Wangikanlah Hatimu Di Atas Pentas Akhir 3 Juara!

Wangikanlah Hatimu Di Atas Pentas Akhir 3 Juara! 

Wangikanlah Hatimu Di Atas Pentas Akhir 3 Juara!

Tak sabar rasanya nak dengar alunan suara gemersik dari penyanyi irama Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Noraniza Idris. Beliau adalah antara penyanyi lama yang masih kekal dalam industri muzik walaupun penyanyi baru seakan cendawan tumbuh seperti hujan. Cayalah. Konsep lagu yang dibawakan Noraniza Idris atau lebih dikenali sebagai Kak Ani bukanlah satu lagu yang diminati kerana seakan klasik dan hambar gitu. Tapi tu lah. Kak Ani masih mampu mencuri hati dan pandang masyarakat untuk terus menghidupkan lagu irama Malaysia. Tabik!

Kalau korang nak tahu, lagu terbaru Kak Ani yang berjudul Wangikanlah Hatimu akan berada di atas pentas akhir 3 Juara pada hari Ahad bersamaan 15 Januari ini. Wangikanlah Hatimu yang diterbitkan oleh Noraniza Idris Production Venture Sdn Bhd akan dilancarkan pada hari tersebut dan semestinya Kak Ani akan bergandingan bersama Tyka peserta dari rancangan 3 Juara. Mesti gempak beb. Dah lama tak tengok Kak Ani beraksi atas pentas. 

Semua standby depan TV hari Ahad kalau nak tengok penyanyi kesayangan kita, Noraniza Idris mendendangkan lagu Wangikanlah Hatimu bersama Tyka. Oh lupa nak cakap. Mak aku suka betul dengan suara Tyka. Aku pun sama. Aku memang tak pernah tengok rancangan televisyen ni. Tertengok adalah. Sekali dia nyanyi masa event, fuh. Jatuh cinta terus. Aku pun tak sabar ni nak tengok Wangikanlah Hantimu di atas pentas akhir 3 Juara. 


Info Tentang Lagu Wangikanlah Hatimu

  • Lagu yang berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional
  • Lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya
  • Hasil karya oleh Amir Jahari dan AG Coco
  • Lagu ini dihasilkan dalam masa 2 bulan


Wangikanlah Hatimu Di Atas Pentas Akhir 3 Juara!

Kalau korang nak tahu semua berkaitan produksi, penyanyi, lagu dan sebagainya. Korang klik je pautan yang disediakan dibawah. Jumpa Ahad ni di pentas akhir 3 Juara! Jangan lupa hashtag #wangikanlahHatimu #saveiramaMalaysia

Teaser Lagu : Wangikanlah Hatimu
Laman Web  : Akarkitazapin.com.my
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Instagram : @noraniza_idris
Facebook Page : Noraniza Idris



Post a Comment

2 Comments

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.