Disclaimer | Author | Contact


Friday, March 17, 2017

Buat Ruangan Karya Terbuka

Mieza S | 3/17/2017 05:03:00 PM | 3Comments |

Buat Ruangan Cerpen

Buat Ruangan Karya Terbuka

Aku terasa macam nak buat ruangan karya terbuka untuk orang yang suka menulis. Aku ada jugak buat cerpen. Tapi terasa macam dah lama sangat tak buat. Mungkin sebab kesuntukan masa. Aku kat rumah pun tak boleh sangat nak menghadap blog dan perah idea. Sebab aku ada adik kecik yang hobinya adalah menangis. Bila mak aku duduk depan dia, dia main tempat lain. Bila  mak aku bangun nak buat kerja, dia menangis macam aku cubit. Eii. hahaha. Nasib adik aku. Tu pun aku cubit je dia. Padan muka. hahaha. Sapa suruh nangis.

Okay macam ni, sebelum ni (beberapa tahun yang lepas) aku pernah buat segmen cerpen. Aku cakap dekat diorang, cerpen yang terpilih aku nak hantar dekat satu publisher yang mengeluarkan zine. Memang publisher yang menjadi pilihan tu dah ada. Tapi, aku fikir balik. Zine tu publisher akan jual. Tapi tak akan ada satu sen pun royalti walaupun satu sen kau akan dapat. Cuma sekadar kau dapat meluahkan bakat terpendam dalam penulisan. Kecuali kalau ada kontrak. Macam leceh je. 

So sekarang, aku bukak peluang. Siapa yang berminat untuk mengembangkan bakat bolehlah hantar karya ke kekapas@gmail.com . Ejaan kalau boleh jangan guna shortform tau. Dan setiap cerpen/puisi yang terpilih aku bayar RM5 untuk aku siarkan dalam blog. Kiranya sebagai duit poket. Kenapa Rm5 je? Macam tak berbaloi. Yela, kalau dekat penulisan2u. Aku rasa benda tu free je. Kan. Tak dapat apa langsung. At least, kalau kau buat banyak karya, dapatlah banyak jugak kau dapat. Tapi bergantung kepada yang terpilih sahaja. Lagipun buat masa sekarang aku mulakan dengan nilai yang sedikit dahulu. Insyaallah, kalau murah rezeki aku akan naikkan nilai nya. Kalau boleh jangan lah asyik tema cinta (couple2). Hahaha. Bosan. 

Ouh lagi satu, jangan curi hasil karya orang lain. Aku mungkin tak nampak. Tapi tuhan nampak. Ruangan karya terbuka ni aku buka kepada semua lapisan masyarakat. Baik tua, muda, blogger ke bukan blogger ke. Lepas baca jangan lupa share dengan kawan yang lain. 

Karya terbuka ni bebas. Lukisan kartun (komik) ke, puisi ke, penulisan skrip ke, cerpen ke, fakta ilmiah ke apa - je. Asalkan bakat terpendam. 

Contoh kalau korang nak hantar karya.

Emel : kekapas@gmail.com
Subject : Ruangan Karya Terbuka

3 comments:

  1. wowww, menarik ni. kalau sy x busy, nak juga buat cerpen pendek 😉

    ReplyDelete
  2. bestnya . akak pun suka menulis cerpen ni zaman high school dulu.

    tapi sekarang tetiba takde idea -___- hahaha

    takpe, nanti idea muncul akak nak try lah

    ReplyDelete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.