Disclaimer | Author | Contact


Tuesday, June 20, 2017

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash

Mieza S | 6/20/2017 02:00:00 PM | 1Comments |

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash 

Alhamdulillah Rezeki Allah Bagi Cash


Aku ada beli barang Lazada, tapi bukan aku punya. Sebab kawan aku tak de maybank2u. Kira dia tumpang akaun aku lah gitu senang cerita. Semalam katanya dia bank in dekat aku. Tapi aku tak tahu pulak berapa dia nak masukkan. Sebab aku malas nak bukak. Waktu tu pun dah pukul 12 malam kan. Hahhaha. nampak sangat pemalasnya. 

Lepastu pagi tadi, aku ada beli barang dekat akak ni. Dia COD dekat aku. Aku beli concealer satu. So jumlah termasuk COD ialah RM12 (duit minyak motor dia RM2). Tapi aku tak tahu pun yang dia nak COD naik motor kan, takde pulak dia bagitahu aku. Lepastu, waktu dia nak sampai tu. Aku bawak RM15. Memang  niat nak sedekah dah. Sekali ternampak dia naik motor. Gigih akak tu kerja. Jadi, niat nak sedekah tadi kan? So aku bagi dia RM15. Kira duit minyak motor dia, aku tambah lagi RM3. Tiba - tiba rasa bahagia.

Bila dah selesai tu, baru aku teringat yang kawan aku ada suruh belikan barang dekat Lazada. aku pun check la Maybank2u. Ya Allah. Lebih pulak dia bagi aku. 3 kali ganda dari nilai aku bagi dekat akk tadi. Bermakna RM10. Syukur sangat.

Lepastu semalam aku berbuka dengan kawan. Aku lah yang ajak dia. Jauh dia datang. Aku tahu, mesti menangis dia dengan harga tambang public transport. Untuk meringankan beban dia, aku belanjalah dia makan. Sebab sanggup datang dari jauh melayan kempunan aku nak makan dekat restoran Thai.

Tup - tup harini, Yuyin Azman whatsapp aku. Nak ajak berbuka sama. Dia menang contest dapat makan free seramai 4 orang. Dia ajak aku. Walaweyh. Alhamdulillah. Syukur syukur. Semoga Yuyin Azman murah rezeki lagi. Dapat belanja aku makan lagi. Hhehehe

dan - dan tu jugak aku dapat. Ni bukan cerita nak riak aku sedekah tau. Serius tak. Cuma nak bagitahu, Allah nampak apa kita buat. Kalau kita ikhlas, Allah bagi ganjaran. tak kira lah dalam bentuk apa pun. Cuma kadang - kadang kita je tak sedar. 

Kita pun masih berada dalam bulan Ramdhan ni. Elok rasanya banyakkan bersedekah tambah pahala dan bilangan timbangan untuk tiket ke syurga. Semoga kita sama - sama berpeluang ke syurga kelak. Amin ~

1 comment:

Terima Kasih :')

© Copyright 2017 | ALL Right Reserved to Owner. Re-edit by Sehijau Blog RA.