. Cantikkan bentuk rumah - rumah yang disediakan? Macam rumah kampung. Kalau dapat yang atas bukit sikit, nasib lah. Tapi tak de lah tinggi mana. Nampak je macam tinggi. Bentuk rumah nya memang betul memikat hati. Sebab  macam rumah kayu. Kalau nak photoshoot pun boleh. Memang sesuai sangat. Kiri kanan hijau je. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Ha. Ada buaian. Ada berapa ye? Tak kira pulak. Malam - malam baring dekat sini, memang boleh syok sampai ke pagi tak sedar apa. Memang tak sedar diri terus. Bangun pun kalau ada orang tolong kejut. Dengan sejuk lagi. Ada pokok besar yang menghalang matahari terus memancar ke bawah. Jadi tak kena panas pun. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Malam di XCape Resort, kami semua disajikan dengan BBQ. Memang siang dah penat berjalan satu pekan, ke sana ke mari. Dapat pula makan BBQ. Memang syurga. Lagipun dah lama tak merasa BBQ. Hehhehe. Kepak ayam paling tak boleh lupa. Orang sebelah aku makan berketul gak la makan. Sape lah tu. Kalau awak baca jangan marah saya tau :p . Ada ayam, ada ikan, ada kepah. Terbaik! 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran

Sebenarnya banyak lagi kawasan di XCape Resort tak sempat nak jelajah. Dua hari satu malam memang tak cukup nak menikmati keseluruhan masa. Ada banyak benda kena tinggal dan tak dipedulikan. Hanya tempat utama je yang sempat merasa. Itu pun memang serius cakap tak puas. Harap dapat lagi mengembara dekat XCape Resort Sungai Lembing dengan KBBA9. 

XCape Resort Pilihan Terbaik Untuk Tenangkan Fikiran
Gambar kenangan sebelum pulang
Sedih je masa nak tinggalkan XCape Resort ni. Rasa seronok dah tinggal dekat sini walaupun hanya satu malam. Bye XCape Resort Sungai Lembing. Harap dapat jumpa lagi di lain masa dan waktu :) Terasa nak menikmati kedamaian dari hiruk pikuk kota? Meh sini. Mana tahu berkenan di XCape Resort,


Jom tengok entri sambungan Kembara KBBA9 :

Part 1 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 2 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 3 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang
Part 4 Kembara KBBA9 di Sungai Lembing, Pahang

Post a Comment

0 Comments