Status facebook Zaman 'Jahiliyah'

Status facebook Zaman 'Jahiliyah'



Bila tak ada kerja dekat ofis, biasa nyya aku akan buat benda lagho. Antaranya online facebook dan tonton movie. Huhuhu. dah lama aku nak delete semua status lama dekat facebook ketika zaman - zaman kegemilangan aku dulu. Cet. Aku baca status aku sendiri pun rasa nak tergelak ada, nak marah ada. Dah lah mengeja serupa tarzan. Status pulak acah gengster je. Padahal baru main facebook tu. Oh ye, lagi satu. Aku pelik. Semua status facebook zaman 'jahiliyah' aku, walaupun hambar dapatlah like dalam 20 ke 30 macam tu. Time tu friendlist pun tak ramai mana. La ni, friendlist ramai pun, susah nak dapat like. Kenapa ya? Adakah netizen lebih gemar status yang buruk - buruk berbanding yang elok - elok? Sempat aku printskrin satu status. Ni baru satu. Tu pun aku dah rasa nak tampar diri sendiri. 


Bila aku ingat balik, apa jadah nya aku mengeja kau sebagai kaw. Lepastu status acah - acah comel. Bila baca balik, aku pun tak faham dengan ayat aku. Aku nak tulis apa sebenarnya? Setiap kali aku ulang baca status zaman jahiliyah aku dulu, bulu roma aku meremang. Meremang tengok bodohnya status aku zaman tu. Lepastu, semua benda aku nak bagitahu. Contohnya macam, aku gaduh dengan A. Aku update status ala - ala bengang. Lepastu aku tak tag pun orang tu. Dan dia tak tahu pun aku bengang dengan dia. Sudahnya 'kalau' aku sendiri baca status macam tu, aku dapat agak budak ni syok sendiri. Lepastu nak orang fikir, yang aku ni bahagia. 

Aku sebenarnya tatau nak komen pasal benda ni. Tak kisah pun kalau orang nak kongsi semua benda dekat facebook. tak jadi masalah. Tapi yang jadi masalah, asyik dia je. Hhahaa. lama - lama orang menyampah. Lainlah dia buat sebab benda tu kerja. Ni saja - saja. Memang mengada- ngada. Haahhaha. Macam aku dulu la. Suka syok sendiri. Status lain yang aku ingat.

"kesian abang kita sakit. semoga cepat sembuh"

Ah banyak lagi la. Malas nak ingat. Tapi serius macam badut. Aku ingat Maselan je badut. Rupanya aku pun macam badut dulu. Dulu je. Sekarang dah tak. Macammana aku tahu aku bukan lagi badut ? Sebab setiap kali aku menyampah dengan orang atau bengang, aku dah tak luah dalam facebook. Aku diam je buat macam tak de pape jadi. Atau, kalau ada netizen bergaduh pasal artis, aku nak komen untuk turut serta dalam pergaduhan tersebut. Tapi lepas aku komen, aku tak tekan enter pun untuk paparkan komen tu. Sebab aku delete balik apa yang aku tulis. Kalau aku nak tulis jugak, aku update status. Tapi lepastu status tu aku akan padam selepas beberapa hari. Sebab tiga empat tahun lagi, status tu akan bikin aku malu bila aku sendiri yang baca. Hahaha

Situasi aku ni sama macam kita selalu nampak papan larangan JANGAN MENCONTENG. Lepastu mesti akan ada orang lain yang tulis 'Jangan Menconteng' . Bukan ke orang yang menulis tu sedang menconteng sebenarnya? Kenapa dia mesti tulis benda tu? Bukannya tak reti baca pun. 

Yelah. Zaman teknologi ni semua benda nak bagitahu. Sampai kan nak berak pun kena bagitahu. 

"beb, gua nak tercirit."

Aku okay je kalau ada orang update status macam ni. Nampak orang tu macam slumber dan mudah bergurau. Tapi tu lah. Status macam ni, kadang2 orang kecam. Jadi seeloknya delete selepas beberapa hari kalau tak ada kepentingan apa -apa. Okay. tu je nak membebel. Bye.


Post a Comment

3 Comments

  1. Hahahahahaah lawak pula baca status wempitz tu. Kalau baca status zaman jahiliah dulu memang buat malu kot

    ReplyDelete
  2. Kak ana bila baca semula, terus padam status2 tu. Hehe. Malu sendiri 😅

    ReplyDelete
  3. dah padam dah status zaman jahiliyah tu 😂 malu bila baca balik

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.