Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat

Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat

Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat

Kalau korang ada baca entri aku sebelum. Aku ada bagitahu yang  Wangikanlah Hatimu akan berada di atas pentas epik 3 Juara. Ada yang tak tengok? Ah korang memang rugi. Memang mengembalikan nostalgia tu. Kau ingat tak zaman - zaman Kak Ani dalam AJL? Bezanya cuma kegempakan tu kurang sikit. Mungkin faktor pentas yang agak terhad. Korang tahu kan, kalau Kak Ani buat persembahan dulu zaman AJL, satu pentas memang diorang conquer. Betul tak? Sekarang aku mana layan AJL dah. Kahkah. Lagu entah apa lah yang masuk. Tak sior. 

Wangikanlah Hatimu telah dipersembahkan buat pertama kalinya di atas pentas epik 3 juara. Tempat lain tak de tau. Jadi, beruntunglah siapa yang tengok Wangikanlah Hatimu. 

Oh ya. Aku adalah peminat puisi. Permulaan lagu yang dimulakan dengan bacaan puisi memang sedikit sebanyak menaikkan bulu roma. Lepastu dengan alunan muzik dan tarian yang memang. Umphh. Memang terbaik. Walaupun lagu Wangikanlah Hatimu masih baru. Orang kata belum dicorakkan lagi gitu. Tapi lagu Wangikanlah Hatimu sudah diterima masyarakat. Buktinya? Ni semua aku ambil dekat ruangan komen di youtube

single terbaru dari ratu etnik msia noraniza idris & tyka,memang sedap lagu & liriknya.Terbaik! Tahniah kak ani,tyka,amir jauhari, ag coco,fedtri yahya.Persembahan yg mmg memukau,mcm di AJL. - rafi rashid
lirik sgt sesuai dgn kadaan masyarakat skrg.. mengapa mereka yg mengaku suci sering lupa mencermin diri sendiri. ramai yg terlalu suc di media sosial - Adam Fahmy
Part 3:24 tu best. Gempak gila. Kalau perform mana2 award macam AJL ke lagi best. Part korus lagu ni pun best. Love you Kak Ani!!! The Queen of Ethnic!! - Noraleya Natasha
Pehh!! Best gila lagu ni. Gempak betul persembahan Kak Ani. Terbayang2 time AJL. Memang legend! Tak sabar nak dgr studio version lagu ni. - Noraleya Natasha
omgg bestnyee dah ada etnik kreatif balikk - Zuckba Mazuri


Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat

Sebagai peminat lagu tempatan, aku punya komen satu je. Hehhee. Kita ketandusan lagu - lagu yang mempunyai lirik yang bagus. Memang semua lagu liriknya bagus. Tapi, lebih ke arah cinta. Bosan la. Cinta cinta sampai bila nih. Jadi aku buat kesimpulan, manusia ambil kesempatan dalam kesempitan. Ha kau. Maksudnya, orang Malaysia ni jenis suka lagu cinta. Jadi, mereka yang membuat lirik ni ambil mudah dan cipta lagu cinta je. Lirik - lirik yang berkaitan alam, masyarakat, jarang. Macam lagu Wangikanlah Hatimu. Menceritakan tentang kita selaku manusia yang selalu berasa diri kita ni betul orang lain salah. Benda ni banyak jadi dalam media sosial. 

Kita kondem orang begitu begini. Tapi kita pun buat jugak. Tak tahu lah kita ni memang jenis iri hati atau macammana. Ha sekarang kita buat pembedahan lirik lagu ya. Hhahhaa. Tu jelah kot. Aku tak pandai nak ulas banyak. Bukan bidang sastera. Setakat buat ulasan sebagai pendengar dan pembaca takde hal. Nah Lirik Lagu Wangikanlah Hatimu . Korang boleh tengok sendiri. 

Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat
Bergambar kenangan bersama Noraniza Idris & Tyka
Aku tak sabar nak tengok video clip lagu Wangikanlah Hatimu. Mesti gempak. Hehehe. Etnik kretif masih diterima masyarakat dan tak akan mati. Sebab masih ada legasi - legasi yang memperjuangkan muzik etnik kretif ni. Walaupun agak payah. Tahniah. Semoga Wangikanlah Hatimu akan sentiasa menghiasi corong radio! 

Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat
Penari Wangikanlah Hatimu di Pentas Epik 3 Juara

Wangikanlah Hatimu Diterima Masyarakat


Dekat bawah ni ada video Wangikanlah Hatimu sewaktu dipersembahkan di Pentas Epik 3 Juara. Mesti ada yang tak sempat tengok kan. Jom tengok dan saksikan sendiri persembahan memukau Kak Ani dan Tyka.


Laman Web : Akarkitazapin.com.my
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Instagram : @noraniza_idris
Facebook Page : Noraniza Idris

Post a Comment

0 Comments