THE AMERZING BLOGSLIST

THE AMERZING BLOGSLIST


THE AMERZING BLOGSLIST
Join? Klik banner atau --> sini

Mula - mula aku nak mintak  maaf. Join segmen orang, tapi awal - awal lagi aku skip dari mengikut syarat. Hahahha. Kalau penyertaan aku tidak diterima, aku redo. Ha gitu. Kesalahan kecil yang aku buat ialah pada tajuk. Sepatutnya tajuk tu ada lagi sambungan, tapi serius aku memang tak ada idea nak letak apa. Lagipun beliau mahukan bahasa inggeris. Kalau tak boleh bahasa inggeris, bahasa melayu pun boleh. Tapi tu lah masalahnya. Aku memang tak ada idea langsung. Jadi aku skip pada bahagian itu.


Write a very short review post about AMERZING :

Bercerita mengenai #AMERZING, aku yakin short review tidak hanya tertumpu pada blog semata - mata. Dan ia merangkumi segala macam hal termasuk si penulisnya. Jadi, tulisan ini aku karang berdasarkan apa yang mata aku  nampak.

Kalau nak tahu, ini bukan kali pertama aku jejak blog Amer. Mungkin yang entah ke berapa kali. Aku jugak adalah silent reader. Maklum lah blog yang ditulis bahasa inggeris ni, kurang menarik perhatian aku. Mungkin sebab aku bukan penggemar bahasa inggeris dan faktor lain sebab aku kurang memahami makna nya. 

Tapi, disebabkan blog Amer ni menarik dari segi template dan gabungan warna yang sesuai maka aku jadikan blog Amer sebagai blog yang akan aku kunjungi bila perlu (ada entri baru) atau ketika aku bosan. 

Aku jarang tinggalkan komen pada entri Amer. Aku takut, apa yang ditulis Amer dengan pemahaman aku yang membaca ni lain maknanya. Maklumlah, aku tidak menguasai bahasa inggeris. Selain tu, kekemasan Amer menyusun widget jugak salah satu faktor aku suka dengan blog Amer. Kemas dan tak berat. Langsung tidak ada widget yang buang masa (yang mengarut). Warna yang digunakan Amer jugak menunjukkan Amer ni seorang yang cool. Eh yeke? Sebab di bahagian author , Amer ada tinggalkan satu gambar menarik. 

Aku yakin, Amer ni ala - ala model gitu dan seorang pengguna vsco atau DSLR? Hahahha. Aku agak je. Aku baru add instagram Amer sebab nak tengok koleksi gambar menarik. Mesti banyak yang cun. Aku memang suka tengok gambar smart - smart ni. Walaupun Amer cuma tinggalkan satu gambar sahaja di bahagian author, aku yakin dan pasti aku akan suka semua gambar dia. 

Ringkasan dari short review post about AMERZING, blog Amer kemas dan bergaya. 

a story about THE MOST AMAZING THING THAT HAS HAPPENED IN YOUR LIFE

Banyak sangat. Sampai tak tertulis. Kalau aku mampu senaraikan semua, aku tulis. Mungkin yang tertinggal tidak ditulis bukan kerana tak amazing, tapi kerana aku terlupa. 

1. OKU

Dilahirkan sebagai seorang OKU bukan mudah mahu terus hidup seperti orang lain. Dan kehidupan aku totally memang tak sama langsung macam orang lain ketika zaman kanak - kanak. Hari - hari aku cuma ada hitam dan kelabu. Kelabu mungkin wujud, pada ketika - ketika istimewa. Seperti terlahirkan kawan - kawan yang duduk disebelah menerima buruk baik aku. Dikelilingi keluarga yang setia. Begitulah kelabu untuk aku. Cuma kadang - kadang aku berasa jatuh yang amat sangat. Selalu Tuhan yang jadi mangsa. Aku hampir - hampir mahu mati. Bukan ditangan tuhan, tapi ditangan sendiri. Dan disetiap mahu melakukan perkara bodoh, aku cuba - cuba mencorakkan warna warni di masa hadapan. Aku yakin warna masih ada, cuma tidak pernah menyerlah. Dan hari ini, aku tak segan silu mengaku aku adalah golongan OKU. Bukan nak simpati apa. Cuma, aku yakin hina cerca yang aku terima tidak sekali mampu menjatuhkan aku. Malah menjadi kan aku lebih gagah menghadapi hari esok dan seterusnya. Aku mahu menjadi inspirasi. Walau hitam mana dunia, aku masih mampu menjadi cahaya. Dan perkara terhebat untuk itu, aku masih mampu hidup hari ini dan berterusan mengejar cita - cita dan impian tanpa lelah. Tanpa pedulikan cakap - cakap orang.

2. Penulis

Siapa - siapa pun mampu jadi penulis. Tapi siapa penulis yang mampu memberi kesan kepada orang lain? Dan perkara paling hebat sepanjang aku menulis ialah penulisan aku diiktiraf. Tidak pada peringkat dunia, tapi pada peringkat kecil -kecil. Aku bangga dengan pencapaian diri sendiri. Itu merupakan langkah awal untuk aku terus mengejar apa yang aku mahu. 

Ada banyak lagi. Tapi cukup lah yang ini. 


Post a Comment

8 Comments

  1. Pertama sekali... terima kasih sangat2 kerana sudi join. Saya kagum, sangat2 kagum dengan cerita nih. Taksangka ada insan yang setabah mieza. Tak tahu nak cakap macam mna.. sebab pon ada, gembira pun ada .. sebab walaupun mieza ada kekurangan tapi tak jadi penghalang kepada mieza. Terima kasih jugak bagi komen yang boleh amer ambil pengajaran .. Pasal tajuk tu takpe... amer nak kenal lagi ramai je..hahaa. Apa2 pun Amer doakan yang terbaik untuk Mieza. :)

    ReplyDelete
  2. Hi Mieza.. Menginspirasi sekali. Saya juga penganut paham 'tak payah dengan cakap orang' yang memang nak down kan kita.. Apa yang kita rasa baik untuk kita lakukan (dan semoga mendapat redha Allah), kita lakukan lah.. Sukses selalu ya Mieza

    ReplyDelete
  3. singgah sambil follow sini. awak memang sangat kuat sis. jangan pernah mengalah

    ReplyDelete
  4. First time baca cerita Mieza.. sy rasa tersentuh & kagum dgn Mieza.. kdg2 tue manusia yg sempurna anggota badan tue x semuanya ada semangat mcm Mieza.. pada pandangan org fizikal itu penting. tetapi hati dan dalaman juga penting.. I never visit this blog before. sgat bersyukur dapat jumpa Mieza :D

    ReplyDelete
  5. Bukan salah OKU tapi salah orang sekeliling yang tak mampu menerima hakikat kejadian-Nya..^^
    But whatever it is, saya bangga awak masih kuat menghadapi segala pandangan org... :D

    p/s: Tak tau awak ingt saya ke tak, tapi saya ingat awak dr geng blogger Apakah? hehe..

    ReplyDelete
  6. You can do it!! You are so strong.

    blogwalking dari segmen yang sama
    https://lovelysunshine93.blogspot.my/2017/05/the-amerzing-bloglist-believe-in-myself.html

    ReplyDelete
  7. Hi, I'm here for the final judgement for the AMERZING Bloglist winners. Maybe you will be one of 'em. Wait for the announcement on this 3 June 2017. Cheers!!!

    ReplyDelete

terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan meninggalkan komen.