Nombor Tak dikenali Mengganggu

Nombor Tak dikenali Mengganggu


Nombor Tak dikenali Mengganggu

Semalam aku saja lah hantar mesej wish morning dekat someone. Masa tu baru pukul 10 lebih kot. Tup tup pukul 11lebih phone aku vibrate dan masa tu aku aku dah pun selamat belayar. Bengang je orang tido dicall banyak - banyak kali. Yang terima mesej aku tu pun acah - acah macam 'eh mana dia dapat nombor aku eh', 'eh, siapa dia ni. hmm penting ke', 'angkat la mana tahu boleh menjalin cinta'. Kahkah. 

Dia call aku sampai aku stress tau. Aku pun angkat call. Tapi masa tu aku malas lah nak layan soalan dia. Aku cakap je aku mengantuk tak larat nak bercakap. Lepastu dia desak - desak aku. Hangin betul. Terus aku block nombor dia. Semak! Sebelum tu kan. Pagi tadi dia ada hantar whatsapp, dia skrinshoot yang dia kata dia trace nombor aku. Aih. Terus cuak aku. Memang facebook ni tak ada privacy langsung. Terus aku delete number aku dekat facebook walaupun dah setting private. Masalahnya aku try masukkan nombor aku still keluar nama. -_-

Diganggu Orang Seberang

Nombor Tak dikenali Mengganggu

Mangkok ni call aku dua kali. Takut aku nak angkat. Macam tak boleh dipercayai. Aku pun try lah guna apps macam yang budak tadi skrinshoot dekat aku. Ha kau. Keluar nama dia. Nak kata aku percaya apps ni tak la sangat. Tapi kebarangkalian betul tu ada. Macammana cara aku buktikan betul ke tak? Sebab nama yang dipaparkan adalah nama facebook yang digunakan. Aku andaikan, kalau kita setting dan letakkan nombor telefon di facebook, mungkin nama facebook kita akan naik setiap kali kita cuba masukkan nombor telefon tersebut di apps tracknumber. Kan? Sebab akku dah try masukkan beberapa nombor telefon. Dan menjadi. Masalahnya sekarang, walaupun aku dah padam nombor aku dekat facebook, apps ni tetap paparkan nama facebook aku. Shit -- 

Nombor Tak dikenali Mengganggu
Nombor Tak dikenali Mengganggu

Bila nama tu keluar, terus aku carik di facebook. Bingo! Ejaan sama tulisan kecik besar kan? So dah jumpa. Tapi masih tak boleh nak dibuktikan lagi samaada betul atau tidak. Mana tahu, nombor telefon ni dah dua tiga kali di renew dan bertukar pemilik. Hmmmm. Lepastu aku google dan jumpa gambar di bawah ni. So lepas ni korang sila hati - hati kalau ada nombor ni call -->  +6281243160471

Nombor Tak dikenali Mengganggu

"hi. today i got a call from someone that say his form maxis +6281243160471.. after he noticw i knoq he got piss and hangup and later call me back to threaten me asking my address and name ofc i didnt give it. Something should be done about this."

Post a Comment

2 Comments

  1. aduhai bahayanya. sebab tu elsa tak pernah langsung angkat nombor yang tak kenal even daripada malaysia pun

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Dia yang tak betul nak ugut2 orang pula.. kacau juga macam nie..

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.