Rindu Kawan Lama

Rindu Kawan Lama

Rindu Kawan Lama


Sebenarnya masa aku tengah post entri di facebook di satu group ni. Ada satu gambar terkeluar. Ala, kan ada gambar empat segi (friend yang ada dalam group). Aku nak terangkan pun susah. Hahhaha. Weyh, rindu sangat dengan dia. Tidaklah berpisah sampai 3 4 puluh tahun. Aku pun masih muda. Ada lah dalam 5 6 tahun macam tu. Tapi masalahnya berasa macam dah 10 20 tahun. Mungkin sebab aku masih mengharapkan dia ada. Dan aku berpeluang kawan dengan dia. 

Kenapa aku rindu dia? Siapa dia? Macammana kenal?

Kenal masa aku belajar di SMK Seri Tanjong dulu, tahun 2008-2010. Dia satu asrama satu dorm dengan aku. Tapi dia senior baru. Sebab masa aku dah tingkatan dua dia masuk sebagai pelajar tingkatan 4. Agaknya ditakdirkan untuk aku jadi kawan rapat semacam kakak. Dia pun tak ada kawan. Orang buli dia begitu begini. Ya, dia banyak mengadu dengan aku. Dia juga perahsia. Tak banyak yang aku tahu pasal dia. 

Tingkatan empat aku dah tak ada dekat sekolah tu. Dia pun dah habis sekolah. Sedih weyh. Aku sayang giler dekat dia. Sebab rapat sangat. 

Benda paling aku tak boleh lupa? Setiap weekend dia jarang balik. Dia tinggal dekat asrama. Kadang - kadang aku teman dia. Kalau tak teman pun, aku balik Shah Alam. Lepastu aku akan bawak makanan sebab nak makan sekali dengan dia. Masa dekat bilik prep, kitorang makan laksa. Dia kata laksa mak aku buat sedap. Lepastu dia cakap beruntung jadi aku. 

Lepastu mesti dia sedih dan menangis. -_-

Sikit - sikit dia cerita pasal hidup dia. Tapi tu lah. Sikit je. Dia perahsia sangat. Habis sekolah tu, aku/dia contact balik. Tapi sekejap je. Lepastu nombor tu dah tak boleh dihubungi lagi. Facebook pun last aktif 2013. Entah lah macammana aku nak cari dia pun tak tahu. Dekat mana dia tinggal pun tak tahu. Tak tahu apa - apa langsung pasal dia. Yang aku tahu, hidup dia tidak sesempurna hidup aku yang selalu merasakan aku banyak kekurangan. 

Aku rindu kau kak :( Selamat malam. Aku harap aku dapat jumpa kau lagi. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Kenapa tak tulis butir2 dia kat sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana berasa entri ini cukup sampai disini. Mungkin akan dtulis untuk entri yang lainnya. :) ada banyak lagi yang mahu ditulis tentang dia

      Delete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.