Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Gred Telur Mempengaruhi Rasa Telur

Pagi tadi mak aku whatsapp, suruh belikan sarapan. Ni pun aku baru je balik dari kedai mamak. Aku tereksited sangat nak update blog pagi ni sebab aku dapat seketul ilham untuk dicoretkan dalam blog. Tapi kan, aku rasa macam tajuk blog tu ada macam lucah sikit kalau sekali baca. Aku harap, aku bukan spesies Ujang yang sering dikaitkan dengan entri lucah. Kahkah.

Situasi di kedai mamak bersebelahan speedmart :

Anak 1: Papa, nanti papa mesej mama tanya nak beli telur gred ape.?
Papa : (mesej mama dan mama reply) Mama kata nak telur gred B.
Anak 1: (Pergi speedmart lepastu datang balik dekat bapak dia)
Anak 1: Papa, macam mana nak tahu telur tu gred ape?
Anak 2 : Tanya jela akak kedai tu.
Anak 1: Okay - okay. (pergi speedmart balik dan bawa pulang telur 10 biji).
Anak 2: Betul ke ni telur gred B papa?
Papa : Mana papa tahu. Yang kamu pandai - pandai beli kenapa kalau tak tahu? Ni kalau salah beli mama tak makan. 
Anak 2: Cuba papa tanya mama. Gred B tu ada tulis M ke dekat telur ni.?
Papa : Papa tak tahu lah.


Aku tak tahu bapak dia ni bergurau atau serius. Kalau serius, memang aku rasa kelakar. Hahaha. Sanggup pulak tak makan telur tu sebab tak sama macam gred yang dia nak. 

Post a Comment

0 Comments