Tuesday, May 31, 2016

Harambe Ditembak Mati

Mieza S | 5/31/2016 05:42:00 PM | 1Comments |

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

OHIO, Amerika -  Seekor Gorila jantan berumur 17 tahun mati ditembak demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun yang terjatuh di dalam kandang haiwan spesis terancam berkenaan di zoo Cincinnati. Kanak-kanak lelaki btersebut telah bertindak memanjat naik tembok panghalang tanpa tidak disedari oleh ibu bapanya sebelum terjatuh ke dalam parit kandang gorila itu pada ketinggian 12 kaki. 

Harambe Ditembak Mati

Selepas terjatuh, gorila yang diberi nama Harambe itu telah merapati mangsa dan dia dilihat telah membaling dan mengheret badan mangsa dengan ganas di sepanjang parit dalam kandangnya. Harambe yang dianggarkan seberat 400 paun itu telah memegang kanak-kanak itu selama 10 minit sebelum pihak zoo membuat keputusan untuk menembak haiwan berkenaan demi menyelamatkan nyawanya.

Harambe Ditembak Mati

Selepas haiwan berkenaan ditembak mati, kanak-kanak tersebut telah diselamatkan dan dikejarkan ke pusat perubatan Kanak-Kanak Cincinnati yang tidak jauh dari zoo Cincinnati. Berdasarkan laporan kanak-kanak itu mengalami kecederaan yang agak serius tetapi stabil, menurut pihak perubatan pula kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan serius semasa jatuh dari ketinggian 12 kaki tetapi kecederaannya yang parah mungkin akibat terkena objek keras semasa ditarik haiwan berkenaan.

Harambe Ditembak Mati

Menurut presiden Zoo Cincinnati, Thane Maynard berkata, ini adalah pertama kali kejadian seburuk ini berlaki di zoonya. "Keputusan menembak mati haiwan tersebut adalah demi menyelamatkan nyawa kanak-kanak berkenaan selepas gorila berkenaan dilihat bertindak agresif," katanya. Ketika kejadian, hanya Harambe yang dilepaskan di dalam kandang manakala dua ekor gorila betina masih dalam kurungan. - Siakapkeli.my

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati

Harambe Ditembak Mati
Dia menghabiskan hampir sepanjang hidupnya terpenjara di zoo, dia dijadikan bahan tontonan ramai, suka menonjolkan diri, suka membuat aksi lucu, yang paling nakal suka percikkan air kepada penontonnya dan melarikan diri..di Zoo Cincinnati dia mempunyai watak tersendiri, Menurut kata seorang jurugambar, Robert Streithorst , gorila yang diberi nama Harambe ini sangat suka bergambar...tapi akhirnya haiwan terancam ini mati ditangan manusia gara-gara kecuaian manusia itu sendiri
Comel je kan? Hmm, sebak je rasa baca berita ni. Baca komen - komen di siakap keli. Semuanya menyalahkan tindakan pihak zoo. Aku pun rasa, emak bapak budak tu sepatutnya diajar sikit. Sebabkan dia, spesis ni dibunuh. Aku dapat rasa kan haiwan ni jinak. Tapi, entahlah. Mungkin juga boleh membunuh. Sebaijnya tembak sahaja lah dengan ubat pelali. Membunuh haiwan ini untuk menyelamatkan keadaan ternyata bukan lah suatu keputusan yang baik. 


Kredit gambar: Robert Streithorst

Saturday, May 28, 2016

Konvoi Amal Palestin

Mieza S | 5/28/2016 05:00:00 PM | 3Comments |

Konvoi Amal Palestin

Konvoi Amal Palestin

Konvoi Amal Palestin "Ride To Al Aqsa" yang berlangsung selama dua hari (28 - 29 Mei 2016) dengan kerjasama gabungan Kelab Y15 ZR Selangor telah pun berlepas pagi tadi. Lebih kurang jam 9 pagi tadi. Doakan mereka sampai dengan selamat ya. Mereka semua dijangka akan ke beberapa lokasi untuk mengumpul dana bagi meringankan beban untuk rakyat Palestin. Antara lokasi yang disasarkan ialah Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak, Dataran Kuantan, RnR sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan dan berakhir di Rnr Gombak. Lokasi berkenaan menjadi pilihan kerana menjadi tumpuan masyarakat. Pada sesiapa yang singgah atau menghabiskan masa di tempat yang aku sebutkan tadi, ringan - ringankan tangan untuk membuat sumbangan.

Konvoi Amal Palestin

Dianggarkan sebanyak 200 biji motor dari Shah Alam, Johor dan Pahang menyertai konvoi Amal Palestin pada kali ini. Mereka akan berhenti di setiap RnR yang ditemui sepanjang perjalanan ke sana. Mereka akan mengedarkan risalah dan memberi sedikit penerangan berkenaan isu palestin. 

Dana sumbangan yang terkumpul akan disalurkan untuk Pembinaan semula Masjid As-Syafie di Gaza. Selain itu dana sumbangan juga akan digunakan sebagai persiapan pada bulan Ramadhan kepada pelarian di sana. Pihak Aman Palestin mensasarkan kutipan dana yang terkumpul sebelum tiba Ramadhan adalah sebanyak RM2juta - Syria dan keseluruhan Syria dan Palestin adalah sebanyak RM15juta. 

Konvoi Amal Palestin
Penerangan ringkas sedang diberikan
Pada bulan 19 sehingga 29 Mac yang lepas, pihak Aman Palestin telah mengutip sebanyak setengah juta untuk bantuan Palestin. Seramai 5 orang wakil dari pihak Aman palestin, termasuk 1 doktor dan 4 orang wartawan ke sana untuk menyerahkan bantuan berupa makanan dan minuman kepada pelarian. Diharapkan misi bantuan kali ini dapat mencapai sasaran!

Konvoi Amal Palestin
 
Konvoi Amal Palestin
Sebelum berlepas.
Ustaz Muhd Farhan Bin Muhd Fadhil memberikan
taklimat ringkas berkenaan 'Ride To Al-Aqsa'

Aman Palestin Berhad

No tel : 03-55105867
No fax : 03-55107868
Emel : shahalam@amanpalestin.net


Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah salurkan kepada :

Akaun Aman Palestin Berhad

Bimb : 1202 9010 0478 80
Maybank : 5622 6301 0787
Cimb : 8600 4603 53
Muamalat : 1207 0005 1337 17
Rhb Bank : 2124 5760 0049 07
Bank Rakyat : 2208 0619 5922

Thursday, May 26, 2016

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Mieza S | 5/26/2016 02:00:00 PM | 2Comments |

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Ceburilah kegiatan perniagaan kerana didalamnya terdapat 9/10 sumber rezeki. - Al Tarmizi

Kata Ahmad Maslan :
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga." 

Tengok, menteri pun bijak bagi idea. Siapa tak nak ada produk sendiri kan? Aku rasa, dekat facebook tu dah ramai sangat orang jual barang secara online sebab nak kerja lebih masa dan tambahan duit poket. Sekarang ni kos sara hidup pun dah meningkat. Masing - masing berniat nak menceburi bidang perniagaan. Mungkin pada awalnya kita menjual produk orang, dan secara tak langsung kita belajar serba sedikit apa yang pelanggan mahu. Mana tahu suatu hari nanti kau boleh jadi pengasas produk sendiri? Sebab selalunya macam tu kan? Mula - mula jual produk orang, lepas tu ada produk sendiri. Cuma mengambil masa yang lama nak belajar banyak benda. 

Agak - agak kalau diberi peluang untuk menjadi pengasas produk secara percuma ada yang berebut nak tak? Ke tak nak ambil tahu sebab boleh selesaikan semuanya sendiri? Jom lah ambil peluang ni. Bukan senang tau. Tak perlu bayar apa - apa pun untuk menjadi pengasas produk! PERCUMA! 


Peluang ni tak datang selalu. Pada yang berpeluang dan mahu menyambar peluang je yang akan ada masa untuk semua ni. Sangat - sangat sesuai untuk mereka yang masih menganggur tiada kerja. Mari, menambah ilmu tentang bisnes. :) Siap boleh jadi pengasas produk sendiri tau. Bukan produk orang lain. Tak nak ke jadi jutawan muda?

Peluang Untuk Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

APA ITU #MVMAPPRENTICE ? 

#MVMAPPRENTICE merupakan program amal keusahawanan dengan kerjasama MOHA GROUP bagi memupuk minat keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan kosmetik yang berjaya pada usia muda.

Apprentice yang berjaya ini juga berpeluang untuk mengeluarkan produk mereka sendiri melalui bantuan dana dari MOHA GROUP SDN BHD.

Tarikh:
29 Mei 2016

Hari:
Isnin

Masa:
0900 – 1500

Tempat:
EZAZ Wealth Management & Consultancy Alamat: No 13 B, Tingkat 2, Pusat Perdagangan Suri Puteri, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 20, 40300, Shah Alam, Selangor.

Penganjur:
Muslim Volunteer Malaysia (MVM) Penaja Program: MOHA GROUP SDN BHD

Peserta:
Terhad kepada 100 orang sahaja!

Pendaftaran:
019 – 387 4397 Atiqah

SIAPA PERLU HADIR? 

  • Graduan baru 
  • Mereka yang sedang memburu kerja 
  • Mereka yang ingin menjadi pengasas produk 
  • Mereka yang ingin belajar tentang pengurusan kewangan 
  • Mereka yang ingin belajar mengenai pemasaran online/offline

Syarat

Sebelum
Minimum CGPA - 3.0
21 - 25 tahun

Selepas
Minimum CGPA - 2.5
21 - 28 tahun

Syarat untuk menjadi pengasas produk ni telah dilonggarkan. Jadi, mudahlah kalian untuk menyertainya nanti. Syarat ini nampak ringan dan aku yakin pastinya semua orang berpeluang untuk menghadirkan diri dan menjadi pengasas produk!


Panel MVM MVMAPPRENTICE


Siapa YAYA MOHAMAD?

 Yaya Mohamad merupakan Pengarah Urusan bagi syarikat MOHA Group Sdn. Bhd dan dua syarikat lain iaitu MOHA Trading Sdn. Bhd serta MOHA Biotech Sdn. Bhd. Beliau merupakan usahawan kosmetik yang berjaya dalam usia muda. Usia muda dan kepayahan hidup sebelum ini tidak menghalang beliau untuk terus maju dalam bidang keusahawanan kosmetik. Mempunyai pelbagai produk kecantikan yang hangat dipasaran dan dikenali di serata Malaysia serta dikagumi oleh usahawan yang lain.


Siapa SHIDA MOHAMAD?

Shida Mohamad merupakan Pengurus Besar Jamutera Trading Sdn. Bhd. serta pengasas kepada 5 produk kecantikan dan kesihatan khas untuk pasaran online bermula pada awal tahun 2014.

Siapa YA MUHAMMAD?

Ya Muhammad merupakan seorang usahawan muda dan Presiden kepada Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia Association). Beliau juga aktif memberikan latihan berkaitan pemasaran Online kepada Usahawanan Muda.

JADUAL PENGAJIAN MVM APPRENTICE 

Fasa Pertama, daripada 150 orang yang hadir pada Preview MVM Apprentice pada 29 Mei 2106, hanya 80 orang yang terawal mendaftar untuk ke Fasa Kedua, dan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan akan terpilih untuk Fasa seterusnya bagi mengikuti Program MVM Apprentice secara keseluruhan yang akan berlangsung selama 2 bulan lebih.


Cara Untuk Menyertai Program Menjadi Pengasas Produk Secara Percuma

Jika anda berminat, boleh terus whatsApp “saya berminat untuk hadir ke “Preview MVM Apprentice pada 29 Mei ini” beserta nama penuh anda ke no (019–387 4397) – Atiqah.

Info
Facebook Preview MVM Apprentice
Laman Web Preview MVM Apprentice


Selamat maju jaya semua. Semoga cita - cita korang untuk menjadi pengasas produk akan tercapai. Ini lah jalan peluang yang ada untuk merealisasikan impian :)

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Mieza S | 5/26/2016 12:16:00 PM | 0Comments |

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis


Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Betul ke bekas pengadil bola sepak kini aktif menulis? Ramai yang tak percaya. Tapi itulah bakat yang telah dikurniakan kepada bekas pengadil FAM (baca: pada tahun 1991-2010) ini. Beliau berhenti menjadi pengadil kerana pemain liga suka bergaduh (baca: beliau yang kata bukan aku). Tapi memang jujurnya begitulah dalam arena suka bola sepak. Pengadil sekarang juga seperti berat sebelah kan? Selalu tengok dalam tweet dan status di media sosial berkenaan ini. 

Karya pertamanya telah diterbitkan pada tahun 1990 di dalam Utusan Malaysia. Berikutan itu, beliau meneruskan penulisannya sehingga terbitnya beberapa buah novel. Yang pasti, dalam usia yang sudah meningkat begini, beliau masih cenderung untuk menimba ilmu pengetahuan di peringkat sarjana (master) - Sarjana Bahasa Melayu Kontemporari. Hebat bukan? Mungkin inilah idola baru yang patut aku contohi selepas Ramlee Awang Murshid dan Faisal Tehrani dalam bidang penulisan :)

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis


Biodata Alias Ismail


Nama Pena
Alias Ismail

Tarikh Lahir
20 Januari 1968

Pekerjaan 
Pegawai SISC+

Tempat Lahir
Kampung Padang Setebu, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Anugerah
  • Tokoh Nilam Guru Terengganu pada tahun 2010
  • Guru Unggul Exxon Mobil pada tahun 2013


Kejayaan dan Pencapaian
  • Tahun 2013 - Diiktiraf sebagai Munyi Dewan (baca: individu yang pakar dalam bidang bahasa dan sastera)


Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Antara Karya beliau
  • Priiit!
  • Selipar
  • Ralat
  • Kaca di Lantai
  • Di tirai malam
  • Cabaran Semusim
  • Mewarna Bulan
  • Dan banyak lagi (telah menulis sebanyak 35 buah buku)


Karya Priiit! pernah dinobatkan tempat ketiga dalam sayembara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) pada tahun 2004. 

Tempat pertama : Advencer Si Peniup Ney (Faisal Tehari)
Tempat kedua : Detektif Indigo (Faisal Tehrani)
Tempat ketiga : Priiit! (Alias Ismail)

Sinopsis Novel Priiit!

Hidup ini padang uji. Laksana pelawanan bola sepak yang menguji kehandalan seorang pemain, kemantapan sebuah pasukan, dan lebih daripada itu, menguji kedirian insan telus tulus, jujur, setia kawan.

Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berdepan dengan sesiapa pun. Ibarat perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang, walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan disenyapkan daripada penguasa undang-undang?

Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama, nomor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar, serta banyak lagi dikumpul sebagai bukti...

Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan.

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis
Antara puisi karya beliau (Dewan Sastera Feb 2016)

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Tengoklah. Betapa penuh nya rak dengan buku. Kata beliau bilangan jumlah kesemua buku yang terdapat di rak ini ada dalam 2,000 buah buku termasuk majalah. Ini semua disimpan sejak dulu lagi. Inilah sebahagian dari mini perpustakaan yang terdapat di rumah Alias Ismail. Aku cemburu. Aku punya koleksi buku masih banyak bolong. Aku pernah menanam impian kecil, mahu adakan sebuah perpustakaan mini di rumah. Senang - senang boleh baca buku. Setidaknya sesiapa yang datang ke rumah aku, akan punya satu hobi baru.

Bekas Pengadil Bola Sepak Kini Aktif Menulis

Selain itu, Alias Ismail juga menulis untuk majalah Dewas Sastera sejak tahun 2009 bagi ruangan Bahasa Melayu Menengah Rendah. Ini ruangan khas untuk beliau tau. Tak ada siapa boleh kacau. Hahahha. Maknanya pada setiap bulan beliau akan menghantar karya untuk diletakkan di dalam kolum tersebut.

Jap. Ada lagi. Tak habis lagi nak taip ni. Beliau bukan setakat menulis di dalam majalah, serta menulis novel. Beliau juga pernah menjadi wartawan sambilan Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo (pengulas sukan) sepanjang 14 tahun (1995-2008). Makna nya aku  baru lahir masa tu. Menulis sebanyak 4,500 berita dan lebih daripada 500 rencana akhbar sepanjang beliau menjadi wartawan dulu. 

Banyak juga maklumat aku dapat sepanjang berwhatsapp dengan Encik Alias Ismail. Eh, lupa nak cakap. Mesti korang pelik macam mana aku dapat semua biodata dan maklumat hebat macam ni dari penulis hebat Alias Ismail? Kisahnya begini.

Pada suatu hari, beliau ingin membuat research berkenaan Faisal Tehrani. Dan ini telah menemukan beliau dalam pencariannya http://kanvasdakwat.blogspot.my/2015/06/biodata-faisal-tehrani.html. Tak sangka juga entri berkenaan Faisal Tehrani yang tu telah membawa aku untuk mengenali Alias Ismail pula. Penulis yang aku kira sama taraf dengan Faisal Tehrani. Cuma namanya tidak segah yang lain. Mungkin pemalu. Hikhikhik.  

Buat Alias Ismail

Semoga karya - karya tuan akan terus dibukukan dan menjadi karya terulung. Tuan telah menjadi salah seorang idola saya dalam bidang penulisan. Cumanya sampai saat ini saya masih belum menjumpai karya tuan. Harapnya saya dapatlah membaca karya - karya tuan yang hebat! Terima kasih sebab sudi menjawab segala pertanyaan saya dan mengizinkan cerita tuan ditulis di dalam blog KANVAS DAKWAT. Terima kasih juga untuk setiap inci kata semangat yang dilemparkan. Semoga tuan terus dipanjangkan umur untuk terus menulis dan menabur ilmu pada yang memerlukan. :)


Tuesday, May 24, 2016

Cafe Eat And Repeat Fenomena Baru

Mieza S | 5/24/2016 01:48:00 PM | 1Comments |

Cafe Eat And Repeat Fenomena Baru



Selepas Cafe Eat & Repeat jadi bualan dan mendapat perkongsian di facebook melebihi satu ribu. Aku pun mengambil peluang untuk menjadi salah seorang pelanggan. Serius ke makanan jual dengan harga RM1.90? Murah sangat tu! Mengenang akan boat noodle yang sudah pun duduk dalam hati rakyat Malaysia, aku rasa cafe ini pun tak kurang hebatnya. Sebab mereka mengambil peluang yang ada. Peluang apa? Mengambil risiko menjual makanan dengan harga RM1.90. 'Boat Noodle Malaysian Style' katanya. 


 Gambar gelap. Sebab aku menghalang cahaya! Aku pun tak dan sangat nak bergambar. Aku cuma nak merasa je menu dia. Heheheh.


Menu Cafe Eat and Repeat

Nasi putih ayam cincang
Nasi goreng cina
Nasi lemak telur
Mee kari
Mee hailam
Mee sup / Mee hoon sup
Mee bandung
Mee rebus
Soto Ayam 
Kepak ayam tandori

Desert Cafe Eat and Repeat

Pulut Mangga
Sagu gula melaka

Minuman Cafe Eat and Repeat

Sarsi
Oren
Ais Krim Soda
Mango

Memang ternyata semua nya dijual dengan harga RM1.90! Berbaloi ke? Berbaloi aku rasa. Sebab dua mangkok pun dah rasa macam satu mangkok penuh :D. 


Antara makanan yang aku order

Rasa ? Not bad lah. Berbaloi dengan harga. Rasa dia sama macam dekat kedai biasa. Jadi, sesuai sangat dengan slogan/nama kedai Eat and Repeat! Sebab korang akan tambah lagi lepas makan. Servis pun okay. Tak lambat sangat. Walaupun pelanggan silih berganti dan pekerja pun cuma ada 2 orang kalau tak silap. 

Lokasi 

Sekarang dah zaman pakai waze. kau taip je Cafe Eat and Repeat seksyen 7 Shah Alam. Sampai lah depan pintu nanti. Siap sedia cari parking kereta je. Apa pun tahniah Cafe Eat and Repeat sebab menjadi fenomena baru. heheheh

Sunday, May 22, 2016

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Mieza S | 5/22/2016 11:00:00 PM | 3Comments |

Levis WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Sebenarnya aku lupa nak bagitahu dekat pembaca. Aku telah menghadiri "Levis We Are Original Celebration Party 2016". Memang ber 'party' sungguh dalam tu. Hahaha. Santai gila. Sampai aku tak tahu nak buat apa selain makan dan makan. Sementara nak menunggu majlis ni mula, aku dan semua yang berada di KL Life Centre disajikan dengan muzik DJ. Nak goyang - goyang dekat situ pun boleh. Tapi aku pilih untuk duduk secara sopan. Sebab aku sopan orangnya. Memandangkan diorang semua pun melayan halwa telinga dengan muzik yang disaji se - enaknya. Aku pun, buat lah benda sama. 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Pengenalan Jenama Levi’s® 

Levi Strauss pada tahun 1873, seluar jeans Levi's® telah menjadi pakaian yang paling dikenali dan diikuti di seluruh dunia – mengabadikan imaginasi dan kesetiaan dari generasi ke generasi. Hari ini, portfolio Levi's® terus berkembang melalui semangat merintis yang berterusan dan inovatif yang sentiasa lain daripada yang lain dalam industri pakaian. Aneka pilihan pakaian jeans dan aksesori terkemuka levi's boleh didapati di lebih 110 negara, membolehkan individu di seluruh dunia memperagakan gaya peribadi mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama, barangan dan kedai Levi's®, sila layari levis.com.

Antara personaliti tempatan yang turut hadir dan menjadi salah seorang perintis denim ialah artis rock lagenda; Amy Search, pemenang Asia’s Next Top Model Musim Ke-2; Sheena Liam; penyanyi terkenal kumpulan HUJAN; Noh Salleh, ratu gimnastik negara; Farah Ann, blogger terkemuka, Jane Chuck; puteri akustik Liyana Fizi, termasuk pasangan pengacara dinamik JinnyBoy TV, Jin Lim dan Reuben Kang; jurugambar terkenal, Chuan Looi; bakat baru dunia lakonan, JC Chee; pereka fesyen, Hatta Dolmat; biduanita jazz, Poova, dan ramai lagi berganding bahu untuk memeriahkan kempen ini dengan pelbagai coretan pengalaman unik mereka bersama jeans.


Levis We Are Original Celebration Party 2016

Tujuan Levis We Are Original Celebration Party 2016 diadakan adalah untuk mengiktiraf semangat keaslian dan ketulenan denim Levi's sepanjang ia wujud di muka bumi sehingga lah ke hari ini.

 Di awal - awal majlis, kami semua disajikan dengan pengalaman mereka sepanjang bersama Levi's. Antara yang berkongsi pengalaman ialah Noh Salleh, JC Chee, Liyana Fizi, dan beberapa orang lagi yang aku  terlupa namanya.

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016


COMMUTER 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Commuter waistband u lock
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Commuter trucker
Siri Levi’s® COMMUTER ditampilkan semula dengan lebih banyak ciri teknikal serta inovasi baru. Setiap perincian dalam koleksi baru ini direka khusus bagi memastikan penunggang basikal urban selesa, selamat dan tidak belengas semasa berkayuh. Ciri-ciri ekslusif COMMUTER termasuk pantulan balik haba dan pemegang U-Lock, warna-warna penyeri seperti Hitam, Kelabu dan Tembaga, label, rivet, butang, pita dan benang pantul cahaya serta bahagian belakang seluar berparas tinggi bagi mengelak kulit terdedah semasa berkayuh. Jaket Trucker yang baru juga menampilkan ciri-ciri fabrik lasak Cordura Warp, kalis air, kain denim dan bukan denim empat-regangan, di samping aplikasi pantul cahaya 3M pada tab laras belakang jaket, hood tersembunyi dalam kolar serta kocek-kocek rapi lagi selamat. COMMUTER Perfect Tees (versi baju-T dari rangkaian Perfect Tees yang mesra penunggang basikal) kini dijalinkan dengan lapisan-lapisan asas serat Thermoregulating CoolMax® bagi menghasilkan kesan dingin, kering dan hidrat. Harga runcit bagi baju Commuter bermula dari RM99 ; seluar Commuter dari RM329.

STRETCH 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016

Rangkaian jeans ini direka khusus dengan menitikberatkan kelasakan dan keutuhan. Berasaskan jalinan cotton, polyester dan Elastane, fabrik lembut ini mengelakkan pakaian menjadi keras kaku dan merekah tapi sebaliknya mempunyai daya regang yang menyelesakan si pemakai. Kelebihan ini menyebabkan pakaian tidak lunyai dan tetap utuh, mencegah rabak pada bahagian lutut serta mengelak warna pudar walaupun setelah berkali-kali dibasuh. Amat sesuai untuk mereka yang lincah dan bergerak aktif. Harga runcit bermula dari RM239.

COOL 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Cool Men Slim
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Cool Women Skinny

Levi’s®Brand juga sedang mengembangkan koleksi COOL, koleksi denim inovatif yang direka khusus untuk menampan bahang cuaca panas – fabrik berongga menyerap kelembapan, sekali gus memudahkan pengaliran udara dan menyelaras suhu badan. Dua kali lebih lembut daripada kapas, koleksi baru ini turut menggunakan MODAL® FIBER by Lenzing, yang memberi kelembutan terunggul (dalam cara paling semulajadi). Ciri-ciri kelembutan inilah yang menjadikan koleksi denim ini lebih ringan dan lebih lembut pada kulit. Koleksi musim ini tertumpu kepada pakaian smart klasik dengan kesesuaian dan gaya lebih sofistikated, yang menepati trend terkini. Pilihan lelaki termasuk 511™ Slim Cool dan 505 Regular Cool. Bagi wanita pula, Boyfriend Cool dan 711 Skinny Cool menampilkan stail bergaya dengan ciri tambahan Stretch Technology yang membolehkan gerakan lebih fleksibel. Dengan COOL, setiap orang tidak kira di mana jua berpeluang menggayakan pakaian denim dan bukan denim sepanjang tahun dalam apa jua keadaan. Harga runcit bermula dari RM279.

WOMEN’S SHAPING 

LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Slim
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Straight
LEVI'S WE ARE ORIGINAL CELEBRATION PARTY 2016
Shapping Skinny

Koleksi Lot 300 yang direka khusus untuk merapi dan menyerlah, terus kekal sebagai jeans terunggul bagi mengempiskan perut, memontokkan punggung serta melangsingkan kaki! Kombinasi fabrik anjal dan teknologi pelangsingan perut termaju ini mencengkam dengan selesa di bahagian-bahagian pejal berkenaan. Jeans paras pusat ini boleh didapati dalam dua jenis fabrik premium:
 • Orta Super Stretch Bi-Stretch Fabrik ini meregang mengikut arah benang menegak dan melintang, sekali gus membolehkan gerakan maksimum dan selesa sementara fabrik regangan dua hala menyokong dan mengangkat, sekali gus merapi dan menyerlahkan lagi bentuk badan.
 • Twin Dragon A never-fade black made with synthetic fibers, the black can last 20 washes without fading. Super soft on the hands, this fabric uses a patent pending eco-friendly technology and is environmentally friendly Jeans ini diperbuat daripada fiber sintetik dan pewarna hitam tidak mudah pudar walaupun selepas 20 kali cucian. Fabrik ini amat lembut dan menggunakan paten teknologi mesra alam dan mesra persekitaran. Harga runcit bermula dari RM199, jeans ini boleh didapati dalam warna kopi keperang-perangan dan biru kehitam-hitaman dan kemasan berinsiprasikan bahan-bahan tulen.

COMMUTER, STRETCH dan COOL boleh didapati di seluruh negara mulai Mei 2016. WOMEN’S SHAPING pula bermula dari Jun 2016.

Yeah. Apa lagi. Jom sergah levis.com/ untuk bergaya!
© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.