GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Baru - baru ni dekat media sosial telah berlakunya kebanjiran berita mengenai robot pintar yang luar biasa telah memasuki Malaysia dan mengenai aplikasi GT Dollar. Apa yang luar biasanya? Luar biasa sebab Malaysia dah ada robot pintar weyh. Ingat Jepun je boleh? Hello, Malaysia pun boleh okay. Malaysia dah maju sekarang, seiring dengan teknologi yang semakin berkembang dengan pesat.

Pelancaran Aplikasi GT Dollar oleh GT Group Malaysia

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Mendapat jemputan dari GT Group merupakan peluang keemasan yang takkan dilepaskan. Adalah lebih baik bila aku ada dekat situ untuk mendengar sendiri apa sebenarnya GT Dollar yang sudah mula diperkatakan ni. Tak ada lah aku terpinga - pinga tak tahu apa sebenarnya GT Dollar. Kan? Majlis GT Dollar telah dirasmikan sendiri oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Sime Darby Convention Centre di Bukit Kiara. 

Majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi GT Dollar dan GT Robot. GT Robot pertama yang diperkenalkan ialah GT Wonder Boy. Lepas ni kalau nak tahu lebih lanjut mengenai GT Robot boleh google je GT Robot tak pun GT Wonder Boy. Entri mengenai GT Robot akan menyusul :) dan boleh dibaca di pautan ini --> GT Wonder Boy


Apa itu Aplikasi GT Dollar?

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Aplikasi GT Dollar merupakan satu platform yang membolehkan kita berbelanja tanpa menggunakan tunai secara nyata. Senang cerita macam e-wallet. Ala macam kad kredit tu. Takpayah bawak berkepok - kepok duit setiap kali nak membeli belah, cukup kita swap kad je. Lepastu urusan membeli belah selesai. Mudah kan? Sama konsep macam yang digunakan dalam aplikasi GT Dollar ni. 

Paling best, ada banyak tawaran istimewa seperti potongan diskaun. Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam aplikasi GT Dollar antaranya ialah food, travel, gift, beauty, entertainment dan banyak lagi. Korang boleh cuba sendiri aplikasi GT Dollar ni. Download aplikasi GT Dollar dekat handphone dengan menggunakan Google Play atau Apps Store masing - masing dan secara automatik RM300 akan dikreditkan di dalam akaun korang. Cepat download! 

GT Group Memperkenalkan Produk Kepada Masyarakat


GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia
Ketika majlis pelancaran aplikasi GT Dollar, mereka turut memperkenalkan beberapa produk yang dikeluarkan oleh GT Group. Antara produk lainnya ialah GT Mobile, GT Robot dan GT Smart Watch

GT Group Malaysia Rancang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Malaysia

Mesti tak sabar kan nak tahu pasal GT Robot. Hehehhe. Sebab ketika majlis pelancaran tu pun aku sendiri teruja dengan pintaran dan kehebatan GT Wonder Boy. Macam - macam dia boleh buat. Macam minum susu anmum pulak. Ahahhaa. 

Disebabkan lahirnya GT Wonder Boy, maka GT Group Malaysia merancang untuk membuka sebuah kilang untuk 'melahirkan' lebih banyak GT Wonder Boy di salah satu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembila - Melaka dengan peruntukan sebanyak RM300 juta. Kilang ini dijangka akan menyediakan sehingga 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun. Cuma, bila kilang itu akan dibina masih belum diputuskan lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai GT Group dan produk mereka boleh tengok pautan di bawah :
Laman Web : www.gtdollar.com
Facebook    : gtdollarmy
Instagram : @gtgroupmalaysia


Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus, bisa menambah peluang pekerjaan, jadi bisa mengurangi pengangguran

    ReplyDelete
  2. menarik juga ni, kerja pun susah nak dapat sekarang. btw saya singgah blog ni dan follow sekali. jemputlah melawat blog saya :)

    ReplyDelete
  3. Are they properly licensed by BNM to issue out pseudo currency as such?

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.