Quote #15 MiezaS

Quote #15 MiezaS

Quote #15 MiezaS

Kau bilang,
Kau mahu hadiahkan aku,
Segugus bahagia,
Dan sekuntum mawar,
Buat penawar duka.

Aku masih setia menunggu,
Sehingga sudah sepurnama lama,
Aku sudah terlalu yakin,
Kau sebenarnya tidak akan datang datang bukan?
Kau sekadar mencampak janji,
Buat aku percaya,
Harapan belum mati.

Kan benar,
Lambat laun,
Kuntum mawar yang kau janji,
Kan gugur dan kering,
Segugus bahagia yang kau mahu beri,
Kan pudar gering,
Menyemai kecewa dan duka,
Paling sakti dalam jiwa.

Harapan memang belum mati,
Harapan untuk terus sakit dan merasa nikmat perit.


Post a Comment

5 Comments

  1. Saya tak boleh menulis macam tu.
    Kena pandai main perasaan. Perasaan saya kasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee. takpe. menulis lah mengikut hati. bukan perasaan

      Delete
  2. Macam kesinambungan entry lepas...sis faham maksud kecik...bersabarlah...ujian mmg Allah beri benda yang kita paling tak suka hadapi...tp percaya satu...pasti hari itu akan tiba !

    ReplyDelete
  3. Terima kasih singgah kat sini juga...

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.