Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Thursday, May 4, 2017

Harap Kereta Je Besar, Tapi Otak?

Mieza S | 5/04/2017 11:18:00 AM | 4Comments |

Harap Kereta Je Besar, Tapi Otak? 

Harap Kereta Je Besar, Tapi Otak?

Masyarakat Malaysia khususnya memang sangat sinonim dengan satu peribahasa kereta besar, otak kecik. Yeay. Aku tahu, kau pernah dengar. Dan kau memang pernah mengungkapkannya secara sedar atau tak. Kenapa agaknya boleh wujud 'peribahasa' yang tidak diiktiraf macam ni? Hahhaha. Aku tahu. Mungkin sebab jenis yang bawak kereta besar otaknya memang dilahirkan kecik? Ah entahlah. Entri ini tidak ditujukan kepada siapa - siapa. Cuma yang pernah kena sahaja yang akan mengakui betulnya 'peribahasa' yang tidak diiktiraf ini. Entri ini juga tidak ditujukan kepada mereka - mereka yang bawa kereta besar. Sebab bukan semua macam tu. Masih wujud lagi rakyat Malaysia yang bawak kereta secara berhemah.


Kereta Besar Otak Kecik

Harap Kereta Je Besar, Tapi Otak?

Tahukah anda? Kereta besar otak kecik? Hahahhaa. Ingat eh. Tak semua macam ni. Yela, kita ni kalau bawak benda besar, kita mula rasa riak, berlagak. Atau boleh jadi jugak, benda ni jadi secara tak sedar. Mungkin kejar masa. Masalahnya, kejar masa sampai lupa nak tengok kiri kanan? Ingat dia sorang je kot kejar masa. Orang lain jenis malas nak peduli masa. Haah. Dia je paling setia dengan masa. Paling sampai tepat pada waktu nya. Orang lain tak. 


Masalah Pengguna Jalanraya

  • Malas nak beratur panjang, potong barisan.
  • Masuk lorong sukahati. Ada dua situasi yang paling aku benci (yela aku kan naik motor).
    • Situasi satu : time jalan tengah jem. Dia nak cepat. Dari lorong kiri nak masuk lorong kanan. Atau dari lorong kanan nak masuk lorong kiri. Dah tak bagi signal. Tukar lorong sukahati tak pandang belakang dah. Tak pun jenis, bagi signal terus masuk lorong. Tak sempat woi nak brek. Kadang brek mengejut. Kalau terlanggar bontot kereta kang, aku yang salah. Sebab aku langgar belakang. Hampeh.
    • Situasi kedua : Dia datang dari simpang kiri. Nak masuk lorong kanan. Kereta yang kanan ni sepatutnya kalau nak bagi kereta dari simpang kiri tadi tu masuk bawaklah slow. Ni dua - dua nak bahan masuk nak rebut jalan, lepas tu kereta dekat lorong kanan ni  menghimpit ke kanan lagi. Aku duduk tengah2. Kereta kiri kanan himpit aku. Lepastu kereta belakang yang terpaksa mengalah. Bodoh betul. Aku teringat peristiwa di mana bapak aku kena himpit kereta kiri kanan. Nampak macam tak ada kecederaan, tapi sebenarnya kaki dalam retak ke patah. Aku tak ingat. 
  • Langgar lopak air (masa hujan atau tidak hujan) - Yela, dah nampak lopak air tu bawak la perlahan. Ni tak, langgar macam kena kejar dengan anjing pulak. Aku yang terpisat - pisat duduk tepi macam kena simbah dengan air dalam baldi. Dem! Aku tak kisah basah kena hujan. Tapi aku kisah kalau kereta langgar lopak air, air tu kena aku. Bukan sebab aku geli dengan air tu. Tapi sebab air tu dilanggar kereta yang tak berperikemanusiaan. Geram je rasa.
Ada banyak lagi sebenarnya. Buat masa ni, ni jela yang aku ingat. Situasi  macam ni selalu jadi bila orang tu bawak kereta besar. Kereta kecik jarang buat hal. Sebab dia sedar diri. Kahkah. Jangan kecam k.

4 comments:

  1. hakak setuju !!! mbebel xabis dlm kreta bila kena mcm ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak. geram betul dengan orang macam ni

      Delete

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.