Penafian | Tentang Penulis | Hubungi


Friday, May 5, 2017

Kereta Meluncur Laju

Mieza S | 5/05/2017 09:47:00 AM | 0Comments |

Kereta Meluncur Laju

Kereta Meluncur Laju

Macam baru semalam je aku tulis pasal kereta besar otak kecik. Harini jadi lagi. Lagi menakutkan. Sebab aku hampir - hampir jadi mangsa. WTF ! Dan yang buat hal bukanlah kereta besar tapi kereta yang boleh dikatakan mewah jugak lah kalau lalu sebelah. Memang aku atas motor dah mencarut - carut. Aku pulak memang sejenis tak reti nak tekan hon. Aku takut. Sebab pernah jadi satu situasi di mana, kawan aku kena himpit (kawan aku lelaki tau). Lepas tu dia hon. Masa tu baru keluar dari simpang kolej. Bila kena hon, dia tekan la hon. Sejurus lepas tu kereta tu himpit dia terus ke tepi sampai jatuh. Nak balas dendam kot. Sudahnya dia repeat sem. Kesian. Dia lelaki tau, kalau aku perempuan ni. Hmm. Entah lah. 

Kereta Meluncur Laju
Warna merah pergerakan kereta. Warna hijau aku.
(Susunan aku tak betul sangat tu. Yang aku tahu, kereta tu hanat)
Situasi aku tadi begini. Aku siap buat illustration tau. Pakai imaginasi dan tools paint. Kahkah. Sory la lukisan tak berapa nak cantik dan kemas. Ada tiga lorong, dan paling kiri adalah simpang keluar. kalau ikutkan orang yang jalan terus tu lebih diutamakan. Dan orang sebelah kiri yang nak masuk lorong kanan perlu bagi laluan pada kereta yang disebelah kanan. Betul tak? 

Tapi kan kita diajar berhemah. Bila orang pasang signal nak tukar lorong, kita seharusnya memperlahankan kenderaan untuk bagi laluan kereta tu masuk. Macam tadi, memang kereta tu bagi signal. Tapi tak beragak. Dari kiri nak masuk kanan dia bagi signal, macam aku halimunan tak wujud. Oh lupa, motor aku kecik tak gajah macam kereta dia. Nasib kereta belakang tak laju dan tak dekat sangat dengan aku. Kalau tak, aku dah kena hentam. Sebab takut kena tolak dengan kereta dari arah belah kiri lepas tu aku pun ke kanan tiba2. Tak pasal je buat hal pagi - pagi. Serius memang meluncur laju weyh dia bawak. Kalau aku jalan straight je tak membelok, aku rasa memang aku dah kena seret -_- . Pagi - pagi aku mencarut je dengan orang macam ni. Macam jalan tu bapak dia punya. 

Pesanan kepada pengguna jalan raya : Berhemah lah sikit bila berada di atas jalan raya tu. Sama - sama bertolak ansur. Bukan anggap macam raja atas jalan tu. Hmm

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.