Penafian | Polisi | Tentang Penulis | Hubungi


Thursday, March 2, 2017

Tonton Drama Urusan Hati Cik Drama Queen Episod 10

Mieza S | 3/02/2017 09:39:00 AM | |

Tonton Drama Urusan Hati Cik Drama Queen Episod 10

Tonton Drama Urusan Hati Cik Drama Queen Episod 10

Tajuk : Urusan Hati Cik Drama Queen
Jumlah Episod: 20
Pelakon : Scha Alyahya, Aiman Hakim Ridza, Randy Pangalila, Shalma Ainaa, Adriana Adnan, Ozlynn, Ungku Hariz


SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk ‘termuntah hijau’ selepas membacanya.

Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta… pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?

Eh! Tapi… takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
“Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.”



© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.