Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan
Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Percaya atau tak. Lelaki dan perempuan dah boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Maksudnya, perempuan bukan sahaja boleh duduk di dapur untuk memasak malahan sudah mampu bekerjaya. Sama seperti lelaki. Tapi, kudrat lelaki dan perempuan tetap beza. Sebab tu lah, lelaki tugasnya melindungi. Cewah ayat aku. Macam orang dah kahwin.

Perempuan ni ada satu masalah. Ah bukan perempuan je sebenarnya bermasalah. Lelaki pun sama. Bila dah seharian bekerja, jaga anak. Mesti tiba - tiba hilang keyakinan sebab peluh dah mula membusuk dekat baju. Terasa macam bau tu kuat sangat. Jadi malu. Apa solusi terbaik? Ya! Sembur minyak wangi untuk kekal wangi. Sebab tu kalau ada baca tips menghilangkan bau badan adalah dengan menggunakan deodoran, minyak wangi untuk menghilangkan bau badan. 

Majlis Pelancaran Dmel Perfume 

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan
 YB Dato Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
turut serta dalam acara pelancaran Dmel Perfume
Haruman Dmel Perfume Meyakinkan
Sanie Abdul Rahman bersama para model yang turut memperagakan Dmel Perfume
Ketika ditanya apa kelebihan Dmel Perfume berbanding dengan wangian yang lain? Sanie dengan tenang mengatakan bahawa Dmel Perfume adalah wangian yang mesra solat! Jadi lepas ni tak jejas pun air wudhuk kalau pakai Dmel Perfume kan? Selain tu, Dmel Perfume turut diakui halal dan bebas alkohol. Yeayyy. Kalau perasan, botol Dmel Perfume sangat cenonet. Senang nak bawak ke sana sini. Sesuai untuk mereka yang sukakan travel tapi nak wangi sepanjang masa. Juga kekal tahan selama 8 sehingga 10 jam bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. 

Dmel Perfume Mahu Dikenali

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Ketika Majlis Pelancaran Dmel Perfume, Sanie Abdul Rahman Rahman yang juga merupakan pengasas Dmel Perfume berkata beliau percaya dan sangat yakin bahawa Dmel Perfume boleh pergi jauh sehingga ke peringkat antarabangsa kerana minyak wangi merupakan rakan akrab yang sering menemani manusia ke mana sahaja. 

Dmel Perfume ni masih baru dalam industri. Aku sendiri yakin dan percaya Dmel Perfume boleh pergi jauh. Sebab keharuman Dmel Perfume memang meyakinkan dan setanding dengan haruman wangian dari jenama antarabangsa (bau perfume mahal). Adik dan emak aku pun cakap benda sama. Kau sendiri tahu kan? Perfume jenama retis antarabangsa yang dijual di butik sangat mahal mencecah ratusan ringgit. Harga Dmel Perfume? Sangat mampu untuk dimiliki. Lebih - lebih lagi untuk mereka yang bekerjaya.

Dmel Perfume didatangkan dengan enam (6) jenis haruman. Tiga (3) untuk lelaki, dan tiga (3) untuk perempuan. Bukan perempuan je yang boleh wangi - wangi. Lelaki pun boleh. 

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Harga Men Perfume By Dmel Rahman 

RrB 40ml RM64.90
Chase 30ml RM54.90
Trust 30ml RM54.90

Harga Women Perfume by Dmel Rahman 

Scents 40ml RM64.90
Shine 30ml RM54.90
Lovely 30ml RM54.90

Siapa Sanie Abdul Rahman?

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan
Pengasas Dmel Perfume, Sanie Abdul Rahman
Sanie Abdul Rahman merupakan seorang wanita yang pernah mengendalikan kursus keusahawanan dan telah berjaya mengendalikan lebih dari 15 ribu orang pelajar daripada IKM, Politeknik, KKTM bersama dengan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) selama 15 tahun. Sebab tu, Sanie mengubah laluan hidupnya dengan mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Sama - sama lah doakan niat murni Sanie untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dunia akhirat dan dimurahkan rezeki. Oh seperkara lagi, Dmel Perfume juga akan dijual di dalam website online seperti Lazada, dan 11street. Kalau korang nak jadi rakan niaga dan menjana pendapatan dengan Dmel Perfume boleh rujuk maklumat berkaitan Dmel Perfume di bawah :) Semoga mereka yang baca ni sentiasa dimurahkan rezeki. Insyaallah. 

Haruman Dmel Perfume Meyakinkan

Dmel Perfume

Kalau nak contact Dmel boleh rujuk pautan di bawah :


Website : www.dmelrahman.com
Facebook : Dmelperfume
Instagram : Dmel_perfume
Contact : 019 276 1575 / 012 907 5382

Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.